12 Jun 2009

Tiadanya pemimpin yang boleh mewakili kaum Cina di dalam AJK Pas?

Oleh: WFAUZDIN NS

MERAGUKAN dan kurang bijak. Itulah yang boleh saya simpulkan dengan pemilihan AJK baru yang dilantik. Itulah yang berlaku di dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat yang baru diadakan semalam. Dalam situasi Pas terancam, bergelora serta menjadi sasaran kritikan, nampaknya parti ini tidak pernah belajar dari kesilapan mereka.

Berikut adalah senarai perlantikan yang baru dibuat di dalam mesyuarat tersebut, dan seperti biasa ahli-ahli Pas diajar untuk `wala', kepada senarai ini:

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah

Saya merasa agak pelik ke mana `hilang'nya Dato Anuar Tan seorang pemimpin yang boleh mewakili kaum Cina di dalam Pas? Beliau telah beberapa penggal berada di dalam saf kepimpinan Pas Pusat dan jasanya untuk menarik sokongan kaum Cina tidak boleh dipertikaikan. Bukankah Pas sekarang begitu hebat untuk mempromosikan parti kepada kaum yang selama ini begitu takut kepada Pas?

Dato Anuar Tan tidak mendapat cukup undi daripada perwakilan bagi membolehkannya berada dalam saf kepimpinan tetapi salahkah jika beliau dilantik di dalam AJK ini sebagai mewakili kaum Cina? Memang benar, perlantikan jawatan ini adalah budi bicara Presiden mahu pun ahli mesyuarat, tetapi tidak adakah seorang pun yang terfikir betapa perlunya seorang pemimpin berbangsa Cina berada di dalam Saf kepimpinan Pas? Saya berharap perkara ini tidak dipandang sepi oleh Pas, tetapi jika keputusan yang telah dibuat perlu ditaati, apa yang boleh dikatakan lagi.

22 ulasan:

Puan Ainon Mohd. berkata...

Saya setuju dengan pandangan perlu ada anggota Cina dalam saf kepimpinan PAS. Baru betul "PAS FOR ALL".

Puan Ainon Mohd. berkata...

Saya setuju perlu ada anggota Cina dalam saf kepimpinan PAS, baru betul slogan "PAS FOR ALL".

toytian berkata...

PAS FOR ALL OR ALL FOR PAS, dikalangan ahli memang multiraS namun kepimpinan pas pusat perlu ada suasana tersebut. Hati manusia tidak pernah puas tapi langkah yang bijak lihatlah suasana sekeliling kita.islam melangkau politik kalau kita guna akal dan otak kita dgn betul.Berfikir dan berhujahlah supaya kita tidak cepat melatah dan nyayuk.

Tanpa Nama berkata...

virus H1N1 (hadi & nasha) jangkitan dr umno yg bersifat perkauman telah menjangkiti pas.. apabila pas telah di jangkiti maka rakyat yg menyokong akan menolak habis-habisan kemudian barulah nak menyesal tak sudah...

Tanpa Nama berkata...

Kepimpinan Pas Pusat telah menjadi kelam kabut dan sangat berbahaya kepada idealisma perjuangan Pas. Hadi dan Nasha tidak mahu mendengar pendapat ahli yang ramai,mereka mempunyai agenda sendiri dan tidak mahu mengaku kesilapan dalam isu Kerajaan perpduan yang ditentang oleh keseluruhan ahli Pas.Semua ahli Pas mestilah memberi sokongan penuh kepada Mursyidul Am TG Nik Aziz. Kita mestilah bersedia menyingkirkan Presiden dan timbalan nya jika mereka meneruskan agenda mereka untuk bersama UMNO.

Baba Siam berkata...

politik yg beransur sesuatu kaum & agama adalah bencana kpd negara.ini sudah jelas tercatit dlm sejarah dunia.....

member pencen keramat berkata...

Saya bersetuju jika sekiranya Dato Anuar Tan di lantih sebagai AJK pusat bagi mewakili kaum cina dan lantik saorang lagi dari kaun india bagi memenuhi Pas For All.

muryadi berkata...

Bg sy tak perlulah dirisau sangat hal ini, barisan pimpinan baru akan menjalankan tugas untuk Islam yg juga untuk semua kaum dan rakyat malaysia amnya.

Tak semestinya pemimpin melayu hanya akan menjaga hal ehwal org melayu sahaja dan pemimpin cina hanya akan menjaga hal ehwal cina sahaja.

Kenalah juga kita cuba berlapang dada dan bukannya kaum lain tak boleh berbincang dgn pemimpin2 pun.

Tanpa Nama berkata...

Salam, mereka yg berkata Presiden n Timbalannya membawa virus adalah golongan yg mahu memecah belah kan PAS 4 ALL. Harap pembaca berhati2 mereka ini Musuh dalam selimut.. Semoga Allah memelihara kita apabila datangnya Susuatu berita yang tiada kebenarannya.. Amin..

Tanpa Nama berkata...

salamualaikum...ucapan tahniah buat ajk baru..harapan yg menggunung agar dapat direalisasikan pas for all, islam pimpin perubahan. isu tiada wakil cina, saya setuju agar ada wakil cina dan india yg boleh dekati kaum cina dan india.

Tanpa Nama berkata...

banyak tokoh cina dan india muslim yang berwibawa yang sepatutnya berada dan dipilih dalam AJK Pas pusat...Drs Khalil Idham Lim salah sorangnya...

disamping, sepatutnya Pas skrg sudah memikirkan cara untuk meletakkan wakil2 kelab penyokong ke dalam AJK Pas pusat...

itu lebih penting rasanya dari sibuk menjaja idea kerajaan perpaduan dengan munafik umno...

ajihtc berkata...

Untuk menyelamatkan orang melayu kepimpinan Islam perlu di tangan Cina yang Muslim.

Tanpa Nama berkata...

nampak gayanya tanpa nama d atas cuba memecahbelahkan pas...sepertinya ada ahli umno yg menyamar jd ahli pas dan cuba 'masuk jarum' utk memecahbelahkan pas..sebab tu guna 'tanpa nama'...saya x nafikan yg dato' anuar tan perlu dlantik dalam ajk pas pusat,tapi jgn dsamping yg sama kita menyeru orang utk menyingkirkan presiden dan timbalannya...bukankah kita boleh usulkan cadangan kepada presiden dgn cara berhikmah?semoga pas tidak berpecah belah..amiin..

ismail,batu pahat

mas berkata...

salam drs. idham, saya nk respon tulisan tanpa nama dibawah.
----------------------------------------------
tanpa nama berkata...
Kepimpinan Pas Pusat telah menjadi kelam kabut dan sangat berbahaya kepada idealisma perjuangan Pas. Hadi dan Nasha tidak mahu mendengar pendapat ahli yang ramai,mereka mempunyai agenda sendiri dan tidak mahu mengaku kesilapan dalam isu Kerajaan perpduan yang ditentang oleh keseluruhan ahli Pas.Semua ahli Pas mestilah memberi sokongan penuh kepada Mursyidul Am TG Nik Aziz. Kita mestilah bersedia menyingkirkan Presiden dan timbalan nya jika mereka meneruskan agenda mereka untuk bersama UMNO.

6/11/2009 5:34 PM
--------------------------------------------
bukan keseluruhan ahli Pas menentang!!!sila betulkan statement kamu!!
nak singkir presiden dan timb?? masa muktamar dimana kamu?? adakah idea UG melanggar akidah islam?? sehinggakan ketaatan kpd pemimpin diragui? jika pandai sangat knp kamu tidak masuk bertanding jawatan presiden menjatuhkan TGHA?? jika kamu ahli PAS, kamu xkan biadap seperti ini!!
PAS pusat tidak bahaya, malah ALLAH masih menjaga tataletak kemana arah perjuangan PAS demi ISLAM yg syumul, bukannya demi SEKULARISME dan LIBERALISME yg cuba ditanam oleh org2 tertentu dalam jemaah. Tahniah perwakilan kerana berjaya menyahkan puak2 yg ingin menghancurkan ISLAM dalam jemaah PAS.

mael library berkata...

PAS sudah lupa diri ke?... ingat la wahai pemimpin PAS ahli2 PAS di bawah sentiasa memerhatikan tingkah laku anda.... Ingat lah HAK RAKYAT yang mengundi anda.... ingat RODA... hari ni anda di atas.... PRU13 anda mungkin dibawah.... pikir2 la.....

Tanpa Nama berkata...

Saudara yang kurang setuju dengan apa yang sedang berlaku, jangan sekali kali tolak PAS, tetapi tolak lah mereka yang dengkal pemikiran nya , yang buruk akhlaknya dan yang tidak bercakap benar

Tanpa Nama berkata...

salam...mintak ikhwah semua berhati hati dengan munafik yg berusaha memecah belahkan ahli....tengok ayat kasar2 tu sah bukan orang jamaah islam...jamaah munafik le tu...

Tanpa Nama berkata...

Pelik. TGNA kata, nak sgt tgk cina islam jd pemimpin dlm PAS. Nape tak dilantik dln AJK Pusat baru2 ni? utk menjadi pelapis pemimpin?
Klu dh nama politik, sama jer.. UMNO pun x blh pakai, PKR lg arr..
Sama ke PAS dulu dan skrg? Sanggup ckp apa sj semata2 utk dapatkan sokongan , tapi tak bermaksud nak laksanakannya... Semua lebih kpd agenda politik parti msg2...

Tanpa Nama berkata...

Sebab itu lah haji hadi dan mustafa tak dapat pertahankan terengganu. kalau aku jadi PJ terengganu, aku amat malu kepada TG NA yang pertahankan kelantan berdekad2.Ini satu penggal aje. Dah tu nak berlagak dengan kerajaan perpaduan plak. Nasarudin, PRU 13 nanti amik calon kat Terengganu. tengok terer ke tak. Ko Guano Husam????? GG. KL

Tanpa Nama berkata...

musa....
kejayaan hanya apabila kita taat perintah Allah dan buat sesuatu ikut cara Rasulullah. zaman Nabi pilih pemimpin bukan ikut cara undi majoriti..ini cara Yahudi.Dalam jemaah islam kena lah ikut cara nabi baru dapat redha Allah.fikir2kan dan amalkan.

Baba Siam berkata...

Siapa yg benar? tengok saja cara mereka takbir. Apa sal PAS hanya dpt tahan satu penggal saja di negeri Trengganu sedangkan Tok guru Nik Aziz dpat menahan hingga kini?Faktanya ni harus kira bhw org bukan Islam lebih sikit kat Trengganu dari Kelantan.pikirlah sikit jangan teralu gila kuasa sangatlah. PAS nak takbir satu Malaysia kena ikut perasaan org Islam berpuak2 juga org bukan islam di Malaysia.
saya seorg pengundi bukan islam tetap akan menyokong PR tapi tidak semesti sokong PAS kalau Pemimpin PAS sentiasa lotah kata2 ikut lidah tanpa kira perasaan Org bukan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Saya hormat Tok Guru Nk Aziz dan saya muliakan juga Tn Guru Hadi. Tapi saya tidak mahu org seperti Us Nasa, Mustafa Ali dan Hassan Ali memandu Pas ke arah yg tidak baik...bukti? Siapa yg main peranan berkomplot dgn Umno sewaktu PR baru saja merampas Sgor? Ada pakatan untuk bergabung dgn Umno dan nak lantik Hassan Ali jd MB Selangor. Kerja siapa itu? Nak tahu tanya YB Khalid Samad atau YB Mahfuz Ketua Penerangan Pas dulu. Beliau lebih ariff hal ini,dan sebab itulah Husam nak lawan Nasa. Itu fakta, korang boleh semak sejarah2 pengkhianat dua tiga orang itu yg teringin nak jadi menteri besar atau exco.