12 Jun 2009

MURSYIDUL AM PUJI UCAPAN YB KHALID SAMAD

Oleh: WFAUZDIN NS

HARAKAH keluaran terbaru hari ini menyiarkan wawancara bersama Mursyidul Am Pas Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz yang telah menjawab berbagai persoalan kontroversi semasa Muktamar Pas baru-baru ini. Saya tertarik dengan pujian yang diberikan oleh Tuan Guru terhadap Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Abdul Samad yang berucap selaku perwakilan dari Shah Alam pada muktamar tersebut. (ikuti sedutan ucapan di sini 1 dan 2)

Tuan Guru memuji beliau kerana meskipun beliau tidak mempamirkan sebarang bentuk pakaian seorang Ulamak seperti berserban dan berkopiah, namun ketajaman pemikirannya serta hujah-hujah beliau adalah hujah seorang Ulamak. Hujah yang dipenuhi dengan fakta, nasihat serta peringatan terhadap sejarah-sejarah Islam untuk dijadikan pedoman buat Pas, meskipun ucapan YB Khalid kelihatan penuh emosi dan bersemangat. Sememangnya emosi dan semangat beliau bertempat kerana terlalu sayangnya beliau kepada Pas walaupun beliau dilucutkan jawatannya di dalam kepimpinan Pas di Selangor. Teguran beliau terhadap kepimpinan Pemuda Pas juga bertepatan apabila kelihatan nada ucapan Pemuda seiring dan seirama dengan Pemuda Umno. Meskipun YB Khalid MP dari Selangor iaitu sebuah negeri yang kini boleh dikatakan selamat buat PR dan Pas, tetapi beliau terlalu mengambil berat dan prihatin terhadap kezaliman yang berlaku terhadap PR di Perak.

Baru-baru ini, rancangan Hujah terbitan TV9 yang menampilkan beliau bersama MB Pahang jelas menampakkan beliau mampu berhujah dengan baik dan tenang sekali. Pas amat beruntung mempunyai tokoh seperti ini walaupun bak kata Tuan Guru Nik Aziz susah untuk melihat YB Khalid memakai kopiah atau bersongkok. Penampilan beliau di Parlimen juga amat bermakna sekali dan beliaulah di antara yang berani dan lantang mencabar MP Bebas Pasir Mas, Ibrahim Ali tatkala Ibrahim Ali memperlekehkan Pas. Beliau tetap akan membela Pas walau di mana beliau berada, itulah kelebihan MP Shah Alam ini.

Mungkin nasib tidak menyebelahi beliau dan mungkin beliau juga tidak terlalu gila kepada jawatan, maka Pas masih belum bersedia untuk menerima YB Khalid berada di dalam jawatan penting di dalam Pas. Itu tidak mengapa, asalkan beliau berupaya membantu Pas dari luar agar sentiasa berada di landasan yang betul. Di sebalik ketegasan beliau, YB Khalid adalah seorang yang boleh menerima pandangan orang lain serta bersikap terbuka. Sikap yang suka berterus terang dan tidak `membaling batu sembunyikan tangan' menjadikan YB Khalid adalah salah seorang pemimpin muda di dalam Pas yang mempunyai harapan yang cerah untuk memimpin Pas di peringkat tertinggi nanti.

Harapan kita agar beliau terus istiqomah di dalam perjuangannya. Doa kita agar beliau tidak putus semangat untuk terus menegur kepimpinan yang ada ketikanya terlena dan terbabas dari perjuangan. Benarlah kata Mursyidul Am, Ulamak dan profesional saling berganding bahu untuk memperkasakan perjuangan, dan contoh serta bukti yang boleh kita lihat di dalam Pas sekarang adalah orang seperti YB Khalid ini. / wfauzdin.blogspot.com .

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokong..
salah seorang permata yg ikhlas berjuang..
bukan bergantung di jubah ulama semata..

Tanpa Nama berkata...

YB khalid memang seorang yang komited dalam mempertahankan PAS..jika beliau inginkan kekayaan sudah tentu beliau sudah meninggalkan PAS kerana Najib merupakan sepupu beliau..syabas YB khalid..takbir!!!!!!!!

AGS804 berkata...

BRADER KHALID PENYOKONG KUAT BRADER HUSAM DAN BRADER HUSAM PERMATA TOK GURU. SO, SAPA LGI YG NAK PUJI KALAU BUKAN MENTORNYA.AKU SOKONG TGHH AJE...

abu jahil berkata...

Kalau tuan Guru Hadi Awang nak masuk UMNO dah lama dah..Tetapi tuan Guru Hadi Awang terus istikamoh di dalam PAS...saya percaya sekiranya hari ni Tuan guru Hadi Awang bertemu dengan Allah sepertinya perginya Dr Fatih Yakin hari ini, orang paling gembira sekali ialah orang yg menghentam tuan guru hadi Awang...al-fatihah..

dfario berkata...

Kenapa ye ahli2 Pas ramai yg dah jadi mcm org2 Umno? Dah mula suka memperjuangkan kroni (pemimpin secara individu)? Kalau ye pun ko org dulu bekas ahli2 Umno, tak payah le bawa budaya tu ke dlm parti ini pulak!

Parti ini perjuangkan ISLAM dan bukannya individu. Kalau ada perselisihan, rujuk semula Al-Quran dan Hadith. Jgn ikut mcm Umno. Dlm erti kata lain, kalau Rasulullah S.A.W. masih ada, apakah keputusan yg akan diambil oleh Baginda utk menangani isu yg timbul ini. Perkara ini perlu diserahkan kpd para Ulama' yg lebih arif utk membuat keputusan.

Tolonglah hentikan budaya berpuak2 kalau kamu semua betul2 nak memperjuangkan ISLAM. Allahuakhbar....