Sidang pertama Dewan Harian PAS, badan pengurusan tertinggi parti Islam itu, malam tadi akan menentukan halatuju parti Islam itu.
Anggota Dewan Harian pertama ini adalah presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), timbalan (Nasharudin Mat Isa), naib-naib presiden (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar).
Turut serta dalam mesyuarat ini adalah ketua-ketua dewan yang menang dalam muktamar baru-baru ini. Mereka adalah Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Nasruddin Hassan (pemuda) dan Nuridah Salleh (muslimat).
Ke lapan-lapan mereka akan bermesyuarat dan mencadangkan pejawat-pejawat penting untuk menguruskan parti Islam itu untuk dua tahun akan datang.
Mesyuarat ini akan membuat cadangan perlantikan Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.
Perlantikan ini akan menentukan halatuju PAS selepas ini. Para pemerhati sedang perhatikan apakah mereka yang kalah dalam muktamar baru-baru ini akan mendapat tempat atau tidak dalam saf utama kepimpinan PAS ini.
Datuk Mustafa Ali (Ketua Pengarah Pilihan Raya), Idris Ahmad (Setiausaha Majlis Syura) dan Takiyudin Hassan (Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan) disebut-sebut bakal dilantik ke jawatan setiausaha agung.
Datuk Husam Musa disebut-sebut akan dilantik dalam saf kepimpinan PAS kali ini selepas kalah merebut jawatan timbalan presiden baru-baru ini. Jawatan yang sesuai kepada beliau dikatakan bendahari atau ketua pengarah pilihan raya menggantikan Mustafa.
Mohamad Sabu pula disebut sesuai dilantik sebagai ketua penerangan selepas mantannya, Mahfuz menang naib presiden.
Setiausaha Agung sekarang, Datuk Kamarudin Jaffar dikatakan akan dikekalkan sebagai Pengarah Urusan Harakah selepas dikatakan beliau tidak senang lagi untuk menjadi setiausaha agung kerana masalah pribadi dan kesibukannya.
Dr Hatta disebut bakal kekal sebagai bendahari di samping beberapa nama lain.
Semua cadangan perlantikan itu akan dikemukakan kepada mesyuarat pertama Jawatankuasa PAS Pusat sessi ini yang dijadualkan esok.
Mesyuarat itu boleh mengesahkan cadangan ini atau menolaknya kerana perlantikan itu perlu disahkan oleh mesyuarat JK PAS Pusat ini.
Turut akan disahkan dalam mesyuarat ini adalah perlantikan pesuruhjaya PAS bagi setiap negeri iaitu pemimpin utama PAS bagi setiap negeri.
Menjadi kuasa mesyuarat ini juga untuk melantik AJK tambahan untuk JK PAS Pusat ini serta pembentukan lajnah-lajnah (biro-biro) dalam PAS.
AJK PAS Pusat juga berhak melantik empat di kalangan mereka ke dalam Majlis Syura. Empat lagi anggota majlis itu akan dicalonkan oleh Dewan Ulama.
Kelapan-lapan mereka akan melantik seorang pengerusi atau Mursyidul Am yang kini adalah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di samping empat lagi anggotanya.
(Berita asal themalaysianinsider.com)

6 ulasan:
KERAJAAN PERPADUAN
Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.
Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.
Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.
Semua masih menunggu penafian dari TGHH dan terutamanya Nasharudin Timbalan Presiden berkaitan isu bersekongkol dengan UMNO!!!
Perasan menyampah dan membenci berterusan mungkin tidak akan dapat di bendung. Rasa nya mereka mesti berani sebelum kehilangan penyokong Melayu, Cina dan India yang amat membenci BN/UMNO. Percaya lah sekira nya di biarkan tanpa ketegasan, satu gerakan "NO TO PAS" akan dilancarkan. Ramai yang masih sayangkan TGNA, saudara YB dan lain lain tetapi apa kan daya sekira nya UMNO jadi pilihan PAS maka fikir lah sejaraah akan berulang!!!! mohon maaf, cerita di luar yang berlegar ia lah, baik terus bersekongkol dengan UMNO ada juga untung nya dari berjuang dan terus di perbodohkan ikut suka hati mereka yang tak mampu nak membantu kita rakyat biasa. You cannot beat them, we join them-it is for real YB.
Salam, walaupun pemilik blog ini kontra kerajaan perpaduan PAS-UMNO, adalah diharapkan agar tidak memblok komen saya ini.
Mudah-mudahan mesyuarat ini dapat membincangkan penerimaan kerajaan perpaduan antara PAS-UMNO, kerana DAP dalam tindak tanduknya tidak lagi mempercayai PAS,kerana menurut LGE, PAS serupa gergaji.
assalamualaikum...
apoko benda ni UG ni yb....???
pade2 lah nyo.... serrabut perut sangat...
Setuju dengan cadangan TGNA.
Tentang kerajaan perpaduan kita tutup cerita dulu. PAS dalam keadaan lemah dari segi jumlah wakil rakyat baik diparliamen dan juga DUN. Kalau kita berpadu dengan siapa pun kita akan ditekan dan direndahkan. Lebih baik kita kuatkan keanggotaan diakar umbi supaya kita tidak lagi bergantung kepada mana-mana kaum atau golongan untuk memenangkan kita. Kemengangan kita tidak akan dipertikaikan lagi. Sekarang ni orang kata kita menang kerana undi kaum lain yang benci BN.
Apa yang penting PAS mesti tunjuk yang kita boleh memerintah dengan adil dan berkebajikan untuk semua kaum. Kita dapat menghapuskan rasuah dan telus dalam pemerintahan. Inilah yang dikehendaki oleh rakyat. Rakyat teramai akan mengikut mana saja kerajaan yang difikirkan adil dan dapat menjamin keselamatan persekitaran mereka. Tidak ada perubahan banyak yang berlaku jika bertukar kerajaan pada peringkat peribadi rakyat. Jangan kita timbulkan perassaan was was dikalangan rakyat tentang kemampuan kita.
Salam....
Kepada sesiapa yang masih belum faham apa itu "KERAJAAN PERPADUAN". Saya sangat mengharapkan dan merayu agar mengunjungi blog-blog dalam senarai di bawah agar tiada salah faham tentang konsep sebenar "KERAJAAN PERPADUAN"!
Penjelasan Tuan Guru Haji Hadi tentang apa itu
"UNITY GOVERNMENT" atau Bahasa Melayu nya "KERAJAAN PERPADUAN":
http://inamadia.blogspot.com
Pandangan Tuan Ibrahim Tuan Man tentang
"KERAJAAN PERPADUAN" - Sila scroll ke bawah, lihat video:
http://penawarrinduku.blogspot.com/
Catat Ulasan