31 Julai 2009

ADUN Selingsing : Setiausaha SUK terima surat, Setiausaha Yb.Hamidah terima arahan bossnya tolak surat dari JK Hak & Kebebasan.

IPOH, 30 July :- Setiausaha kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak(SUK), Dato' Abd.Rahman Hashim menerima surat yang saya hantar pada jam 3.00 tadi dan Setiausaha kepada ADUN Sg.Rapat, Datuk Hamidah Osman yang sedang bermesyuarat mengarahkan menolak surat dari Jawatan kuasa Hak dan Kebebasan yang saya kirim petang ini, demikian kenyataan ADUN Selingsing, Hj. Hussin Din yang juga salah seorang dari ahli jawatan kuasa tersebut kepada Cina Islam sebentar tadi.

Abdul Rahman disabitkan dengan tindakannya menghalang Jawatan kuasa hak dan kebebasan dari memasuki Bangunan Dewan Negeri untuk bermesyuarat dengan menggunakan kuasa polis. Hamidah pula disabitkan dengan tindakannya membawa usul dalam keadaan usul yang telah ditolak oleh Speaker Sivakumar sehari sebelum sidang. Ekoran tindakannya menimbulkan kekecohan dalam sidang yang tidak sah itu.

Esok, Jawatan kuasa Hak dan kebebasan akan cuba bermesyuarat sekali lagi di dalam dewan negeri dan mereka berdua dikehendaki hadir dalam mesyuarat itu.

3 ulasan:

yes berkata...

SUK negeri Perak ini memalukan warga PTD. Beliau berlagak seolah olah beliau ini ahli politik.

Tanpa Nama berkata...

warga ptd. pta 2x5 ikut amno pa nak makan gaji

BUJANG SUSAH berkata...

Assalamualaikum.. Ustaz.. off topic jap. saya nak mohon ulasan sedikit berkenaan perkara ni..

APABILA PEJUANG ISLAM BERDEMONSTRASI PETANDA DUNIA HAMPIR KIAMAT


ALLAAMAH MUFTI BRUNEI ada menyebut dalam himpunan fatwanya bilangan 30 halaman 164 berkata:

“Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang Islam ialah mereka mengikut cara Eropah atau cara orang Barat ia itu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktiqad bahawa cara itu adalah jihad.Sedangkan Nabi S.A.W telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan Islam.”


SABDA NABI S.A.W. lagi yang maksud nya “Sesungguh nya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara yang keji dan menjerit jerit di jalanan.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir)


Kita lihat bahawa semangat kebangkitan Islam telah begitu ketara di seluruh dunia.Ini satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam itu diapa-apakan.

Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami akan maksud ayat:
Maksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut cara hidup mereka.”(surah Al-Baqarah: 120)


saya jumpa artikal ni dalam blog

http://hembusan-amal.blogspot.com/2009/07/al-hadith-apabila-pejuang-islam.html

Jadi klau boleh ustaz atau sahabat pengunjung tolong terangkan sedikit berkenaan hukum dan keretangan hadis ni dalam contact isu semasa sekarang ni. klau nak tgk atau komen kepada penulisnya terus jer pergi pada link yg saya bagi tadi tu. wallahualam.