31 Julai 2009

Sivakumar dan JK Hak dan Kebebasan sekali dihalang masuk Bangunan SUK

IPOH, 30 July :- Speaker DUN Perak Pakatan Rakyat yang sah, Sivakumar dan semua anggota jawatankuasanya kecuali Hasbullah dari BN sekali lagi tidak dibenarkan oleh sekitar 50 orang polis yang berkawal untuk memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini bagi mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu di Kamar Yang Dipertua DUN.

Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dianggotai ADUN Selingsing Husin Din (PAS), Chan Ming Kai (Simpang Pulai-PKR), Loke Chee Yan (Kepayang-DAP), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi-DAP), Sum Cheok Leng (Bercham-DAP) dan Hasbullah (BN).

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), Shamshuzaman Sulaiman menemui Sivakumar di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan memaklumkan arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang mengatakan mesyuarat itu tidak boleh dijalankan atas alasan jawatankuasa berkenaan tidak sah lagi.

Pada Isnin lepas, Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak turut mendapat halangan polis bagi mengadakan mesyuarat yang bertujuan untuk membincangkan mengenai pelucutan jawatannya sebagai Speaker pada sidang DUN secara tidak sah dan melanggar undang-undang dewan, 7 Mei lepas yang didakwanya dilakukan melalui 'sub-dewan' dalam DUN yang dianggap tiada dalam perundangan serta tindakan Ganesan mengarahkan polis memasuki sidang DUN untuk mengeluarkannya daripada dewan persidangan.

Kumpulan ADUN Pakatan Rakyat yang diketuai Sivakumar akhirnya bersurai pada pukul 11.30 pagi selepas pelbagai usaha mereka gagal dan mendapat kawalan yang ketat oleh polis.

Kumpulan ADUN tersebut turut dinafikan untuk masuk walaupun untuk minum di kantin dan ke tandas .

Demikianlah suasana tegang pada hari ini yang menampakkan bahawa BN sangat takut kepada satu mesyuarat yang masih sah, kalau tidak seperti yang didakwa bahawa jawatankuasa hak dan kebebasan yang di ketuai oleh Sivakumar tidak sah lagi, biarlah mereka bermesyuarat walaupun beribu kali. Namun kenapakah ianya dihalang sedemikian rupa ?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila orang menang guna demokrasi kini tak percaya pada demokrasi. apa nilai demokrasi lepas ini

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya UMNO meneliti Sejarah... dan perubahan. Allah menyatakan dalam Al Quran bahawa Allah akan menggilir-gilirkan kekuasaan antara manusia... termasuk puak2 atau kumpulan2... kalau kita meneliti sejarah, kekuasaan sentiasa berubah2 atau berpindah dr tangan ke tangan/bangsa lain kpd bangsa yang lain..
Dulu Portugis, Belanda, Peranchis, abad ke 19 British Kuasa Besar berpindah pula kepada Amerika Syarikat dan akan pindah lagi.. Ini memang telah di tetapkan Allah.titik. Bahawasanya yang Maha Kuasa Hanya Allah. Dan Allah menyatakan bahawa Dia sama sekali TIDAK DAPAT DIKALAHKAN. Dan Dia juga berjanji akan memberikan kemenangan kepada Islam...
Sepatutnya UMNO jangan SOMBONG... Cuba teliti Sejarah. Indonesia dan India merdeka selepas Perang Dunia Ke 2 1945-1947, org Melayu pula merdeka 1957 (lambat lebih krg 10 tahun dr org lain di sebabkan sifat org Melayu yg lambat buat perubahan)tiada sifat yakin diri untuk berubah dan sifat suka bergantung...
1997-1998 berlaku perubahan politik di Indonesia..jadi kita campur 10 tahun... maka perubahan berlaku di Malaysia pd tahun 2008. Tapi UMNO masih SOMBONG... Masih mengekalkan sifat pentadbiran POLITIK LAMA.. Sedangkan di Indonesia...DEMOKRASI di laksanakan dengan lebih telus atas kesedaran semua warga. Di Malaysia????
Pemimpin UMNO je bercakap "Kita mesti BERUBAH sebelum kita REBAH" BERUBAH dari segi mana???
Ahli2 UMNO di akar umbi, cawangan dan bahagian sebenarnya ramai yg XFAHAM DAN BUAT2 XFAHAM nak BERUBAH MACAM MANA???
......UMNO nak BERUBAH????? APA YG NAK DI UBAH. Ada yg cakap, kalu kita BERUBAH, KITA akn "DIUBAH" maksudnya akan jadi PEMBANGKANG seperti yang berlaku di Kelantan, Kedah(negeri hampir 100% Melayu asli)Perak,Selangor,Wilayah Persekutuan... Alhamdulillah..
Jadi akhirnya... pemimpin2 je yg nak BERUBAH, tapi ahli2 akar umbi ckp... kita anggap aje UMNO ni masih kuat, rakyat akan kembali menyokong kita...
Nilai2lah sendiri...