31 Julai 2009

Ceramah Bubar DUN di Cenderoh

Dengan menggunakan bantuan LCD, Drs. Khalil Idham lim menyampaikan ceramah di Markaz Pas MTD Chenderoh Parlimen Padang Rengas pada 25 July lepas. Ceramah mengenai isu pembubaran DUN Perak itu mendapat perhatian dari penduduk setempat sehingga memenuhi bahagian dalam dan luar Markaz. Hadir sama memberikan ceramah ialah ADUN Lubuk Merbau yang juga YDP PAS Kawasan Padang Rengas, Hj. Mohd.Zainuddin.








2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dr.

Rakyat telah memberi mandat kepada tuan untuk membantu mereka membela nasib mereka.Adakah mereka yang hadir itu mewakili keseluruhan penduduk rakyat di kawasan tersebut.Sama ada tuan percaya atau tidak, orang yang samalah akan datang untuk mendengar ceramah jika penceramah lain yang datang.Jadi, hentikanlah ceramah mengenai bubar dun tuu.buatlah kerja tuan sebagai YB yang dipilih rakyat.Percayalah bahawa Allah akan memenangkan orang yang benar.

Idham Lim (林川興) berkata...

BN juga dok keliling kampung buat ceramah, cuma tak ada orang yang nak dengar. Kami PAS ada orang tak ada orang kami ceramah dari dulu sampai sekarang apalagi hak kami untuk guna media rakyat seperti radio dan tv dinafikan...ingat itu bukan milik UMNO dan BN kenapa hak kami dinafikan.

oleh itu wajar kami teruskan media ceramah yang kami pakai sekian lama ini. walaupun BN masih kekadang guna kuasa polis untuk halang, permitlah dsb.

Sampaikan maklumat juga tugas YB, apalagi maklumat yang benar bahawa BN lah yang rampas kuasa di Perak.