31 Julai 2009

Kenyataan Media (30 Julai 2009) AKTA ISA: HARAMKAN AKTA ZALIM

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kecewa dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana masih tidak menolak bahawa perlaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah digubal pada tahun 1960 dan yang masih dijalankan selama 49 tahun adalah lebih zalim dan perlu diharamkan.

DPPN Pk mencabar Tan Sri Harussani dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan serta Mufti seluruh negeri supaya mengeluarkan fatwa tentang Akta ISA ini yang telah banyak menzalimi rakyat kerana telah menghukum tanpa dibicarakan dahulu dan ianya salah disisi Agama Islam.

Persoalan yang sepatutnya timbul adalah kezaliman Akta ISA yang telah diamalkan itu, bukannya membantah Akta ISA itu sebagai yang haram. Parkara yang penting sekarang ini adalah, mengapa kezaliman ini masih diteruskan?

DPPN Pk mempertegaskan bahawa usaha untuk menghapuskan kezaliman mesti ditegakkan. Himpunan sebagai protes untuk memastikan seluruh rakyat akan hidup aman tanpa kezaliman yang telah dibuat oleh kerajaan akan diteruskan.

Oleh yang demikian, DPPN Pk menyeru seluruh rakyat yang membantah kezaliman mesti tampil untuk nyatakan kebenaran kerana menyahut seruan Nabi Muhammad SAW "Jihad yang paling afdhal ialah perkataan benar di hadapan pemerintah yang zalim" bukan perkataan yang berani di hadapan rakyat yang ditindas.


MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

7 ulasan:

Mahasiswa Malaysia berkata...

cepat je Mufti Bergaji tu kluar fatwa haramkan Phmpunan Bantah ISA....

Atey Fatwa Sure Heboh dah Sure Halal ler???? Tuler kome, byk telan kulit doghoyan kot....

Dol kakirempit berkata...

Nak kecewa fasal apa. Dh mmg ISA tu perlu. Apasal mamat ni, Balik belajar la dulu. faham betul2 makna FATWA dan ISA.

Takkan nak suruh SS TS Mufti keluarkan fatwa kepada benda yang mmg dah sahih kebenarannya. Apala punya otak.

Pastu nak cabar pulak Mufti. Lu tu sapa... Basuh kencing pun tak tentu bersih lagi dah nak cakap kuat. Siap nak cabar mufti lagi.. Pie rah mabuk...

Bila masa ISA tu zalim dan tak da di bicarakan.. Pi la tanya Mat Sabu. Lembaga Pelawat tu buat apa

Yang YB Karpal Singh jadi lawyer YB Manoharan masa kena tahan ISA pasal Hindraf tu buat apa kalau tak ada perbicaraan.

Balik la... baca buku/journal pasal undang2 dulu. Kaji plan2 artikel 5-13 dalam Perlembgaan, pastu baca sikit Kanun Acara jenayah..barulah cakap pasal ISA

Ni mcm burung kakak tua.. orang cakap ISA zalim, mu pun kata zalim. Siap cabar Mufti lagi

Aku tgk orang yang cakap kuat pasal ISA ni semuanya yang hingus tak kering lagi...
DSAI, Tian Chua, Ibrahim al Kataki , Mat Sabu tak cakap kuatpun pasal ISA.

Sikit2 tu adalah.. pasal orang politik. nak tarik simpati rakyat. Dia orang lagi tau pasal ISA... tanyala kat dia orang betul2. Kasi faham betul2

Ni tak pasal2 jerit ISA ZALIM

Kalau nak cari publisiti pun cari lah cara lain. Orang tau lah yang dalam PAS tu ramai yang kaki ikut, senang kena kelintong.

Cakap sikit pasal zalim, sebut sikit dua tiga Hadis.. tenganga la mulut mamat2 kampung sokong PAS.

Last2 PAS di katakan ISLAM.Islam dikatakan PAS.Tak leh dipisahkan. Tak tau yang PAS tu parti politik.. macam MIC jugak parti politik Mamat yang tak tau apa2 ni. Nak masuk Syurga punya pasal maka di undilah PAS

Naik moto pun pakai baju PAS. Nak tunjuk Islam punya pasal..... Yang lawaknya Baju tu harga RM 7.00. Disebabkan jihad punya pasal kena bayar RM 15. Baju tu beli banyak2 kat Kilang CIna kafir di Kepong pas tu cetak kat Gombak.

Jihad punya pasal.. tolong naikkan ekonomi orang kafir pun tak apa. Darurat ...kerana tak ada kedai orang Islam. Itu tak pulak mamat ni jeit minta keluarkan fatwa.. sampai la ni satu pun orang PAS tak ada kilang buat baju.... fardu kifayah tu ....

Sudah lah tu .....

janda isa berkata...

bijaknyer ngko dol...kalau tak caya hadis,takan nak caya hujah sampah ngko kot? Rasionalnyer ngko dol...tak kena atas kepala anak beranak ngko takpala...bulehla cakap tak zalim, biasela org melayu takpe kena kt org..tp aku tak kena...pentingkan diri sendiri dulu,org lain lantak piiila...

Abu berkata...

Apa masalah hang kakirempit??

Awat yang emosi sangat??

Hang ada sedara mara yang meringkuk dalam tahanan Kamunting sampai bertahun2 ka yang hang kata ISA tak zalim??

Bila dah taraf Mufti, takleh nak ditegur ke?? Maksum ke TS Mufti tu??

Sebelum bukak perlembagaan ciptaan manusia, sepatutnya check dulu apa kata Al-Quran dan Hadith Rasulullah..

PAS memang bukan ISLAM..tapi PAS perjuangkan ISLAM..Apa yang salahnya pulak politik dengan ISLAM? Bukankah ISLAM tu "Ad-Deen", cara hidup..jadi apa saja yang dilabel sebagai sebahagian dari cara hidup, akan ada ISLAM kat situ..hang ingat ISLAM tu cuma Solat, Puasa, Zakat, Haji saja ka?? itu jumud dan sekular namanya..

Kalau bagi undi kat non-PAS boleh masuk syurga?? Sekurang2nya undi PAS, InsyaAllah boleh jadi hujjah depan Allah yang kita sokong perjuangan ISLAM..

Org kampung yang sokong PAS dah serik kena kelentong..itu pasal cari alternatif..itu pasal sokong PAS..

Sekurang2nya bila berhujjah, PAS bersandarkan pada ayat2 Al-Quran & hadith2 Rasulullah..non-PAS hujjah pakai apa?? Logik akal semata tak bawak kita pi mana2 pun...

Last sekali, jika manusia takdak impian/objektif nak masuk syurga dan dapat nikmat tengok Allah..rasanya manusia tu ada masalah...jadi sepatutnya kita guna segala means, "by hook or by crook" untuk cuba masuk Syurga...apa salahnya impian tu...

Hang tak mau syurga ka??

orang pas berkata...

Dol kakirempit...nama pun dah tak berapa elok..jangan bercakap tentang islam kalau tak tau apa-apa.Jangan bagi malu orang islam...kalau tak faham 2 dengar je...jangan nak menyampuk cakap orang-orang tua.

Tanpa Nama berkata...

Dol kakirempit...aku rasa engkau ni anak mat rempit...yg mana bapak engkau telah rempit mak engkau atas motorsikal dan keluarlah engkau...anak mat rempit yang jahanam. Pergi mampuslah keturunan rempit

Tanpa Nama berkata...

islam ngan politik x blh d pisahkan...
biar paham yg ni btul2 dulu bru blh nk merempit..