31 Julai 2009

ADUN lawat mangsa pokok kekabu tumbang

Seorang Ibu tunggal di Tebuk Jawa dalam DUN Titi Serong, Salasiah Arshad (62 tahun)mendapat musibah apabila sepohon pokok kekabu yang letaknya berdekatan bahagian dapur rumahnya tumbang menghempap bahagian dapur dan sebahagian ruang tamu. Sehari selepas kejadian pada 23 July lepas, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham meluangkan masa untuk menziarahi keluarga tersebut.

Beliau ditemani oleh beberapa 3 orang pegawai dari pejabatnya dan Ketua Kampung Pakatan Rakyat Sg. Kota, Abdul Wahid Mat Deris.

Pada kesempatan itu beliau telah memberi bantuan segera berupa sedikit makanan dan bantuan kewangan. Selain itu Drs. Khalil juga telah menghubungi pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kerian dan Penghulu yang berdekatan bagi memastikan keluarga malang itu dibantu dalam kadar yang segera.







Tiada ulasan: