Selesai memberi Kuliah Dhuha di Pusat Aduan Rakyat Dun Kempas di Taman Dahlia pada 26 July lepas saya disapa oleh seorang Pak Haji menjemput saya untuk makan Nasi Beriani Gam di restorannya di taman yang sama. Ternyata sedap sekali sehingga "menjilat jari" lalu saya berminat untuk menceritakan kepada pembaca mengenai kejayaan perniagaan Hj. Saadon bin Hj. Md.Rais (Tengah baju petak) pemilik kepada Restoran nasi Beriani Gam Dahlia itu.
Sebenarnya perut saya sudah pun kenyang kerana makan lontong sekitar jam 8.00 pagi, cuma hilang tenaga sedikit masa sampaikan kuliah Dhuha. Kerana itu bila diajak oleh Hj. Saadon ke restorannya di mengatakan "tidak apa makan sedikit pun jadi" bahasanya sederhana dan dengan nada perlahan. Perwatakannya mudah didampingi, biasalah kalau jadi pemilik restoran itulah antara modal yang boleh menarik pelanggan.
Saya memilih untuk makan Nasi Beriani Gam Kambing. Ternyata sedap....sekali sehingga saya terasa untuk menerima pelawaan Hj.Saadon untuk tambah sepinggan lagi, namun saya kira sudah cukup sebelum berangkat ke Mersing kerana ada program di sana pada petang itu.
Sambil makan dan sesudah itu, Hj. Saadon sempat menitipkan salamnya untuk DS. Nizar dan memberi pengakuan untuk hadir dirumah DS. sekiranya di dijemput untuk mengajar cara "pembikinan" masak nasi tersebut. Selain itu sekiranya tempahan melebihi untuk 500 orang beliau memberi kesanggupannya untuk menyediakannya dengan harga RM 5.50 satu kepala. Apapun kepada yang berminat boleh berhubung dengan Pak Haji Saadon di no talifon dibawah.
Bercakap tentang sedapnya dan terkenalnya masakan Hj. Saadon terbukti dengan bukti gambar-gambar pemimpin politik terkenal yang sudah singgah di Kedainya. Antara yang sempat saya lihat ialah TG. Hj.Abdul Hadi Awang, Dato' Haron Din, Dato' Idris Jusoh dan banyak lagi.
Selain menyediakan Nasi Beriani dengan lauk ayam kampong, kambing dan lembu, Restoran Hj.Saadon juga menyediakan masakan lain iaitu serunding jawa, ketupat daun pisang, gulai kawah, ayam mingkong dan nasi ambang jawa.
Kepada yang sudah sampai ke Johor Bahru jangan lupa singgah di:
Restoran Nasi Beriani Gam Dahlia
Alamat : No. 93, Jalan Dahlia 19, Tmn.Dahlia,
81200 Tampoi, Johor bahru, Johor.
Tel : 07-2374255
019-7657070 (Hj. Saadon)
1 ulasan:
Terima kasih dr khalil.. Baru tadi mencuba dan memang tak mengecwakan. Sedap
Catat Ulasan