KUALA KRAI, 14 July :- Di malam kemenangan PAS Di Manek Urai yang disambut dengan kegembiraan oleh semua penyokong PAS, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim tidak melupakan rasa duka dan kesakitan yang dialami oleh seorang serikandi PAS, Cik Nadiah Mohd Kamil (24) yang dilempar bantu oleh musuh yang tidak dikenali semasa merayu undi di UPU Lata Rek.
Drs. Khalil berada sekitar 20 minit di Wad Kenari, Hospital Kuala Krai bagi mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak dan bertanya khabar tentang musibah yang dialami oleh muslimah PAS itu dan sempat menyampaikan sedikit sumbangan kepada magsa tersebut..
Mengikut maklumat yang diberikan kepada kami, beliau semasa sedang ingin menjawab satu panggilan talifon bimbitnya sekitar jam 12.15 tengah hari tiba-tiba seketul batu yang saiznya agak besar singgah didagunya dan menyebabkan luka yang membawa kepada 2 jahitan.
Cik Nadia yang berasal dari Kuala Kangsar dan sekarang menetap di Kuala Lumpur pada masa itu ditemani oleh keluarga angkat di Labok Machang tempat beliau menginap sejak sehari sebelum pilihanraya Manek Urai dan beliau datang khusus untuk merayu undi pada pilihanraya tersebut.
9 ulasan:
sabar lah cik nadiah.Taniah atas usaha anda menolong pas di mu. Moga allah emmberi ganjaran pahala yg besar atas usahamu itu.Orang kuale rupenya..samele dgn teman org perak juge....
Cik Nadia! Saya ucapkan syabas atas kegigihan semangat anda, dan takziah atas kemalangan yang anda alami. Itulah rempah ratus perjuangan yang tidak terkecuali dari menempuhi tragedi seumpama itu, malah mungkin memerlukan pengorbanan yang lebih besar. Teguhkan iman dan kuatkan semangat semoga mendapat balasan kebajikan dari Allah swt.
Sebenonye teman juge rase bangge, kerane ghame oghang-oghang peghak ke Manik Urai memberikan moral support, mungkin dorongan semangat yang meghuap-ghuap atas insiden (kudeta) yang berlaku di peghak tu. Teman juge oghang kuale (sayong lembah), tapi keme di UPU Manik Urai Lama. Sabo je le. Pak cik doakan semoga cepat sembuh.
Subhanallah.. Cantiknya serikandi PAS ni.
Offer3.
Sesiapa yang bujang(4,3,2 atau 1) boleh cuba. Tanpa nama pun boleh. Same kampung plak ngan mike.
Mari2.
p/s: Kalu nak srikandi pas, kita mestilah kurang-kurangnya srikanda/pejuang gigih pas. Barulah sekufu.
semoga Allah s.w.t memberi hidayah kepada pembaling batu tersebut.moga terbuka hatinya untuk meminta maaf pada saudari dan parti pas..takbirrrrrrrrrrrr..
ala kena batu kat dagu sikit pun kena masuk wad ke. saja nak buat hebuh macam sure heboh kut.
Wak kena timpa kelapa kat atas kepale pun tak masuk wad.
miyagi - gila sek punya orang
masalahnya kelapa tu jatuh sendiri,pecah kepalapun tak heran wak oiii, tapi yang ni ada yang baling batu, mesti heboh lah....
Teruskan perjuangan sehingga BN kalah peringkat Persekutuan...
Catat Ulasan