24 Julai 2009

Harun nafi kenyataan ditujukan kepada Nizar

KUALA TERENGGANU, 23 Julai: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menafikan kenyataannya ditujukan kepada mana-mana pihak atau peristiwa ketika mengulas mengenai pemasangan lilin.

Beliau mendakwa hanya memberikan panduan secara umum berdasarkan hadis Rasulullah saw.

Harun mengulas laporan sebuah media hari ini yang mendakwa beliau mempertikaikan tindakan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memegang lilin di majlis yang tidak jelas berunsur agama atau tidak bagi memperinghati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh.

Dalam laporan itu, Harun dikatakan berkata, Nizar tidak sepatutnya hadir di majlis itu kerana ia majlis yang meragukan samada ia upacara agama atau tidak.

Ekoran laporan kenyataan Harun itu, pelbagai pihak bingung dan tidak jelas sikap PAS kerana Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa menyokong kehadiran Nizar itu.

Media berkenaan jelas dilihat cuba melagakan antara Husam dengan beliau.

Siasahdaily

15 ulasan:

Kelana berkata...

Salam YB

Lain kali jgn bg komen kat Utusan Meroyan. Akbar tu kan akbar harian pro UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Lain kali jangan suka mengata org lain. Orang lain buat semua salah tapi bila kena batang hidung sendiri semua betul. Org lain semua tak islmic tapi macam mana pula org pas boleh buat benda tu. Ubah-ubah lah pemikiran anda wahai penyokong2 pas.
Tak semua pemimpin buat dan cakap kita kena ikut membabi buta. Kita kena fikir dan renongkan dn buat tafsiran samaada betul atau salah dan boleh diikuti atau tidak. wallahualam.........

Tanpa Nama berkata...

sEBENARNYA GAMBAR YG KELUAR TU KAT PEJABAT DAP BUKANNYA DI RUMAH TEOH ATAU MAYAT SIMATI ADA DISITU....LAGI SATU KALAU UTUSAN MELOYA TU SURUH KOMEN ...KOMEN MCM TUAN GURU NIK AZIZ.... AMALAN DEMOKRASI PUN SI ZAMBRI TAK AMALKAN ..BAB NIZAR TN GURU KATA LAIN KALI JE DIA ULAS....KAH..KAH... ANA RASA WARTAWAN TU BENGANG HABIS DGN TN GURU....

Tanpa Nama berkata...

apasal dewan ulama pas masih tidak cerdik politik sehingga skg?
ana masih berpendirian yg dewan ulama amat perlu di tarbiyah kan dgn ilmu politik, sebabnya pas adalh parti politik yg berunsur dakwah tetapi ilmu dakwah yg meliputi politik, so please la.

kenapa ulama pas bergantuing kepada lapuran utusan

Tanpa Nama berkata...

patutla kerajaan PAS terengganu terguling kerana tidak bijak politik

Tinta Hitam berkata...

Itu sebab pemimpin PR perlu lebih berhati hati bila beri sidang akhbar

fikrah Islamiah berkata...

Dalam politik, perjalanannya tidak boleh lurus bendul. Dewan Ulama dalam hal ini perlu pandai bertindak menyelesaikan masalah parti, pemimpin dan rakyat mengenai isu agama. Kalau pemimpin salah tegur secara tegas tetapi bukan melalui media, tetapi dengan empat mata. Selain itu, DU kena anjur kursus Islam kepada semua pemimpin dan ahli mengikut tahap masing-masing. Pemimpin PR termasuk DAP boleh dijemput sama dalam kursus itu.

Tanpa Nama berkata...

hmm... yg ni pun korang sokong jugak.
hitamnya hati...

Tanpa Nama berkata...

ZAMBRY KENA PUKULAN TKO DARI TOK GURU NIK AZIZ

Sehari dua ini Menteri Besar Mahkamah, Datuk Zambry Abdul Kadir menunjukkan kehebatannya dalam soal agama dengan meminta fatwa dari Dewan Ulama Pas tentang isu Menteri Besar Rakyat, Datuk Seri Ir Nizar Hj. Jamaludin memegang lilin berkaitan kematian Teoh Beng Hock. Sejak bila Umno berpegang dengan 'fatwa' Dewan Ulama Pas? Adakah ini satu pengiktirafan kepada Dewan Ulama Pas? Bersediakah Umno dengan 'fatwa' Pas sebelum ini bahawa Umno parti sekular, agama suku politik suku? Bersediakah Umno untuk gazetkan 'fatwa' Pas bahawa Umno menolak dan menghina Islam? Menentang hukum Islam dan bersubahabat dan bertanggungjawab luluskan lesen judi arak serta tempat maksiat di negara ini? Jawapan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat terhadap permintaan Zambry ternyata ibarat senjata makan tuan.

"Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Zambry yang memintanya mengeluar fatwa berhubung isu memegang lilin.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Dataran Warisan di sini semalam.
Menteri Besar Perak sebelum ini meminta ulama PAS mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Nizar memegang lilin ketika hadir pada satu majlis di Perak Jumaat lepas.

Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim hari ini menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Nizar majlis berkabung memperingati kematian Teoh Beng Huat.

Menurutnya gambar tersebut merupakan majlis menyalakan lilin diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.

Idham juga menjelaskan amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun dan bukan amalan agama.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, sekiranya beliau dijemput masyarakat Hindu atau Cina ke tempat ibadat mereka, beliau akan bertanya terlebih dahulu adakah program keagamaan atau adat resam.

"Saya kata kalau soal agama saya tak boleh pergi, tetapi adat resam atau budaya saya boleh pergi.

"Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur.

"Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni," ujarnya.
Menurutnya Rasulullah saw menghantar surat pada raja-raja Mesir, Iran dan India menggunakan ayat al-Quran. Saya juga teringin nak minta fatwa dari Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria apa hukumnya tiup lilin sempena sambutan Hari lahir seperti di bawah ni.

Apa pula komen 'ulama-ulama' di Majlis Agama Islam Melaka yang menganjurkan pertandingan 'panjut' atau pelita peringkat negeri Melaka sempena sambutan '7 likur' tahun lepas?

http://angkasanuri.blogspot.com/2009/07/zambry-kena-pukulan-tko-dari-tok-guru.html

Tanpa Nama berkata...

tu diaa pandai hampa bagi alasan kolo umno semua salah..aku bukan sokong mana2..hampa tengok cina..depa sokong walaupun berlainan parti...kita sesama islam dan melayu nak menjatuhkan sesama sendiri..pikiq2 laa hampaa..

Unknown berkata...

Tak payah la nak main nafi2. Orang nak tahu daripada ulama PAS yang ramai tu, tindakan Nizar menyertai nyalaan lilin tu salah ke tidak di sisi Islam. Itu sahaja. Jawab saja soalan itu tanpa menjaga kepentingan politik. Saya x sokong mana2 kecuali yang benar

Tanpa Nama berkata...

salam .. itu la kalu pak lebai pas nak bercakap tak baca bismillah dulu.. mula melalut tak tentu hala.. lepas tu baru kalut gelabah tuduh akhbar putar belit kenyataan.. lu pikir la sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Dalam hal ini yang benar adalah Ia-Quran, Oleh itu marilah sama-sama kita bersatu, dan kembali kepada Al-Quran dengan menyokong Pas.

IKHLAS berkata...

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.....
KEPADA SAPEQ.APA MASALAH YANG KAMU SIBUK SANGAT NAK TAU SALAH KE TINDAKAN MB PERAK DATUK SERI IR NIZAR NI KNP? KAN DAH DINYATAKAN ANTARA PERBUATAN KEPERCAYAAN AGAMA ATAUPUN ADAT YANG DIJELASKAN OLEH TOK GURU WALAUPUN DIA TAK NAK KELUARKAN FATWA PASAL MEMANG BETOL BUKAN KERJA DIA UTK KELUARKAN FATWA. BRO APEQ BALIK LA KEPADA HADIS & AL QURAN. MENGAJI DAN KAJI. JANGAN MENGAJI DAN KETEPI. BILA PERLU BARU NAK GUNA BILA TAK IKUT SEMUA DIORANG JER. ITULA PEMIMPIN UMNO YANG MENEGASKAN MEREKA MEMIMPIN NEGARA ISLAM ALA MEREKA.. RENUNGKANLA.

islah berkata...

setuju tanpa nama 23/7/2009 6:18 pm..dewan ulama kene ditarbiyah..kerana mereka sepatutnya mentarbiyah,,tapi kami dibawah ni xdengar apa2 pon yang dewan ulama buat..masa muktamar bising la,,nak kepimpinan ulama..hahha..malu je