Email Oleh : newsforwarder®™
from Ketua Perusuh by Ketua Perusuh
PAS sebenarnya kalah di Manek Urai…
1. Kalah dari segi janji-janji pembangunan
2. Kalah dari segi taraf akademik calon
3. Kalah dari segi curahan wang ringgit secara tunai
4. Kalah dari segi sokongan media cetak dan elektronik
5. Kalah dari segi sokongan agensi kerajaan
6. Kalah dari segi bilangan undi yang merosot
7. Kalah dari segi kemudahan jentera pilihanraya
Walaupun PAS memang dengan 65 undi, sewajarnya PAS membuat satu post-mortem (muhasabah) dan kajian mendalam dalam mencari punca kalahnya PAS di Manek Urai dalam keadaan situasi UMNO/BN yang telah goyah.
PAS sepatutnya boleh menang dengan selesa, namun beberapa tindakan pimpinan yang bertelagah sesama sendiri yang telah dibuka pekungnya oleh media cetak dan elektronik secara tidak langsung berjaya di”embedded”kan kedalam otak para pengundi.
Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya pada masa ini dalam proses pembersihan organisasinya dan meneruskan kerja keras untuk menunaikan semua janji-janji sebelum PRU12 dahulu. Ketiga-tiga komponen dalam PR (PAS, DAP dan PKR) perlu bergerak seiring dan tidak bertelagah sesama sendiri. Ujudkan satu mekanisma untuk menyaring semua maklumat dan satu jawatankuasa umum yang memantau semua perjalanan negeri-negeri yang ditadbir oleh PR.
Ini penting demi untuk kelangsungan Pakatan Rakyat dan bagaimana ianya memberikan contoh terbaik demi mencorakkan pentadbiran yang telus, cekap dan amanah.
Isu-isu seperti kes pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dan isu perumahan di Kampung Buah Pala sepatutnya ditangani dengan baik oleh jawatankuasa umum sebelum ianya dijadikan bahan peluru oleh media massa milik UMNO/BN untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Banyak lagi sebenarnya isu-isu yang sepatutnya dibawa kepada perhatian jawatankuasa khas Pakatan Rakyat (JKPR) untuk disiasat dan diselesaikan mengikut lunas-lunas undang-undang yang sepatutnya tanpa perlu mendapat liputan luas oleh media yang sebenarnya cuba untuk melaga-lagakan dan memerangkap PR.
ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sewajarnya digalakkan kurang memberikan komentar secara terbuka kepada mana-mana media cetak dan elektronik demi untuk mengelakkan disalah takrifkan atau disalah tafsirkan untuk kepentingan media tersebut. Adalah lebih baik sekiranya ditetapkan bahawasanya hanya jurucakap JKPR sahaja yang dibenarkan untuk memberikan komentar dan ulasan.
Kepada Pimpinan Pakatan Rakyat, saya menyeru agar anda dengan segera menubuhkan JKPR ini demi untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada dipecah belahkan oleh media milik UMNO/BN dan sekutunya.

10 ulasan:
Biar pun dikatakan kalah tapi hakikatnya PAS menang. Pengundi tegar PAS tidak berganjak walau pun macam-macam janji dan kebendaan yang ditaburkan. Dalam PRK memang susah pembangkang nak menang kerana bertanding dengan jentera 1Malaysia. Tapi masa PRU mood pengundi akan berubah kepada isu nasional dan kepimpinan yang berwibawa. Masa tu selalunya pemimpin PAS lebih terserlah.
Ambillah kemenangan tipis ini sebagai satu cabaran untuk membawa pembangunan didaerah yang masih mundur. YB Fauzi kena kerja keras dan memberi khidmat kepada semua orang tidak memilih parti sokongan mereka.
Assalamualaikum
Saya menyokong penuh cadangan dan pandangan YB.
Dan sepatutnya itulah yang dilakukan Pakatan Rakyat.
Ini kerana kita semua sedia maklum, maklumat dan berita yang disalah tafsirkan oleh media mengenai Pakatan Rakyat mempunyai Implikasi yang besar kepada rakyat Malaysia bahkan kepada penyokong pakatan rakyat sendiri.
Post mortem :
Pas kalah kerana pengundi menganggap, kalau kalah pun tidak menjejaskan Pemerintahan Tok Guru.
Pas kalah kerana pengundi mahu melihat adakah mampu BN tunaikan janji.
Pas kalah kerana janji pembangunan yang dibuat dengan begitu bersungguh-sungguh oleh BN.Walaupun pengundi tidak mahukan pembangunan tetapi mereka tetap mahu juga jalan, jambatan, sekolah, dan kemudahan asas. Tidak cukup hanya pembinaan insan dan pengisian agama sahaja.
Pas kalah kerana kepimpinan yang semakin korup dan kebendaan.
Pas kalah kerana pas seakan-akan UMNO membahagikan harta kerajaan kepada penyokong sahaja, sebagai contoh Ladang Rakyat, bantuan ternakan dan bayak lagi.
Pas kalah kerana tidak ada jasa besar yang dibuat untuk rakyat, jika dibandingkan dengan lamanya pemerintahan.
Pas kalah kerana keikhlasan Mustapha Muhammad
Pas kalah kerana duit ditabur terlalu banyak dan orang pas tak sanggup berbohong untuk hanya menerima sahaja dan tidak menunaikan janji memangkah BN.
Pas kalah kerana orang muda disogok dengan banyak janji dan hiburan oleh BN
Pas kalah kerana orang-orang muda yang mungkin hanya mengibar bendera sahaja, tetapi undi diberi kepada BN.
Pas kalah kerana kebanyakan orang muda mahukan Unity Goverment.
Pas kalah kerana ramai orang muda tidak hormat sangat kepada Tok Guru Nik Aziz, tidak seperti dahulu.
Pas kalah kerana ketiadaan pengundi Cina dan India.
Pas kalah kerana serangan BN dalam pilihanraya kecil ini terlalu kuat.
Pas kalah kerana sememangnya Pas pernah kalah kalau bukan Pak Su Will
Pas Kalah kerana calon sama-sama anak tempatan dan berjasa di kawasan itu.
Pas kalah kerana keegoan pas dan merasa terlalu yakin pengundi tidak lari dari menyokong perjuangan Islam.
Pas kalah, sebagaimana kelantan pernah kalah 2004, kerana perubahan kepimpinan BN terutamanya Perdana Menteri.
Pas kalah kerana terlalu banyak perkara yang dibuat adalah retorik semata-mata.
Pas kalah kerana sememangnya orang kelantan luarbiasa pemikiran politiknya.
Pas kalah kerana UMNO sudah pandai reka cerita dalam blog-blog mereka yang bersepah-sepah.
Pas kalah kerana bersekongkol dengan Anwar dan DAP.
walaupun kecil..bersyukurlah kepada ALLAH.
drp:
http://drbadrulaminbahron.blogspot.com
walaupun menang tapi Pas mengalami kekalahan moral yang teruk kali ini.
PAS dan PR perlu bermuhasabah diri selepas ini.
Jika tidak ,kepincangan BN selama ini akan lenyap begitu saja sebab DUIT adalah kuasa.
Mana tak turun Majoriti kalau Umno main taik
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/majoriti-rendah-sebab-taik-umno.html
atau di..
http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/07/majoriti-rendah-sebab-taik-umno.html
Kesian tu pun dapat turunkan Majoriti je..
Naruto suka PAS menang..
UMNO telah jumpa senjata hikmat untuk menghadapi mana-mana PRK atau pilihanraya umum.....PAS masih terkapai-kapai mencari siapa yang patut disalahkan
UMNO telah bukti kali ini cara mereka berjaya walaupun kalah....
UMNO telah belajar dati Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti.....manakala PAS lalai dengan kemenangan....
Apa senjata/trick UMNO ? Bukan sekadar rasuah! atau janji manis politik! Mereka ada sesuatu yang lebih dari itu?? Apa benda????
Jadikan kemelut dalam PR kebelakangan ini dan PRK Manek Urai sebagai iktibar, rakyat takde mood kalau tengok PR pun bergomol sama sendiri lebih kurang macam BN, akhirnya rakyat tak nampak jasa2 pembangunan PR yang nampak dok berkelahi memanjang, usah terlalu yakin dengan prestasi Mac 2008 kerana tragedi 2004 boleh berulang dalam PRU 13 jika terlalu yakin dengan gelombang reformasi 1999 tapi tersungkur 2004 di tangan Mr Clean.
Langit tak selalu cerah
Salam sejahtera buat pembaca budiman
Tahniah kepada seluruh jentera pilihanraya Pakatan Rakyat kerana dapat mengekalkan kerusi Dun Manek Urai. Walaupun Pas menang dengan majoriti kecil kita patut bersyukur dan ada hikmahnya disebalek kemenangan ini.
Sifat pemimpin bersikap terlalu yakin dengan kemenangan besar di Manek Urai membuat pengundi tak mengundi Pas kali ini. Juga BN telah membuat janji yang bersungguh sungguh seperti membena jambatan juga menjadi faktor. Ketiga faktor akademik calon telah dimainkan oleh Umno/BN membuat pengundi muda mengundi BN.
Diharap pihak Pas dapat membuat postmortem diatas kekalahan ini dari segi kurang majoriti agar dapat mencari punca sebenarnya. Bagi kelulusan calon Mohd Fauzi Abdullah telah lulus ujian dan ADUN tersebut perlu membuktikan kepada rakyat bahawa beliau memang layak menjadi ADUN Manek Urai. Dengan kerja keras berkhidmat kepada rakyat akan dapat mengekalkan kerusi tersebut terus kekal selepas PRU 13. Insya Allah.
Catat Ulasan