10 Julai 2009

Siapa yang tak bayar pinjaman TEKUN ?

Email Oleh : Suara N9

Siapa yang gagal menjelaskan hutang RM 225 Juta TEKUN ?
Dari mana sumber pinjaman TEKUN ?
Siarkan saja di akhbar dan laman web siapa yang gagal membayar pinjaman TEKUN ini supaya kita tahu siapa sebenarnya selama ini yang meminjam TEKUN.

Berapa peratus ahli Umno , berapa peratus ahli PAS , berapa peratus ahli PKR dan seterusnya yang buat pinjaman TEKUN ini ?

Berapa peratus Melayu , berapa peratus Cina , berapa peratus India dan seterusnya yang buat pinjaman TEKUN ini ?

Perlukah skim pinjaman TEKUN ditukar ke skim pinjaman 1TTEKUN (SATU TEKUN) ?

************ ********* *******
Peminjam Tekun gagal jelaskan hutang RM225j
Berita Harian 8 Julai 2009

KUALA LUMPUR: Kerajaan menghadapi masalah untuk membiayai pinjaman Tekun Nasional (Tekun) kepada peminjam baru berikutan kegagalan ramai peminjam menjelaskan hutang mereka yang kini berjumlah RM225 juta.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) bagi pinjaman yang dikeluarkan hingga Mei lalu sangat tinggi, iaitu 15 peratus daripada RM1.32 bilion yang diberikan sejak 1999.

Beliau berkata, ia menyukarkan kerajaan memberi pinjaman kerana dana sedia ada tidak mencukupi, manakala permohonan yang diterima setiap tahun meningkat lebih dua kali ganda sehingga ramai yang terpaksa menunggu giliran.

Katanya, jumlah permohonan yang diterima dan sedang dalam pertimbangan adalah 15,687 pemohon membabitkan anggaran pembiayaan sejumlah RM348 juta.

"Kalau peminjam tidak bayar, orang lain tidak boleh mendapat pinjaman sebab ini duit tabung pusingan. Kalau tak bayar macam mana nak pusing.

"Kerajaan beri tambahan dana sebanyak RM100 juta pun tidak boleh menyelesaikan masalah kalau peminjam terus tegar tidak mahu bayar hutang. Saya merayu kepada peminjam ini supaya mengasihani kawan mereka yang mahu buat pinjaman," katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Kempen Membayar Hutang Tekun Nasional yang dilaksanakan kementerian mulai bulan ini bagi menggalakkan lebih ramai peminjam membayar hutang mereka setiap bulan.

Mengulas lanjut, Noh berkata institusi kredit mikro itu yang memberi pembiayaan kepada hampir 150,000 usahawan, mensasarkan kutipan sebanyak 50 peratus sebulan menerusi kempen ceramah pendidikan dan agama, selain insentif pe-ngurangan dan penjadualan bayaran balik pinjaman.

"Kalau kita dapat kutip 50 peratus dari kempen ini pun sudah cukup baik. Kutipan sekarang sebanyak RM15 juta sebulan dan sasaran kita RM30 juta sebulan daripada pinjaman yang diberikan purata RM40 juta sebulan," katanya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.
orang ni xkan senaraikan ah jerung2 penimbang yang wat pinjaman tu. aku x yakin mereka akn siarkan. mereka kata gni semata2 nak tutup mata rakyat je supaya rakyat kata mereka ni prihatin bagi pinjaman kat rakyat. sedangkan baru2 ini petronas mencatatkan keuntungan. Tun Mahadir membangkitkan di dalam blognya kemana hilangnya RM254 bilion dari keuntungan petronas tu. dedahkan sape yang ambik duit ni.ramai orang yang x tau ni. kenapa tidak gunakan duit ini untuk mememulihkan ekonomi negara. ke malaysia ni gunakan duit tu tuk pulihkan ekonomi dunia sbb tulah rakyat x tau. betapa mulianya sikap pemimpin kita.

andy4484 berkata...

zackeye berkata...

Semua peminjam Tekun ahli umno kerana dalam borang kena menyatakan cawangan.