11 Julai 2009

UMNO RINDU KEHADIRAN US NASHA, RINDU POSTER HJ HADI ?

Email Oleh : Zek RiY
Oleh: WFAUZDIN NS


SEPANJANG kempen Umno di Manek Urai, pemimpin-pemimpin Umno sentiasa menyuarakan persoalan mengapa poster Presiden Pas Tuan Guru Hj Hadi Awang tidak dinaikkan seperti poster-poster calon dan poster Mursyidul Am Pas. Inilah kali pertama dalam sejarah kempen Umno yang sering menyentuh tentang poster parti pihak lawan. Umno terlalu ingin melihat poster Presiden Pas, mungkin kerana rindu atau pun kerana dapat menyejukkan hati dan jiwa mereka.

Memang benar, di Manek Urai poster yang lebih mendominasikan perang poster adalah poster calon Pas dan Mursyidul Am Pas. Begitu juga poster-poster Umno, Pas tidak pernah mempersoalkan mengapa kurang atau lebihnya poster Najib dari Muhyiddin. Pas juga tidak hairan walaupun Umno melambakkan poster Rosmah Mansor (wanita pertama?) di semua kawasan kempen di Manek Urai. Sekiranya Umno berhajat untuk menampal poster`Altantuya' bagi mengenang kisah sedih wanita tersebut, Pas juga tidak akan membantah. Oleh yang demikian, Umno tidak perlu mempertikaikan kerja-kerja atau kempen Pas. Sekiranya Umno terlalu takut, benci atau geram dengan wajah Tuan Guru Nik Aziz pada poster-poster yang banyak itu, dinasihatkan Umno berjalan di Manek Urai dengan cara kepala tunduk ke bawah.

Umno juga sering mempertikaikan mengapa Us Nasha Timbalan Presiden Pas tidak turun berkempen di Manek Urai. Ini pun menjadi masalah pada Umno kerana mungkin terlalu rindu mereka dengan suara lunak Us Nasha. Pas mempunyai ramai pemimpin dan tokoh yang mampu berhujah dan berpidato, oleh yang demikian Pas tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan tenaga kempen dan penceramah. Bagi saya, Umno yang mempunyai masalah sehinggakan KJ terpaksa `merekrut'kan pemidato-pemidato mereka untuk dibawa ke Manek Urai. Usaha KJ tetap gagal kerana walau hebat bagaimanapun pemidato-pemidato mereka, mereka tidak mempunyai kekuatan hujah untuk menghadapi Pas apatah lagi di Kelantan. KJ sendiri tidak mampu menarik orang ramai dengan pidato dan hujah beliau kerana peribadi dan latarbelakang KJ sendiri telah di`rosak' serta dicemari dengan rasuah politik wang.

Jelas sekarang, Umno kini tertekan dan hilang arah untuk berdepan dengan Pas. Mereka benar-benar hilang punca di Manek Urai hinggakan perkara yang baik mereka lakukan dipandang sinis oleh masyarakat di Manek Urai. Mereka hadir dengan awal kempen mereka menghina golongan nelayan dan peniaga ikan. Mereka hadir di Manek Urai untuk `berlakon' menjadi seorang penoreh getah. Apabila sudah kekeringan idea, mereka menggunakan isu Kerajaan Perpaduan untuk menggambarkan betapa Umno terlalu inginkan perpaduan, tetapi di dalam masa yang sama kerajaan yang di`curi' secara haram di Perak masih berada dalam poket mereka. Umno juga berkata agar kempen di Manek Urai ini dapat dijalankan dengan berhemah dan beretika serta bersih, tetapi dalam masa yang sama media mereka seperti TV dan akhbar setiap hari memburukkan Pas dengan berbagai berita yang berat sebelah. Inilah mainan Umno di Manek Urai dan mainan ini telah lama dapat dibaca oleh pengundi-pengundi di Manek Urai.

Sehubungan itu, suka atau tidak pengundi-pengundi di Manek Urai tiada pilihan lain. Umno hendaklah ditolak dan ditalkinkan sebagaimana Pas telah mentalkinkan Kerajaan Perpaduan. Jadikan Kelantan sebagai bumi yang pertama `bebas dari Umno' menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, InsyaAllah. /wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Benci tanpa sayang....

miesuid berkata...

Marah Jumaat
Hari ini cakap begini esok cakap lain pula dan lusa menarik balik apa yang dicakapkan.kalau dalam bahasa Inggeris orang yang bercakap tidak tetap dan berubah-rubah dipanggil over laping. Atau dalam bahasa Kelantan dikatakan ‘belawak” (bohong). Manakala dalam bahasa Arabnya disebut munafik.

Orang munafik kalau menurut ustaz-ustaz otodoks di kampung-kampung bila mati nanti lidahnya akan dipotong ataupun disula dengan api neraka.
kalau Tok Guru Nik Aziz cakap begitu apakah istilah yang tepat untuk dipakai? Perkataan apakah yang tepat untuk dikiaskan? ke atas saya derhaka kepada Tok Guru itu tidak betul.
ini menunjukkan bahawa perangai Nik Aziz bercakap tidak betul dan berputar-putar itu bukan baru berlaku. Ianya sudah lama diamalkan sebelum ini. Kalau orang mengatakan dia nyanyuk dengan cakap yang tidak istiqamah itu adalah tidak betul. Dia bukan nyanyuk tetapi itu mungkin tektik politiknya. Mungkin strateginya untuk jadi poplar.

Mungkin Nik Aziz menerima pakai berbohong itu adalah sebagai strategi politik yang ampuh. Mungkin dia tahu hukumnya mengenai itu. Mungkin juga dia menerima pakai istilah bohong sunat yang diamalkan oleh para pengawal poligami! Ataupun berbohong itu adalah keistimewaan yang Pas berikan kepada orang yang memegang jawatan Mursyidul Am.

Sebab seseorang yang memegang jawatan Mursyidul Am tentulah mereka yang bertaraf ulama, suci, terhindar dari dosa besar dan dosa kecil. Mempunyai moral yang baik, akhlak yang baik dan saksyiah yang tinggi dan luhur. Makanya mereka yang memiliki kecemerlangan itu tidak mungkin mudah untuk ‘berjibah’ dengan dosa-dosa kecil dan dosa besar.

Justeru apabila Nik Aziz berdolak dalih atau berbohong dalam kes membabitkan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ia tidak menghairankan kerana itulah stail Tok Guru itu. Jika diperhatikan apa yang berlaku ke atas Nasharudin jelas Timbalan Presiden Pas itu menjadi mangsa stail politik Nik Aziz yang dibatasi susila Melayu dan Islam!

Hari ini beliau telah menjadikan Nasharudin sebagai bola politiknya. Dia boleh tendang ke mana saja dia suka. Sekajap dia suruh Nasharudin letak jawatan, keluar Pas dan menyertai Umno. Pada masa lain pula dia menanfikan apa yang dihemburkan itu dan meminta maaf. Nik Aziz melihat semua itu hanya sebagai satu tektik saja tanpa merasai perasaan orang lain.

Serangan atau tendangan kepada Nasharudin tidak habis-habis. Terbaru dia meminta Nasharudin berkempen di Manik Urai pula. Sebelum ini dia yang melarang Nasharudin daripada hadir ke Manik Urai. Macam-macam alasan digunakan bagi menghalkan tindakan itu, kononya untuk mengelakkan Nasharudin dari diboo. sambungan---


Sorotan dari blog msomelayu.blogspot

Tanpa Nama berkata...

apo ye poksaid dok belebe nih??? sakit di mano poksaidnyo??? Mano ado TG berbeli-belit, dulu demo nak UG, TG suruh demo keluar PAS, lo ni demo tolak UG, TG saye demo, tu jah. kito ore kapung di manek urai ni bole pahe, bakpo poksaid tok pahe-pahe, TOK GURU PERINTAH, NEGERI BERKAT, RAKYAT SELAMAT.. Manek Urai for PAS..PAS For All..Takbir!!!

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Tulisan ini masih memperlihatkan kebencian kepada Pres dan Timb Pres.Ia secara tak langsung menggambarkan Pres dan Timb ada hubungan dengan umNo...ia seumpama racun yang menanam kebencian kepada PAS..harap YB semak balik setiap tulisan penulisan..pastikan sabagai YB PAS hanya membenarkan sesuatu yang BERSIH dari unsur memecahkan PAS... hanya yang memahami yang tersurat dapat melihat kebencian itu..perhatikan..."mno terlalu ingin melihat poster Presiden Pas, mungkin kerana rindu atau pun kerana dapat menyejukkan hati dan jiwa mereka." "mungkin terlalu rindu mereka dengan suara lunak Us Nasha. "

PUTRI berkata...

Apa yg datok dok merepek ni? Tulisan tu tak sedikitpun menggambarkan apa2 keburukan pd Presiden dan Timb Presiden Pas. Ayat tu cuma sindiran buat Umno, takkan tu pun tak paham? Bukankah Presiden pun selalu sindir Umno dgn bermacam2 sindiran? Tulisan ini pun menyindir Umno yg seolah-olah kemaruk sgt dgn Presiden dan Timb Presiden Pas. Jadi, apa masalahnya?

deroman berkata...

ore PAS kelate ni sombong dan angkuh dh loni..mentang2 lah dia buleh perintah negeri lama,koya sedap..jangan lupa pada kekuasaan Allah,bila2 masa saja Allah buleh menghancurkan/menjatuhkan mereka2 yang sombong..sesungguhnya sombong dan angkuh litu adalah sifat yang disukai oleh sYaTaN DuRjAnA...