Irwan Muhammad Zain foto Nasir Sudin
Thu Jul 09, 09 4:00:38 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said menganggap kerajaan hanya menangguhkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan memansuhkan terus dasar gila tersebut.
Beliau juga menegaskan tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.
Pengumuman Menteri Pelajaran, tegas beliau, bersifat mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan juga pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.
"Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.
"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika Perdana Menteri keempat dahulu mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa Perdana Menteri keenam perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?" soal beliau.
Pak Samad juga menegaskan perjuangan untuk melestarikan bahasa Melayu akan tetap diteruskan biarpun beliau merasa lega dengan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Tegas beliau lagi, demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya.
"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam dewan rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," tegas beliau dalam satu wawancara yang diadakan dengan Harakah yang akan disiarkan dalam keluaran akan datang.
Semalam, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012. - mns-HarakahDaily.Net-

5 ulasan:
Teruskan perjuangan untuk memartabatkan bahasa tempatan...
Dasar dan politik x dapat dinafikan adanya hubungan yang rapat. Namun, kita perlulah bertolak ansur. Keadaan mendesar kerajaan akan hanya menguntungkan pihak anda yang dianggap sebagai pejuang. Namun, yang menjadi mangsa, siapa? Pelajar. Perjuangan anda sudah berjaya. PPSMI akan dimansuhkan. Namun biarkan lah generasi yang sedang menempuh era PPSMI ini menghabiskan pengajian mereka. Jgn la desak utk ditamatkan serta merta. "mabuk" pelajar-pelajar tu nanti dek kerana ingin memuaskan "nafsu-nafsu" pihak tertentu.
Harapan saya selaku anak melayu yang sayangkan bahasa melayu, pk kan lah cara dan mekanisme utk memartabatkan bahasa melayu ini. Bkn sekadar memasuhkan PPSMI, ia berjaya. Tidak semudah itu. Golongan muda perlu didekati terlebih dahulu.
Akhir sekali, sila asingkan perjuangan memartabatkan bahasa ibunda kita, dgn perjuangan politik agar ia xdicampur aduk.. Mangsanya, generasi akan datang dan negara.
-SEKIAN-
saya rasa pengumunan pemansuhan PPSMI itu belum tentu ia dimansuhkan.
Pengumunan itu dilakukan atas sebab pilihanraya kecil DUN Manek Urai sahaja.
pertama untuk tawan hati pengundi melayu yang benci pada kerajaan yang mendewa dewakan bahasa Inggeris.
PPSMI punca UMNO kalah teruk dalam pilihanraya umum ke 12.
Ini bukan bermakna orang Melayu benci pada bahasa Inggeris yang dianggap mahathir sebagai bahasa ilmu.
Nak beri tahu pada mahathir yang mendewa dewakan bahasa penjajah itu bahawa bahasa ilmu adalah bahasa arab.
Manakala bahasa ilmu orang melayu adalah bahasa Melayu, kerana ia mudah memahami apa yang diajar.
Ini kata Profesor Engku Aziz yang walaupun bukan keturunan melayu tapi bertindak pada hakikatnya.
Jadi bagi saya pengumuman mahyiddin yasin bahawa PPSMI akan dimansuhkan pada 2012 tidak mustahil akan dilarik balik kalau UMNO menang di DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.
Saya amat setuju dengan kata Samad said SN itu bahawa PPSMI bukan dimansuhkan,ianya hanya pengumumannya sahaja.
Ini cuma strategi membeli masa untuk mereka memikir satu kaedah lain. Pada hakikatnya kerajaan tidak percaya yang Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu. Lihat saja Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang diamalkan oleh semua rakyat dalam semua bidang berkerajaan. Sampai sekarang kontrak-kontrak ditulis dalam bahasa Inggeris dan jika ada terjemahan pun salinan bahasa Inggeris yang akan menjadi rujukan mahkamah. Nama-nama kementerian semua telah ditukar kembali kedalam bahasa Inggeris. Terjemahan buku-buku diperingkat tinggi hampir telah diberhentikan terus.
Cendiakawan bahasa dan ahli politik Malaysia perlu memikirkan untuk menjadikan bahssa Melayu itu sebagai penyatu aspirasi rakyat untuk membangunkan negara. Kita tidak boleh buat polisi sekadar melepaskan batuk ditangga. Kita mesti mula balik seperti tahun-tahun selepas merdeka dimana program meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dibuat secara bersungguh-sungguh. Kalau dulu kita telah menukarkan nama bahasa Melayu itu sendiri menjadi bahasa Malaysia supaya penerimaan dikalangan orang bukan Melayu menjadi mudah maka mungkin kita terpaksa berbuat begitu sekali lagi.
UMNO tak serius memartabatkan melayu. Mereka hanya bermain-main dengan ucapan.
Membunuh bahasa suatu kaum sama seperti membunuh kaum itu sendiri. Didalam bahasa itulah ada kandungan makna2, nilai2 dan kebijaksanaan2 yang mendefinasikan bangsa Melayu itu sendiri. Memisahkan bahasa orang melayu daripada orang Melayu adalah seperti membuang kendiri, peradaban, nilai2 murni dan roh daripada orang-orang melayu.
Setiap hari mereka(UMNO) meruntuhkan bahasa yang telah terbina berkurun2 itu, bukannya membersihkan dan memajukan bahasa Melayu itu sendiri. Hanya kerana keuntungan business yang sekutil itu, mereka telah membunuh bangsa mereka sendiri.
Malah kemalasan dan kelemahan kemahuan membangunkan bahasanya sendiri, UMNO menjadi pengkhianat pula. UMNO ingin mengambil nilai dan roh orang putih (penjajahnya) untuk dimasukkan kedalam diri orang melayu.
Inilah kebodohan yang nyata. Kita adalah lebih bodoh lagi jika membiarkan UMNO memimpin bangsa kita. Hancur kita, dan generasi kita!
Catat Ulasan