BUKIT MERTAJAM: Kalau Pemuda Umno menjadikan isu 'Siapa Pengkhianat Melayu' sebagai modal bertemu pengundi, Pemuda Pakatan Rakyat petang tadi menjadikan isu 'Siapa Pengkhianat Negara' pula sebagai serangan balas untuk 5 hari berbaki kempen di N11 Permatang Pasir.
Ekoran itu, Pemuda Pakatan mencabar Pemuda BN berdebat secara terbuka mengenai kedua-duanya.
Merujuk surat yang ditandatangani Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Loke Siew Fook, debat itu dijadualkan pada Ahad 23 Ogos jam 9.30 malam di Permatang Tengah iaitu di sebuah kedai makan.
Wakil Pemuda Umno Rosli Hamid yang menerima surat jemputan itu berjanji akan menyerahkannya kepada Khairy.
�Bukan jaminan untuk saya kata Pemuda setuju, tapi saya akan berikan kepada Ketua Pemuda kami (Khairy),� katanya.
Debat Terbuka 'Siapa Pengkhianat Negara' anjuran Pemuda Pakatan Rakyat itu merupakan strategi terbaru pembangkang selepas Pemuda PAS sendiri gagal berwacana ilmiah dengan Khairy dalam isu 'Benarkah Umno Memperjuangkan Islam' sebelum ini.
Tekad Pemuda Pakatan mengadakan debat terbuka itu dikatakan untuk memastikan 39 peratus pengundi muda kekal memberi undi kepada calon PAS Mohd Salleh Man 25 Ogos depan.
Bagi Pemuda Pakatan, rekod menang kesembilan-sembilan peti undi saluran muda � saluran 5 (21-25), saluran 4 (26-40) dan saluran 3 (41-50) dalam pilihanraya umum ke-12 lalu tidak boleh disandarkan sepenuhnya bahawa PAS akan kekal di Permatang Pasir.
Pengundi muda merupakan masyarakat berfikir, membaca, aktif, akses internet serta tidak mudah terpengaruh oleh cakap-cakap kosong orang politik semata-mata.
Dalam kepercayaan Pemuda Pakatan, bukan sahaja isu 'Siapa Pengkhianat Melayu' patut dibincangkan, malah isu 'Siapa Pengkhianat Negara' juga perlu diperdebatkan, asalkan atas fakta dan rasional oleh semua pihak.
"Saya lihat isu itu (pengkhianat bangsa) diucapkan Umno dengan penuh emosi dan langsung tidak meningkatkan minda dan ilmu orang Melayu. Maka, setiap isu terutamanya berkaitan kepentingan negara perlu diperdebatkan secara ilmiah dan berfakta," jelas Badrul Hisham Shaharin.
Bercakap di depan Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh, Badrul berkata, jika Umno berani, mereka akan menyertai debat terbuka dan mempertahankan kenyataan Timbalan Presiden mereka Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anwar Pengkhianat Bangsa, secara fakta dan ilmiah.
Jelasnya lagi, Ketua Pemuda Umno Mohd Khairy Jamaluddin sendiri pun tidak berupaya mempertahankan peribadi Muhyiddin yang dikatakan 'Pengkhianat Negara' ekoran menjual 51,170 hektar tanah Johor/negara kepada Singapura dengan harga RM350 juta sewaktu menjadi Menteri Besar Johor (1980).
Ahli Parlimen Jerai dari PAS, Mohd Firdaus Jaafar berharap Pemuda Umno dapat menyertai debat itu untuk menjernihkan kesangsian rakyat kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.
"Isunya (siapa pengkhianat) sekarang bukan lagi ke atas bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya. Tetapi, melibatkan kepentingan negara."
Kelmarin, semua media melaporkan Muhyiddin menafikan pendedahan tersebut, dan mengganggapkan dakwaan itu sebagai fitnah.
"Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata."
HarakahDaily.Net/-

6 ulasan:
Saya sokong debat diadakan untuk membersihkan keadaan fitnah yg berterusan dari B End. Jika UMNO berani, sambut cabaran dari PR. Biar rakyat yg menentukan adakah gembar gembur DSAI itu pengkhinat itu betul, ATAU Muhyiddin dah terlepas cakap dinegeri kelahirannya yg dia sendiri ternyata buat silap semasa jd MB. Orang UMNo, jgn sokong orang bawa rebah. Pemimpin rebah, pemimpin banyak duit, rakyat yg rebah, mana mungkin pemimpin UMNO nak tolong. YAB LG Eng berkata, cermin muka dulu, wahai pemimpin UMNO. Aku tetap sokong PR>
Salam YB,
Bagus cadangan tu... Siapa pngkhianat bangsa Melayu...Tak lain tak bkan DSAI. Smua org dh tau .. Budak2 kampung yang suka mlalak aja yang blum tahu... Ksian budak2 kampung tu..
Buat live tlcast la.. Nk tgk mamt2 Pas tu trbarai tu nak jawab.
Tapi klau berdbat ngan kayu2 ni.. ada faedah ke.. Dia org bkan nya faham.. 31 ngan 18 pun sampaila ni tak faham. Rasnya ok gak klau buat klas matematk dulu.Pastu baru buat kelas fardhu ain.. Ajar pasal hak2 wanita. Baru2 ni kan diaorag mlalak kat jalanan. Campur lelaki/perempuan.. kan haram tu...
Sdah la tu.. bawak2 la bertaubat sempna Bulan Puasa ni.. Marilah kita bersatu di bawah payung UMNO. Dh terbukti UMNO yang selama ini berjuang untuk bangsa Melayu dan juga Agama Islam.. Tak payah nak putarbelit lagi.
Jgn lagi kita kena tipu ngan puak2 ni.. yg suka kepda perpcahan bangsa Melayu.. suka kafirkan org lain.. terbaru bole bg fatwa org ni tak leh masuk syrga ..org tu tak leh masuk syrga..bartaubat la
tak payah berdebat, UMNO memang pengkhianat melayu, mana wang royalti petronas kepada kelantan....
dol kaki rempit otak kau kosong macam bunyi ekzos moto.berdengung je lebih,orang dah kedepan kau terhegeh hegeh lagi.........
Sapa kata UMNO pejuangkan islam. Kalau betul kenapa takut bedebat dengan PAS.Tu namanya pemuda UMNO bacul. Hei ahli2 dan penyokong umno jangan lah jadi bodoh. Hang pertahankan pemimpin yang rasuah,penipu hang dapat apa? dapat telo je la jwpnya sedangkan pemimpin hang kaya raya,songlap sana songlap sini. Sedar lah wahai pencacai umno hang tak akan kaya mana pun sokong pemimpin mcm tu.
Orang paling bodoh yang aku pernah kenal dalam blog adalah dol kakirempit. Sebodoh-bodoh murid yang aku pernah temui selama jadi cikgu tak sebodoh dia nih. Bodoh mat gian pun tak macam ni. Kesian betul dia ni. Tapi tentu takde orang yang sanggup ajar dia supaya cerdik.
Catat Ulasan