02 Oktober 2009

Deposit Tabung Haji cecah RM23 bilion

KUALA LUMPUR: Jumlah deposit Lembaga Tabung Haji (TH) kini mencecah RM23 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada dana RM152,000 sumbangan kerajaan pada peringkat penubuhannya pada 1963.

"Tabung Haji berazam menjadikan 50 peratus umat Islam di Malaysia sebagai pendepositnya. Saya yakin rancangan ini akan dapat direalisasikan oleh Tabung Haji dalam jangka masa yang singkat," kata beliau semasa melancarkan logo baru TH di sini hari ini.

Sehingga hujung Julai 2009, TH mempunyai 5.09 juta pendeposit Tabung Haji juga bermula dengan mengendalikan hanya 5,000 jemaah haji pada 1963, dan kini mengelolakan sekitar 26,000 jemaah haji setiap tahun, kata Perdana Menteri.

Beliau berkata syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) perlu sentiasa memantapkan strategi-strategi perniagaanya bagi menghadapi perubahanperubahan dunia perniagaan global.

"Hari ini, kita gembira kerana Tabung Haji melancarkan logo barunya yang akan menampilkan bahawasanya institusi ini lebih dinamik dan sentiasa bersedia menghadapi cabarancabaran perniagaan pada masa akan datang," kata beliau. BERNAMA

mStarOnline/-

4 ulasan:

masuksuku berkata...

salam semua..
alhamdulilah syukur kapada Allah dimana Tabung Haji begitu berjaya sekarang..Mereka membuat pusingan dalam perniagaan..pelaburan dan mempelbagaikan jenis perniagaan berbekalkan wang simpanan yang pastinya antara yang menyimpan adalah pekebun kecil..orang orang susah yang berniat murni..ingin menunaikan Fardu haji...juga orang orang yang sememangnya berada dan kaya tentunya ..untuk dividen juga rasanya...CUMA INGATLAH TABUNG HAJI..TERLANJUR DAH DIPANGGIL PAKAR MENGHABISKAN DUIT..PAKAR DALAM MEMBERI KOMISYEN..PAKAR DALAM MELINGKUPKAN EKONOMI..DIA PASTI AKAN PINJAM DUIT TU..MESTI PUNYA..SEBAB TU DIA CAKAP DULU BERI CUMA 150 RIBU JE..TAHUN 63..LA NI DAH BANYAK..LEPAS TU TABUNG HAJI BOLEH LE..DI ULANG SEKALI LAGI..BOLEH LE...DI ULANG SEKALI LAGI..BOLEH LE...NAIKKAN TAMBANG..NAIKKAN TAMBANG...NAIKKAN TAMBANG...LEPAS TU..CAKAP LE MACAM BIASA..MACAM BIASA CAKAP TU...UNTUK COVER DUIT YANG DI PINJAM TERSEBUT..OPS..BUKAN PINJAM..DISEDEKAHKAN OLEH TABUNG HAJI..SYOKNYA JADI PM..

Tanpa Nama berkata...

Diharap Kerajaan tidak menggunakan duit tabung haji seperti Duit dari EPF.

Tanpa Nama berkata...

INGAT.. tabung haji nie dikendali oleh orang ME LAYU.. banyak sangat sejarah hitamnya... Cuba pikiaq yang menghancurkannya orang mana? melayu umno yang dakwa sbg pemimpin konon..
rujuk sejarah: a) bank bumiputera
b) bank rakayat diperingkat mula
c) shamelin dll

Waspadalah Tabung Haji & Bank Rakyat
(duit yang dikumpul dari golongan marhaien)

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UMNO terliur dgn deposit Tabung Haji cecah RM23 bilion...
Smoga Allah selamatkan Tabung Haji dari khianat..