02 Oktober 2009

Tsu Koon sambut cabaran berdebat dengan Guan Eng

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menyambut cabaran untuk berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui siaran langsung di televisyen, mengenai sama ada Lim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah mengelirukan rakyat negeri itu berhubung beberapa isu, termasuk kes tanah Kampung Buah Pala (KBP).

lim guan eng and koh tsu koonBagaimanapun, bagi memastikan ianya satu debat yang adil, Dr Koh berkata, dua syarat perlu dipenuhi terlebih dahulu, iaitu Lim mendedahkan semua dokumen yang berkaitan dan menjawab sepenuhnya dan dengan jujur tiga soalan mudah mengenai kes KBP. Tiga persoalan tersebut ialah:


bullet button Pertama, adakah pemimpin Pakatan, terutama DAP, berjanji kepada penduduk KBP, sebelum, sewaktu pilihanraya umum 2008, bahawa mereka boleh memiliki dan tinggal di tanah tersebut yang tidak akan dibenar dimajukan, jika DAP dan rakan-rakannya menang.

bullet button Kedua, apakah status perundangan sebenarnya tanah tempat KPB terletak? Iaitu sebelum meluluskannya kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, adakah tanah tersebut sebenarnya milik kerajaan negeri atau penduduk?

bullet button Ketiga, Lim perlu menjawab mengapa beliau membenarkan pemindahan hak milik tanah KBP, untuk berkuatkuasa pada 27 Mac 2008, hampir tiga minggu selepas menang pilihanraya umum pada 8 Mac dan selepas penduduk KBP menemuinya (Lim) pada 12 Mac 2008.

“Hanya jika beliau bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya semua dokumen yang berkaitan, dan dengan jujur menjawab tiga soalan mudah tersebut, barulah bermakna untuk saya menyertai debat tersebut,” kata Dr Koh dalam satu kenyataan hari ini.

MalaysiaKini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak payah berdebat dengan UBN, buang masa saja berdebat dengan orang bodoh sombong

SUM SUM berkata...

X payahjawab soalan Tan Sri tu saudara Lim..itu semua jerat tu. Nanti bila dijawab, akan diputar belit oleh media, debat x jadi juga, habis masa menjawab putar belit media.Yang tu normal dgn pemimpin BN ni, diorg bukan nak cari kebenaran, cuma cari peluang putar belit dan menipu rakyat, kita dah maklum, dah 50tahun mcm tu. Kalau Tsu Kun nak debat sangat, tak payah kat dlm TVpun, dtg je penang, buat kat dewan org ramai...Jd jelas, ada udang disebalik Me dlm soalan tu...Kalau saudara Lim jawabpun, agak2 berapa banyak agaknya jawapan tu yg akan 'keluar' kan media perdana?...berapa banyak yg akan kena 'kerat' dan 'cantum' utk dijadikan 'bunyi' jawaban tu mcm 'teruk'..kerana tujuan media ni bukan 'info benar' kpd rakyat, cuma nak 'nampakkan' atau tanamkan 'imej' buruk; pakatan tak tau perintah, pakatan berkelahi, pakatan berpecah, pakatan itu dan ini...yg dah maklum. Kalau media perdana ni benar2 nak bg 'info benar' kpd masyarakat, dah lama BN ni bungkus. Media Perdana ini adalah 'sayap penerangan'BN..So saudara Lim jgn jawab soalan tu...Nanti jenuh saudara nak 'bersilat' nak 'menepis' putar alam media. Dari berlaku mcm tu, lebih baik saudara tadbir negeri kasi elok...jg kebajikan rakyat...Kiranya SUKOON Nak tua jawaban soalan tu, mai penang..jumpa kat dewan org ramai...kalau berani ler...tapi mcm biasa la BN, pemimpin 'kurang cerdik' harap jd pemimpin sbb keturunan, otak tarakkk...mmg tak berani punyaaa...

Tanpa Nama berkata...

penakut jugak dap nie...