JAKARTA, 1 Okt :-Sekurang- kurangnya 75 orang disahkan mati dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di wilayah Sumatera Barat, Indonesia setakat Rabu malam.
Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata jumlah sebenar kematian belum dapat dipastikan tetapi laporan awal yang diterimanya daripada Datuk Bandar Padang menyebut semua mangsa mati di hospital.
"Mungkin angka kematian akan bertambah kerana masih banyak dipercayai terperangkap dalam runtuhan bangunan termasuk hotel," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Kabinet di kediamannya di sini, Rabu malam
Mesyuarat itu, menurut laporan media massa tempatan online dihadiri beberapa menteri kabinet yang berkaitan dengan pengurusan bencana.
Jusuf berkata ketika ini Kota Padang gelap gelita akibat terputus bekalan elektrik dan hujan lebat yang masih turun.
Sementara itu, enam pegawai kedutaan besar Malaysia di sini tidak dapat berangkat ke Padang kerana Lapangan Terbang Minangkabau ditutup akibat kerosakan yang dialami dalam kejadian gempa pada pukul 5.16 petang.
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar berkata mereka akan berangkat dengan kapal terbang pertama yang dibenarkan terbang dari sini ke Padang esok untuk membantu 330 pelajar Malaysia di Padang, yang walaupun selamat tetapi kehilangan tempat tinggal kerana rumah-rumah mereka runtuh.
-- BERNAMA

1 ulasan:
Salam semua
Bersyukur kita kehadrat ALLAH SWT yang menyingkirkan kita sedikit dari rangkaian gempa sebagaimana Negara tarian pendet yang begitu menjengkelkan jadinya gara gara salahfaham cuma...sampai nak dan sudah mendaftar untuk menganyang kononnya malaysia ni..macam le kitani takda apa apa kekuatan..askar..komando..geng 3 line..pekida le tu..geng 7 line..pekida juga le tu asalnya..nak tibai macam tibai anjing bunyinya..dengan buluh runcing lagi..buluh runcing satu..dlm p ramlee..eloknya jika kita ingin menderma..lepas ni pasti ada accaunt untuk tragedi tersebut..nak tunjuk baik le tu..padahal penakut..baik kita dermakan buluh runcing saja..atau pun bekas buluh lemang je kat depa..senang nak cunkil mayat yang tertimbus..
apa pun bersyukurlah kita kerana tidak di timpa bala bencana sebegitu..semuga ALLAH menyelamatkan kita semua dari malapetaka sebegitu dan juga dari buluh runcing tentunya..INSYALLAH
Catat Ulasan