Shah Bundy
Hari al-Quds sedunia yang dilancarkan oleh al-Marhum Imam Khomeini pada bulan Ramadan 1399 AH (Ogos 1979) akan disambut lagi Jumaat ini sebagai tarikh simbolik perjuangan untuk menegakkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin di seluruh dunia tanpa mengambil kira fahaman, mazhab, dan lapisan masyarakat oleh seluruh umat Islam.
Sehubungan dengan itu, alangkah baiknya jika:-
Jaringan media Islam yang lebih berkesan dibangunkan demi untuk mengagihkan dan memperjuangkan isu-isu umat Islam khususnya Palestin. Para budayawan dan seniman misalnya dapat menggunakan subjek penderitaan Palestin untuk diangkat menjadi karya kreatif mahupun non kreatif bagi meningkatkan lagi kesedaran ummah terhadap isu Palestin. Karya-karya ini nanti wajar memberikan solusi kesatuan ummah yang mengatasi mazhab untuk berdepan dengan musuh Islam sebenar iaitu Zionis dan kuasa Barat. Di sebalik menyingkap masalah, formula menyelesaikan masalah itu mesti diketengahkan.
Menggerakkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin yang diproksikan kepada Hezbullah dan Hamas dengan memberikan segenap bantuan kewangan, kemanusiaan dan moral kepada mereka. Usaha gigih untuk menyebarluaskan kekejaman zionis dan penderitaan rakyat Palestin harus terus digiatkan dalam apa jua medium.
Paling penting, alangkah munasabahnya jika khutbah Jumaat ini nanti mengungkapkan isu Palestin, merungkaikan penyelesaiannya sambil mendoakan kesejahteraan dan kejayaan rakyat Palestin.
* Nyatakan bantahan anda kepada keganasan dan pencabulan zionis di Palestina jumaat ini di Masjid Jame' Kampung Baru.

2 ulasan:
ayuh, semua parti politik berdaftar di malaysia ini, kita sama-sama tunjukkan kesatuan kita dalam menzahirkan kepada Yahudi betapa mereka telah melakukan kezaliman dan kerosakan yang amat dahsyat di muka bumi ini.
Mari semua menteri malaysia,ketua pembangkang dan MP pembangkang, NGO kita berarak menyatakan kita 1Malaysia menentang kekejaman Yahudi dan tunjukkan sokongan kepada Palestine.
Apa komen Zahid Hamidi?Jangan pegi jumpa Yahudi sorang2..nanti timbul fitnah!!!!
Quds adalah nama asal Jurusalem. Yahudi perlahan lahan telah meng'israel'isasikan nama semua daerah2 diPalestin sehingga orang2 islam lupa apa itu Quds. Dgn tidak memanggil daerah2 ini dgn gelaran israel bererti kita tidak mengiktiraf mereka.Wallahualam
Catat Ulasan