Assalamualaikum wbt
Y.B.,
Saya ingin menyuarakan kebimbangan saya tentang projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua, Kota Bharu, Kelantan yang dikuatiri akan terbengkalai sekali lagi. Hal ini kerana berdasarkan tinjauan saya pada 06hb. September 2009 lalu, tidak menampakkan apa-apa perubahan yang positif bagi projek ini dan seakan terbengkalai.
Projek jambatan yang bernilai RM150 juta ini sepatutnya dapat disiapkan pada penghujung 2009 tetapi tempoh pembinaannya dilanjutkan setahun lagi dan tarikh akhir ialah 12hb. Disember 2010. Walaupun tempoh pelaksaan projek dilanjutkan, sayangnya kontraktor yang terbabit tidak mengambil peluang yang diberikan sebaik mungkin dan perkara ini amat mengecewakan sekali terutamanya rakyat yang terpaksa menempuh kesesakan di jambatan sedia ada yang tidak mampu lagi menampung peningkatan kapasiti kenderaan bermotor.
Projek jambatan kedua ini melibatkan pembinaan dua buah jambatan di sebelah kiri dan kanan jambatan sedia ada dan juga sebuah jejambat (flyover) sepanjang kira-kira satu kilometer. Pembinaan dua buah jambatan tersebut masih lagi di peringkat kerja-kerja asas, iaitu menanam cerucuk dan juga membina tiang-tiang jambatan. Itupun belum siap sepenuhnya dan kontraktor masih lagi terkial-kial untuk membina tiang-tiang utama sedangkan projek ini telah lama dilancarkan, iaitu pada 02hb. Ogos 2007 lagi. Dalam masa yang sama, pembinaan jejambat dari kepala jambatan sehingga ke Simpang 3 Langgar sepanjang kira-kira satu kilometer belum lagi bermula. Persoalannya mampukah semua projek ini dapat disiapkan dalam tempoh 14 bulan dari sekarang?
Oleh itu, saya memohon jasa baik Kementerian Kerja Raya agar dapat memantau rapi pelaksanaan projek ini kerana ia melibatkan imej Kerajaan Pusat dan telah beberapa kali ditegur oleh Sultan Kelantan tetapi tidak ada usaha bersungguh-sungguh yang menjayakannya.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
Y.M. RAJA MAHADI RAJA MUHAMED
Kuala Lumpur, Malaysia

11 ulasan:
memg betul tu sokong. mana janji mu rakyat didahlukan pencapaian diutamakan
Kalu projek kerajae pusat gak, gitulah....
ohh...rakyat duitmu ku dahulukan....
pencapaian KPI kroniku diutamakan...
apabila kerja tidak disiapkan mengikut jadual maka kerja seterusnya sudah tentu tidak dapat dijalankan kerana harga bahan2 binaan sudah berubah (naik) menyebabkan kontraktor tidak mampu lagi untuk teruskan. Projek tersebut sudah tentu akan terbantut dan meungkin terbengkalai sekiranya pihak kerajaan tidak bersetuju untuk menambah kos tambahan.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku, pertama kelewatan ini mungkin kerana kerajaan lambat membayar kepada kontraktor mengikut kemajuan kerja. Kedua kontraktor yang dilantik tidak berpengalaman secara lansung dalam kerja pembinaan sebuah jambatan yang besar. Ketiga mungkin kontraktor utama telah mesubkan projek ini kepada kontraktor lain mengakibatkan kos bina yang ditawarkan mungkin dibawah kos sebenar projek yang diperolehi oleh kontraktor yang akhir ini. Keempat pihak JKR sendiri tidak pantau sebaik mungkin semasa projek ini sedang dilaksanakan supaya kerja2 berjalan mengikut jadual kerana sebarang kelewatan JKR dapat mengesan mengikut carta jadual yang dikemukakan sebelum kerja2 binaan dijalankan.
Kalau sebut pasal jambatan ni, teringat lagu Aishah "Janji Manismu". Rakyat didahulukan?????
Kalau boleh nak minta YB Menteri Kerja Raya cuba la sekali pandu kereta sendiri waktu pagi
dari Pasir Mas/Wakaf Bharu keKota Bharu dan pada sabelah petang dari Kota Bharu hala kePasir Mas.Elok2nya masa orang balik berhari raya ni lagi comel.Maka dengan itu YB boleh lah tahu penderitaan kami selama ini.
hak ela... harap pusat je semua.. kelate maner nye? ceramah je ke? fedup aku dah dok kelate nih. politik je lebei habuk tadak.
...cuba lah berlaku adil dalam membuat teguran. Gunakanalah kewarasan perasaan bukan sentimen perasaan.
sekarang ni kesesakan bertambah teruk.. jambatan sultan yahya sesak dari pagi hingga pukul 8-9 mlm.... kereta berpusu2 tidak henti.. saya sebagai penduduk pasir pekan (dekat sgt dgn jambatan) agak terkilan dengan perkara ini.
umno memang tak guna. janji saja pandai. nak laksanakan minta maaflah!! jadi mari pakat ramai-ramai jangan sokong umno lagi. siapa sokong juga memang buta mata hati mereka.
tu laaa..hak dapat projek sapa???dale parti pege jawate gapa..cuba2 gak rakyat kaji molek,buleh lesen kontrak po buke dgn kemahiran buat projek /atah dasar kuat parti......pah gak jual ka ore tu,,ore ni..pah nk siap cepat lagumana,,,,pikir laa cikit...mujo la ada kontraktor hak sangup nk tulo siap.kalu harap ka kontraktor hak lepah doh raso raso taho 2015 la baru bulrh guna jale tu..
Catat Ulasan