16 September 2009

Tiga Lelaki Larikan Wang Tunai RM180,000 Dari Bank

KAJANG, 15 Sept :-Tiga lelaki bersenjatakan dua revolver melarikan RM180,000 dalam satu kejadian samun di Bank Hong Leong di Jalan Besar, Seri Kembangan dekat sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Khaw Kok Chin berkata kejadian berlaku pada pukul 2.20 petang apabila dua daripada tiga suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh masuk ke dalam bank dan salah seorang daripadanya terus meluru ke kaunter juruwang.

"Seorang suspek menunggu di luar bank, manakala dua lagi yang bersenjatakan pistol meluru masuk ke dalam bank yang ketika itu terdapat empat pekerja dan enam pelanggan," katanya ketika ditemui pemberita di bank itu.

Beliau berkata seorang suspek mengarahkan pelanggan supaya diam sambil mengacu pistol, manakala seorang lagi suspek melompat masuk ke kaunter juruwang dan mengarahkan pekerja bank memasukkan wang ke dalam beg mereka.

Katanya kedua-dua suspek dipercayai menggunakan revolver .38mm namun tiada tembakan dilepaskan.

Kok berkata ketiga-tiga suspek dipercayai melarikan diri dengan menaiki motosikal.

"Ada dua pengawal keselamatan di dalam bank itu dan salah darinya memiliki 'pump gun', tetapi ketika kejadian dia (pengawal keselamatan) tiada di situ," katanya dan menambah polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bank itu untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semenjak MUSANG HASSAN dsambung kontrak sbg Ketua Polis Negara smakin mnjadi2 jenayah di Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

1malaysia
islam hadhari

nak buat ke tidak hukum hudud???

p/s : pak guard tu memandai pulak pegi toilet mase penyangak pecah masuk.. apa respon KPN?

Tanpa Nama berkata...

janji KPN yang baru untuk membenteras jenayah setelah dilanjutkan perkhidmatan telah tertunai ...