PUTRAJAYA, 15 Sept :- Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kesemuanya anggota Jemaah Islamiah Malaysia, dibebaskan petang Selasa setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Mereka ialah Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray, Ahmad Kamil Md Hanapiah, Mohd Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md Hanapiah, seperti satu berita yang disiarkan oleh Bernama hari ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA terdiri empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.
"Pembebasan mereka hari ini untuk memberi mereka peluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing. Ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang," katanya kepada pemberita.
Hishammuddin berkata pembebasan kesemua tahanan itu adalah kerana mereka telah menunjukkan respon pemulihan positif sepanjang tempoh pemulihan dan tidak lagi dianggap menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

3 ulasan:
Alhamdulillah semoga mereka dapat menyambut aidilfitri dengan keluarga yang selama ini bersabar menunggu.Apa pun kata hishamudin ini tiada kena mengena dengan Bagan Pinang.Tak payah nak tipulah memang ada kena mengena.Dan selain daripada kesan perarakan anti Isa dulu adalah kerana Allah yang mentakdirkan sesuatu perkara.Dia menggerakkan hati mereka supaya melepaskan tahanan Isa.Tetapi waktu yang telah berlalu tidak dapat mereka ganti semula.Biarlah Allah membalas dosa mereka kerana menahan tanpa bicara keatas rakyat yang lemah.Sememangnya dengan kuasa Allah sedikit demi sedikit balasan Allah menghampiri mereka.Mereka tak akan dapat berbuat apa-apa lagi.Kerana mereka mencari jalan yang tidak diredhai.Kita tunggulah keputusan pilihanraya nanti.Selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri kepada Drs dan semua.
lepaskah atau tak lepaskah PAS tetap di hati....
Alhamdulillah..kerana doa rakyat Malaysia kpd Allah mohon ksejahteraan dan ketabahan hati tahanan. Serta berdoa ISA akan dihapuskan.. Jzkk kpd yg berdoa. Allah gerakkan hati Hisyamuddin utk bebaskn mrk. Selagi UMNO tak kembali kpd Islam yg sebenar dlm perjuangannya, rakyat akan tetap ingat penderitaan mereka.
Catat Ulasan