15 September 2009

KAWAL SEBELUM PARAH: POLIS KENA BERTINDAK SEGERA

Oleh : safarizal saleh

Kenyataan Media (13 September 2009)

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) meminta tindakan segera pihak Polis untuk melihat sendiri perkembangan tidak sihat di Perniagaan Gerbang Malam di sepanjang Jalan Dato’ Tahwil Azar (Jalan Osborn) yang amat berleluasa sekarang ini.

DPPK IT dalam tinjauan semalam mendapati budaya samseng dan pergaduhan mudah tercetus di situ akibat tindakan tidak puas hati antara peniaga-peniaga dan juga pembeli. Suasana tersebut menyebabkan keselamatan pengunjung terjejas dan amat menakutkan.

DPPK IT mendesak supaya Polis menyediakan Balai Polis Bergerak di situ untuk kemudahan pemantauan atau pembanterasan untuk mencegah kejadian tidak sihat di situ. DPPK IT yakin dengan adanya Balai Polis Bergerak memberikan keselesaan pengunjung serta keselamatan mereka terjamin.


AHMAD SHAHRIL JALALUDIN
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

5 ulasan:

Benci PEKIDA berkata...

Semua ini berlaku sejak aktifnya kegiatan PEKIDA di sekitar bandaraya Ipoh khususnya dan Malaysia umumnya...satu kumpulan samseng melayu yg bertopengkan islam...ancaman PEKIDA ni dah lama di war2kan tapi tidak pernah diendahkan oleh masyarakat...inilah akibatnya!!!

PEKIDA bacul berkata...

Aku sokong bebenor.. PEKIDA sebenarnya golongan bacul!!! Gaduh tak pernah 1 by 1. Mesti nak ajak geng. Cakap Besar... Tapi habuk pun tarak.

Tanpa Nama berkata...

PAS kena pastikan yang ahlinya tidaj terbabit di dalam aktiviti haram pekida ini, kerana ada kedengaran bahawa terdapat ahli PAS yang turiut menjadi ahli kumpulan haram pekida ini!!!

cari makan berkata...

kawasan kat situ semua ada (pekida,30,77) semua sama saja..samseng taik kucing nak tunjuk kuat kat org melayu je..kita tgk dia x leh..dia tgk kita bleh..tgk menengok pun bleh jd isu..apa la..ptuii..mmg "sampah" la hangpa ni semua..
dah la meniaga kat situ..perkara biasa la klu saling tgk menengok..dah hari2 meniaga..biasa la kann..
menyusahkan org seperti aku nak cari makan kat situ..yg merosakkan org melayu ialah org melayu tu jugak la..pikir2 la wahai "samseng haram"..korang semua org ISLAM..apa perjuangan korang sebenarnya???

cari makan berkata...

dah mmg jd tmpt "samseng sampah" kat gerbang malam ni..ada ayahanda,abg long dan mcm2 abg la(datuk n nenek je aku x jumpa lagi)..semua lepas tangan, buat bodoh je bila adik-beradik, suku sakat depa buat hal..mintak pak polisi selalu pantau & buat rondaan kat gerbang malam ni..menyusahkan org nak meniaga, cari makan kat situ..