19 September 2009

Parti Politik Tak Dibenar Berkempen Dalam Kem Tentera

SEREMBAN, 18 Sept (Bernama) -- Parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

"Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik. Kalau dia nak berpolitik lepas bersara, itu lainlah," katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan sumbangan hari raya Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat Negeri Sembilan kepada 234 penerima melalui skim bantuan kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Pada Khamis, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Okt ini. Terdapat beberapa kem tentera dalam kawasan itu yang didiami ramai pengundi pos terdiri anggota tentera.

Abdul Latiff berkata anggota tentera dibenarkan mengundi pada pilihan raya kerana itu hak mereka di sisi perlembagaan negara.

"Negara kita sebuah negara demokrasi, bermakna anggota tentera bebas untuk mengundi. Sebab itu ada juga di kalangan mereka ini mengundi parti pembangkang. Jadi, apa pasal dia (pembangkang) nak takut.

"Adakah bila dia (tentera) mengundi parti pemerintah tak bagus, tapi kalau mengundi dia (pembangkang) bagus dan ini (baru) dikatakan satu pilihan raya yang adil?" katanya.

Abdul Latiff juga berkata Akta Veteran ATM kini di peringkat draf terakhir sebelum dibawa ke kabinet dan Parlimen untuk diluluskan.

Katanya undang-undang itu dirangka untuk membela nasib anggota tentera keseluruhannya.

-- BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ATM juga sepatut nya neutral dan tiada hak mengundi, baru lah adil.

Tanpa Nama berkata...

kata Menteri UMNO bagi pihak SPR, kadang kala kata SPR bagi pihak UMNO.... SRPBN

Tanpa Nama berkata...

KAT MANA BOLEH DAPAT BORANG KEAHLIAN PARTI SPR KERANA SY NK JGK JADI AHLI BN..

psychedelicmundo berkata...

saya xfhm la ade Timb menteri sebodoh ini.sebab tu Malaysia yg mngaku sebuah negara maju masih lagi terkial2 dgn masalah2 remeh mcm ni.Pakatan Rakyat nak masuk kem tentera bukan nak suruh semua Sojar tu jadi ahli PAS ke DAP ke PKR ke.masuk nk bg ceramah,denga side PR pulak bukan hegemoni Umno BN je.aduh..sedih2..masalah dia nak undi siapa tu no dua tapi bagi lah peluang PR juga bagi penjealsan pada askar ttg isu2 semasa.aduh..fed up btol lah politik mlaysia ni.dah 52 thn xmatang2..

Tanpa Nama berkata...

Timb. Menteri ni tak bodoh. Tapi sekali lagi dia cuba nak memperbodohkan rakyat. So, sapa yang rasa nak diperbodohkan, dengarlah cakap makhluk nie....

Budak Pencen berkata...

sabenarnya PR tak perlu pun masuk ceramah dalam
kem tentera cuma minta supaya pegawai2 tentera
tidak ada ditempat mengundi.umum sudah tau pegawai tentera akan memastikan tentera memangkah UMNO-Be-end saja.