11 September 2009

P'jaya PAS NS tanding di Bagan Pinang?

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar adalah antara tiga nama telah disenaraikan untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Dua lagi nama ialah bekas pesuruhjaya PAS negeri, Dr Rosli Yaakob dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat PAS negeri itu malam tadi.

Menurut sumber, kebanyakan 25 ahli jawatankuasa bahagian, lebih cenderung untuk memilih Zulkefly untuk mewakili PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Di peringkat PAS Pusat pun, ada harapan cerah beliau terpilih (sebagai calon)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Sumber itu berkata pemilihan Zulkefly (foto) dianggap bersesuaian memandangkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man juga dipilih bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos lalu.

Tambahan pula, kata sumber lagi, Dr Rosli sekarang berada di Bangladesh atas urusan perniagaan.

Kerusi DUN tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Dalam pilihan raya umum tahun lalu, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Menurut sumber itu lagi, mesyuarat malam tadi juga turut membincang dan menyusun pembahagian tugas jentera pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Mengenai pendekatan kempen pilihanraya kecil kali ini, sumber berkata: "Kita mengambil pendekatan berhemah, iaitu tidak menyerang peribadi calon lawan kerana ia tidak berkesan terhadap pengundi Melayu.

"Tambahan pula, Bagan Pinang adalah kubu kuat (bekas menteri besar) Tan Sri Isa Samad yang mempunyai saudara mara di situ. Jika menyerang secara melulu, Pakatan Rakyat akan hilang sokongan, terutama pengundi Melayu," kata sumber itu.

Dalam pilihanraya umum yang lalu, katanya, Pakatan Rakyat memenangi tiga daripada lapan peti undi di DUN tersebut di mana ketiga-tiganya merupakan kawasan kaum India.

"Kita akan mempertingkatkan undi kaum India di samping memberi penerangan dengan lebih baik kepada masyarakat Melayu.

"Kita ada masalah di kawasan perkampungan majoriti Melayu dan undi Pos," katanya.

Menurut sumber itu lagi, antara isu yang boleh dibangkitkan oleh Pakatan ialah isu kepala lembu di Shah Alam, isu kematian Teoh Beng Hock, isu kenaikan cukai tanah dan cukai pintu serta isu tanah adat yang tergadai.

MalaysiaKini/-

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan Pas memilih calon anak tempatan atau bermastautin di Bagan Pinang. Bagi menarik sokongan undi tentera, bekas pegawai tentera yang komited dgn Pas boleh dipilih. Isu calon tempatan dan faktor usia/pendidikan semakin menarik perhatian. Kalau umno mencalonkan anak tempatan dan ada kaitan dgn Isa, maka PR perlu kerja kuat dan undi pos bukan sedikit. Sebab itu faktor calon sangat penting dan Pas jgn salah pilih. Perlu diingatkan Pas di sana belum mantap. Cari sahaja calon ( bekas tentera)dgn harapan 50% undi pos memihak kepada Pas. Perayu undi perlu berhemah ketika merayu undi dan agen untuk mendekati isteri2 tentera patut dirancang.

Tanpa Nama berkata...

sekuat manapun kubu umno di bagan pinang..dengan momentum yang ada pada PAS..Insyaallah PAS akan menguasai di bagan pinang..Selagi mana umno memimpin malaysia selagi itu kezaliman menular.Apa kita tunggu lagi wahai orang-orang yang mempunyai hati perjuangan..mari sama-sama kita sokong PAS dan sekaligus memenangi PRU 13 nti..insyaallah..pastikan PUTRAJAYA dikuasai PR nti...amin ya rab..

ahli pas klang berkata...

saya setuju dgn cadangan supaya meletakkan calon dari kalangan bekas tentera yg masih muda,aktif dan komitted dgn perjuangan pas.
ini penting bagi meraih undi pos yg sangat tinggi dibagan pinang.

Tanpa Nama berkata...

lantiklah calon dari bekas tentera atau ulamak muda...sekadar cadangan

Tanpa Nama berkata...

memandangkan disana ramai tentera bolehlah kiranya pas mencalonkan brid jen dahalan sebagai calon.rasanya boleh tarik sedikit atau byk undi pos.

Tanpa Nama berkata...

I think the suggestion to nominate a respectable ex-army candidate is a excellent one. In addition, early wooing of army wives is also an excellent idea. If this candidate can appeal to army personnel, it would not be hard to promote him to the rest of the constituents.
Salams
Habib RAK

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Cadang-cadang juga, tapi pendapat kita manusia ni hanya berasaskan rasa, pengetahuan dan ilmu yang tak terbanding dengan ilmu Allah.

Jadi, istikharahlah jalan terbaik untuk mencari calon macam di Kuala Terengganu dulu. Kita tanya yang Maha Mengetahui dan kemudian kita redhalah dengannya sambil berusaha dan ssterusnya bertawakkal.

allatifi berkata...

salam.ajk pemilihan calon pas haruskan mengkaji dari segala aspek bakal calon yang di ketengahkan. PJ layak,tetapi harus diingat bahawa isu anak tempatan juga akan menjadi modal Umno dlm PRUKecil ini.sekiranya bukan anak tempatan ditakuti undi protes akan berlaku,lebih2 lagi kawasan tersebut kubu kuat Umno puluhan tahun.Saudara Zul,kurang menyerlah di peringkat akar umbi,malah kemelut pas kawasan seremban yang digantung lebih 5 tahun masih belum terungkai setakat ini."Ini lah yang kami kurang yakin dng kemampuan Pj" kata salah seorang ahli pas yang tidak mahu dikenali.Kabarnya ahli2 Pas kawasan seremban tidak akan membantu PJ dalam PRUK ini.Kata mereka lagi, mengapakah Saudara Zul tidak mahu menyelesaikanya,malah dia pun datang dari kawasan seremban dan naik keatas dengan sokongan kuat yang diberikan oleh bekas ketua pemuda Pas NS ketika itu saudara hishamudin Sulaiman,tetapi lama kelamaan berlaku salah faham dan hilang setia kawan,mungkin kerana percaturan politik individu mula menguasai diri.Akhirnya saudara Hisamudin membawa diri ke Keningau sabah setelah ditinggalkan begitu saja dan tidak diperlukan lagi oleh PJ ketika itu.Pun begitu saudara Hisamudin sekarang memegang jawatan YDP Keningau dan Ketua Penerangan Pas Sabah yang begitu aktif dan berjaya menarik ribuan orang Islam menyertai Pas.Kalau mengikut hirarki kepimpinan, semestinyalah ketua Pemuda pas negeri akan duduk dalam AJK perhubungan paling kurang jwatan kuasa biasa.Tapi, hisamudin diketepikan dalam senarai tersebut.Oleh itu,PJ sendiri mestilah memberi peluang kepada calon lain,sementelaan,dia pernah berkata untuk menumpukan sepenuh perhatian diDun Lenggeng.PJ telah kalah beberapa kali di lenggeng tempat kelahirannya,isu ini mungkin jua dimainkan Umno apatah lagi Isa samad "orang lamo" dalam Umno.Beliau tidak mau T,Kemang dipalit dengan sejarah hitam. Isa mau buktikan pada Najib bahawa dia masih berkuku dan berpengaruh untuk calon MB pada masa akan datang.Ramai mengatakan Isa 'all out' kali ini untuk 'come back for suvive'dan peluang ini pasti digunakan sepenuhnya.Apakah ramuan sebenarnya bagi Pas NS untuk memenangi PRU..,ia mudah diluahkan tetapi agak perit di laksanakan.Hanya satu rumusan yang dapat ana simpulkan..,rapatkan saf kepimpinan diperingkat kawasan,cawangan,PJ harus fikirkan perjuangan dalam kontek Islam,bukan untuk perjuangan peribadi lebih2 lagi untuk mengejar kedudukan dan jawatan.Turun kebawah,temui pengundi bukan hanya bermusim, tapi setiap waktu,dengan niat menegakkan kalimah Allah.Himpunkan semua yang pernah bermusuh dalam perebutan jawatan,kembalikan semula roh persaudaraan Islam yang telah lama terpadam secara tersirat di negeri yang terkenal dengan 'adat perpatihnya'Insyaalah kejayaan akan menjelma..jika sunatullah dan perintah Allah benar2 di guna pakai dalam perjuangan..wazkurrabbaka...fi..nafsika...ALLAH HUAKBAR..ALLAZAIDI.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn anta allatifi

ana akan jadi pemerhati p/raya kalau pj jadi calon. tak mau susahkan diri dgn manusia yg sebenarnya musuh dalam selimut. sorry to say zul!