12 November 2009

ADUN Titi Serong adakan lawatan rutin ke Pasar Awam Parit Buntar.

Drs. Khalil meninjau sebuah gerai menjual kuih muih sambil mengatakan sesuatu kepada pemilik gerai tersebut.

PARIT BUNTAR, 10 Nov :- ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah melakukan lawatan rutin ke Pasar Awam Parit Buntar disini hari ini. Tujuan lawatan itu adalah untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga yang berniaga disitu.

Menurut Setiausaha ADUN berkenaan, Hj. Zakaria Abdullah semasa ditemui menjelaskan bahawa terdapat beberapa rungutan yang disampaikan oleh peniaga-peniaga di pasar berkenaan.

Antaranya mereka merungut dengan pembaikan bangunan pasar tersebut yang nampaknya tidak sempurna terutama dibahagian palong cucuran air disekeliling bangunan itu.

menurut tinjauan lawatan itu memang didapati palong yang kebanyakannya bocor tidak diganti tetapi cuma di tutup dengan kepingan zink berwarna biru dan masih bocor bila berlaku hujan.

Hj. Zakaria juga memaklumkan terdapat rungutan mengenai keadaan longkang yang tersumbat yang memerlukan perhatian segera dari piohak berwajib.


Tiada ulasan: