12 November 2009

JAMBATAN RUNTUH: ISU KESELAMATAN PELAJAR DIPERSOALKAN

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (10 November 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) bersetuju dengan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Bahagian Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Dr. Haili Dolhan yang berkata, kementerian tidak akan melindungi atau menyembunyikan fakta sebenar dalam kejadian jambatan gantung runtuh yang mengakibatkan tiga murid maut di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan di Kuala Dipang, 27 Oktober lalu akan didedahkan kepada umum.

Malah DPPN Pk mendesak isu keselamatan pelajar juga mesti diutamakan di dalam program Kokurikulum yang di anjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Walaupun isu surat kebenaran daripada Ibu Bapa dan penjaga telah di bangkitkan dan di pertikaikan, DPPN Pk masih belum melihat jaminan konkrit daripada kementerian di dalam isu ini. DPPN Pk juga yakin rakyat tidak akan bersetuju bahawa pampasan wang ringgit semata-mata sebagai ganti kematian anak-anak mereka.

DPPN Pk menyarankan kepada semua Ibu Bapa atau penjaga selagi isu keselamatan tidak diutamakan oleh kementerian atau JPN, Ibu Bapa dan penjaga berhak untuk tidak membenarkan anak-anak mereka menangung risiko yang bahaya di hadapan mereka. Jaminan ini penting supaya anak-anak yang akan mengikuti program seumpama ini tidak berhadapan dengan kejadian yang amat menyedihkan kembali sekali lagi.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: