14 November 2009

Al-Quran buatan AMERIKA

Email : kahar jalil

Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim

UNTUK PERINGATAN BERSAMA..

surah al-baqarah
[120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

WASPADA !!!
Al-Qur'an Palsu buatan Amerika

Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris di sana . Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil. Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, penceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan.

Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT.

Contoh: Cover


The Blessing - Al Basmalah

The Opening - Al Fateha

Mudah2an Allah s.w.t. melaknat orang/kelompok yang mencuba menghancurkan Islam. Amin......


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pendedahan yang sangat berguna, terma kasih dan tahniah.
Satu hal yang perlu diambil perhatian tentang orang islam sekarang ada yang tak kenal al-quran, tak tahu baca pun ramai, yang tak tahu baca secara bertajwid dengan betul sangat ramai, kalau orang UMNO tak pa lah, memang dia orang tak nak ikut al-quran, ni orang PAS, yang sedihnya pemimpin2, nak tahu dengarlah fatihahnya, ramai sangat yang baca mad lazim tak cukup 6 harakat, tu tak kira sifat dan makhraj hurufnya lagi,yang sedihnya kelulusan Mesir, Jordan,Syria dll ada yang PhD pulak tu(kalau bahasa arab, tafsir, sirah dll memang hebatlah, tak nafi tu-alhamdulillah), pi belajar lah ngaji( ilmu ngaji lain ilmu tafsir lain ), tak usah malu dan tak rugi pun.Satu huruf al-quran kalau baca betui dapat 10 pahala, kalau salah baca quran kutuk kita di akhirat tauuu, tak kira ustaz ke tak ustaz

Tanpa Nama berkata...

Carita lame tapi terima kasih kerana peringatan.

Hanya yg betul-berul kosong (zero) tentang alQuran akan terpedaya. Mana tak nye, bismillah dah lain, alfatihah dah lain.

Insya ALLAH, belum murtad lagi umat Islam kerana Quran-baru ini. Yg sy risaukan adelah terjemahan dan tafsiran yg terpesong.

Nani Cheras

Alumni SRI Al-Hikmah berkata...

assalamualaikum...sya nak amik la cerita ini untuk dimasukkan kedalam blog...minta diizinkan

hamba Allah tuhan yang satu berkata...

orang arab baca dia gelak je,

kalau minat tentang comparative religion ni, boleh tonton ceramah sheikh ahmad deedat di youtube..

al-fatihah untuk sheikh, moga rohnya dicucuri rahmat..

susah nak cari orang islam yang hafal bible inside out macam beliau..

crucifixtion tu cruci-fiction je.. rekaan semata2...

kaum yahudi salah faham apabila nabi isa menerangkan pada mereka tentang mukjizat nabi yunus yang tidak mati ditelan paus 3hari 3 malam, juga ada pada nabi isa, tidak mati didalam tanah, 3 hari 3 malam,

tapi kaum yahudi pada ketika itu tetap menganggap nabi isa dibangkitkan semula dalam bentuk roh..

zimy berkata...

em sy stuju ngan pandangan saudara tanpa nama ini..

Man Ysf berkata...

Terima kasih, ingatlah musuh Islam tidak akan berhenti dlm perjuangan mereka baik secara terang mahupun secara diam2.

Ahmad Ismail berkata...

salam,yb
haha
bgus,yb
negara maju pon nk buat quran gak rupanya..
tak kan x de modal lain kot yg bole buat...
harap negara maju
tapi quran jugak yg dia pilih untuk ditiru
haha

Tanpa Nama berkata...

Tembok Pejabat SUK Perak runtuh..selepas ini apa pula yang akan runtuh..Adakah ada makna tersembunyi yang Allah cuba berikan kepada setiap rakyat untuk melihatnya>>Bersama-samalah kita merenung sejenak..Mungkin ini petunjuk atas kezaliman yang dilakukan oleh tangan2 Zabri and the geng..mungkin ya mungkin tidak..Entahla

david ahmad muniandy berkata...

kaum yahudi pun ada ambil jurusan agama islam dan ada juga belajar di universiti al-azhar keluar menjadi ulama paling besar supaya boleh mengeluarkan fatwa ikut suka hati seperti benda haram akan jadi halal kerana hendak menguasai dunia.

Pengawas_Negeri berkata...

Assalamu3alaykuwm...
dengan segala hormatnya ustaz di jemput mendownload video2 Negara Islam Iraq dan Somalia untuk tontonan Umum... KHILAFAH MAKIN DEKAT

Us. Abdul Samad berkata...

Assalamu'alaikum!

Atee... orang Islam sendiri maleh nak kaji, belajo, jengok dan juga baca... deme gunalah sesuka hati deme. Bila jadi gitu baru kita mengamuk. Ada ke patut?

Semuanya gara-gara pentarbiahan 52 tahun yang lalu. Jadi marilah semua insan mengaku dirinya beriman... banyak2lah muhasabah diri. Ingat pesan TGNA, jangan masuk perangkap UBN berulangkali.

KHEDEYCHONG berkata...

BACAAN AYAT QURAAN OLEH "SHEIKH ABDUL BASIT ABDUL SAMAD" AMAT MENUSUK QALBU.

Tanpa Nama berkata...

Marilah sama-sama kita tekun mengajar al-Qur`an (bacaan, isi kandungan & hafazannya)kepada anak2 serta merealisasikannya dalam kehidupan. Hanya dengan cara ini semua usaha musuh akan hancur.

Tanpa Nama berkata...

Salam YB. Setiap pagi mebuka blok YB, hati saya teruja kerana banyak memberi manafaat kpd saya. dalam hati saya berkata hebat juga CHINA ISLAM
ni. Didoakan semuga Allah sentiasa merahmati perjuangan YB, Takbir

mrph berkata...

salam yb semoga kita dapat melawan semua fitnah diakhir zaman ini....marilah semua ummat islam kita bersatu memperguguhkan dengan pegangan alquran dan sunnah..

Tanpa Nama berkata...

semoga allah memberi petunjuk kpd mereka.........