14 November 2009

PJ Perak lawat banjir

oleh Mohd Syamil Azhar.

Ustaz Abu Bakar sampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa banjir di Kampung Banggol Belimbing, Lenggong.

LENGGONG: Sebanyak 30 mangsa banjir di beberapa kampung di sini yang dianggap paling layak menerima bantuan, diberi sumbangan berupa beras dan barangan dapur ala kadar oleh Pesuruh Jaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain semalam (hari ini).

Ustaz Abu Bakar yang datang bersama Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ustaz Misbahul Munir Masduki turut membuat penyerahan sukarelawan daripada Unit Amal (UA) dan pemuda-pemuda PAS tempatan yang ditugaskan untuk membersih rumah-rumah mangsa banjir.

Ustaz Abu Bakar (4 dari kiri), Ustaz Misbah (5 dari kiri), Haji Razman (kiri sekali) dan lain-lain termasuk sebahagian anggota Unit Amal dengar penjelasan mangsa banjir di Kampung Bor, Lenggong.

Kehadiran mereka berdua yang sampai jam 10.45 pagi disambut oleh Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria serta AJK PAS Kawasan. AJK Dewan Pemuda PAS Lenggong dan anggota-anggota UA di Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) Kota Tampan Air.

Sebelum gerakan menyampaikan bantuan ziarah mangsa-mangsa banjir di Kampung Banggong Bor, Banggol Belimbing, Banggol Batu dan Taman Kota Tampan, mereka berdua terlebih dahulu dibawa ke Masjid Jamek Lenggong untuk menunaikan solat jenazah.

Ustaz Abu Bakar sampai bantuan kepada seorang ibu tunggal yang turut jadi mangsa banjir di Banggol Belimbing.

Ustaz Abu Bakar sendiri telah mengimamkan solat jenazah seorang ahli PAS Kampung Pecah Batu, Lenggong yang meninggal dunia petang kelmarin (semalam) dengan dimakmumkan lebih 100 penduduk kebanyakannya pimpinan dan ahli PAS kawasan.

Seterusnya Ustaz Abu Bakar dan Misbah telah dibawa melawat ke rumah-rumah mangsa banjir dua hari berturut-turut sambil menyampaikan bantuan serta membuat penyerahan anggota-anggota UA untuk tugasan kerja-kerja membersih rumah mangsa.

dijamu durian di Banggol Belimbing.

Dalam program ziarah bantuan itu, Pesuruh Jaya PAS Perak itu serta rombongan telah dijamu durian oleh seorang peraih di Kampung Banggol Belimbing sebelum melawat Masjid Kampung Banggol Batu yang turut ditenggelami air.

Dalam program itu beliau dan Misbah serta rombongan dijamu nasi oleh Razman di gerai adiknya, badrin zakaria di Kampung Luat sebelum solat zohor dan sebelum kerja-kerja pembersihan rumah dilakukan mulai jam 3 petang.

Sementara itu, Razman berkata, kerja-kerja pembersihan rumah telah dilakukan sehari suntuk kelmarin, bagaimanapun selepas malam kedua berlaku banjir lumpur sekali lagi, kerja-kerja pembersihan oleh kira-kira 30 petugas dilakukan semula.

Katanya, dalam kejadian banjir pertama lebih 200 keluarga (72 di Taman Kota Tampan, lebih 30 di Kampung Banggol Batu, lebih 30 di Kampung Banggol Belimbing dan kira-kira 20 di Chain dan Batu Dinding) dilanda banjir lumpur mulai jam 12.30 malam dan surut jam 8 pagi.

Pada malam kedua (semalam) rumah-rumah yang sama dilanda banjir sekali lagi mengalami masalah akibat limpahan air Sungai Nerok selepas hulan berjam-jam pada sebelah petang membawa ke malam, katanya.

Turut dilanda banjir ialah, katanya ialah Masjid Banggol Batu, Sekolah Agama Rakyat Taman Kota Tampan, Surau Taman Kota Tampan, Dewan Tabika kemas Banggol Batu, Dewan Serbaguna Taman Kota Tampan, Dewan Orang Ramai Banggol batu dan lima buah premis kedai di taman Kota Tampan.

10 beg bantuan untuk mangsa-mangsa di Kampung Banggol Batu diterima Ketua Kampung Pakatan Rakyat, Zawawi Banyamin (3 dari kiri).

Sebahagian anggota Unit Amal dari Bukit Gantang dan Taiping sedang bersih rumah mangsa banjir di Kampung Banggol Belimbing

Razman turut membantu bersih rumah di Kampung Banggol Batu

Timbalan Ketua DPP Perak, Saudara Salman Husin (kanan sekali) turut membantu bersih rumah di Kampung Banggol Batu pada hari pertama.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH, PESURUHJAYA PAS PERAK, KERAN TIDAK BERSIFAT EKSKLUSIF DAN SENTIASA BERJIWA RAKYAT JIKA MCM NI KAMI ORG UMNO PUN SUKA, TERUSKAN BERSAMA RAKYAT, UNTUK MAKLUMAN SEMUA, SBNRNYA ORG UMNO BANYAK YANG AKAN SOKONG PAS JIKA PAS MEMILIKI PEMIMPIN YANG IKHLAS DAN BERJIWA RAKYAT.

anakjatiperak berkata...

YB, Tembok Bangunan SUK Perak Runtuh?bagi info sikit. Agaknya Zambiri berani ke duduk pejabat MB lagi?

Tanpa Nama berkata...

pemimpin umno berjiwa rakyat ??
sapu duit rakyat ader ler

Tanpa Nama berkata...

pemimpin umno berjiwa rakyat ker???
sapu duit rakyat ade ler

KREDY CHONG berkata...

Ustaz Yb,

Paras Banjir Tertinggi Sebenar bagi sesuatu kawasan hendaklah ditanda(BENCH MARK). Apa juga binaan yang hendak dibuat mestilahlah dirujuk dan melepasi paras bench mark tadi.

Pandangan Jabatan Parit dan Taliair sangatlah perlu diambil kira. Contoh: Peristiwa Kuala Dipang.

"Design for the worse case !!"