Email : anuarani
السلام عليكم
Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebusrasa bersalah" anak-anak.
Maksudnya begini:
Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...
Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:
1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)
2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"....)
3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... . walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )
4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin
5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)
6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa
7. sedekah pisang kat masjid......
8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)
Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?"
Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana " dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....
Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.
Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).
Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu
bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat...... ..
Ambil iktibar dari lampiran di bawah.
Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam
kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang
ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,
"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi…Selalu kata tak sempat lah…apa lah…tapi buat benda-benda pelik banyak masa…esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak…lu buat orang so lu kena la plak…moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la gua gak masih belum terlambat untuk dimulakan…

5 ulasan:
sekurang2nya doakanlah (ampunan) untuk kedua ibubapa...setiap hari...selepas solat...satu hari tidak mendoakan untuk ibu bapa di kira derhaka...
Asssalamualaikum,
Perkara macam ni memang dah jadi budaya dalam masyarakat kita. Persoalannya, bagaimana hendak dihapuskan kepercayaan macam ni? Sedandgkan apabila perkara perkara bid'ah sebegini dilakukan, tiada seorangpun golongan ilmuan yang menegur secara terbuka ataupun rasmi. Contohnya; apabila berlaku kematian, upacara seperti kenduri-kenduri arwah ini akan diketuai oleh pak alaim, ustaz-ustaz mahupun imam. Mengapa tidak disampaikan kepada jemaah/individu yang terlibat bahawa perkara sebegitu dilarang dalam Islam? Sebaliknya seolah-olah sekadar mengiyakan sahaja ataupun tidak memberi sebarang komen. Samapai bila hal ini akan terus dibairkan berlaku? Kenapa tidak disampaikan secara formal? Tidak nampak sebarang usaha ke arah itu. Saya sedih dengan keadaan sekarang. Malah apabila orang seperti saya mengatakan tidak kepada hal-hal ini, orang ramai akan manyanggah saya. Kenapa tidak dikeluarkan secara rasmi bersekali dengan dalil-dalilnya kepada seluruh masyarakat yang beragama Islam. Sepatutnya pemantauan perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib supaya tidak terus berlaku dan penerangan/penjelasan dibuat di setiap kampung, daerah, mukim dan negeri secara menyeluruh. Mungkin bunyinya separti idea yang mengarut. Perkara sebegini berleluasa di depan mata setiap hari seolah-olah tiada orang ambil peduli. Kalau dilihat di dalam media-media, apabila ada kematian terutama dari orang kenamaan ataupun keturunan raja-raja (sedangkan mereka adalah ketua agama bagi negeri dan negara) perkara ini dilakukan. Most people learn from example. Selagi contoh-contoh sebegini masih dipaparkan ataupun masih wujud, selagi itulah ianya tidak akan dapat dibendung. Sangat menyedihkan apabila terdapat golongan yang dipanggil "mufti" mahupun "imam besar" berada dalam gambaran tersebut. Tidakkah mereka tahu berkenaan hal ini? Sedangkan di negeri yang diberi jolokan "serambi Mekah" pun masih berleluasa hal ini. Saya bukannya mahu menyebelahi sesiapa cuma mahukan kepastian dan mengharapkan perubahan ke arah kebaikan kerana kita sesama Islam pun masih betelagah dengan fahaman Islam yang dianuti. Bagaiman kita hendak meyakinkan orang lain untuk menganuti Islam sekiranya masing-masing sibuk fahaman masing. Si 'A' kata fahaman Islam dia betul, kemudian si 'B' pula kata fahaman Islam dia betul. Cukup mengelirukan bukannya setakan kepada orang baru malahan orang-orang yang lahir Islam pun oleh keliru.... Islam adalah berpandukan Al-Quaran dan Sunnah, tetapi kenapa masih wujud parcanggahan??????
Maaf sekiranya meleret.... Sekadar luahan rasa yang terbuku...
Wassalam...
Terima kasih atas ingatan
Kepada semua, berbaktilah sepenuh dan sedapat mungkin kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup.
Percayalah bahawa anda akan betul betul menyesal apabila mereka sudah tiada lagi jika tanggungjawab tidak ditunaikan.
Aku hanya dapat berbakti sedikit dan sekadar upaya ku semasa ibu bapa masih hidup, dan sentiasa sebak mengenangkan mereka, masa menulis inipun. Berbaktilah
Berbakti kepada ibu bapa semasa hayat memang berat jika diukur dengan nafsu manusia. sebab tu ramai yang buat alasan untuk lepas tangan.
Terima kasih atas rencana yang disiarkan.Moga ALLAH SWT memberi kita taufik dan hidayah.
Saya anak yatim piatu.Tapi alhamdullilah saya tenang dengan pemergian mereka.Dan saya yakin serta puas kerana dapat bersama mereka sehingga ke saat-saat akhir.Malah saya mendapat berita dari rakan-rakan ayah dan ibu saya yang masih hidup telah mengkhabarkan isi hati kedua ibu bapa saya tentang saya.Cuma di ruang ini saya tak mahu khabarkan kepada anda pembaca semua.Saya bimbang takut riak dan sombong.
Walau bagaimanapun ada segelintir masyarakat kita yang dilabelkan alim suka mencari kesempatan.Setelah jenazah disimpankan, datanglah mereka untuk mengambil upah membaca itu dan ini untuk siaruah.Saya keliru dan alim ulama sepatutnya memberi pandangan dalam hal ini.
Catat Ulasan