07 November 2009

Anggota J/K disiplin MCA letak jawatan

MCA hari ini menerima satu tamparan lagi apabila keseluruhan lima anggota jawatankuasa disiplin parti itu meletak jawatan secara beramai-ramai.

Difahamkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut baru-baru dan surat rasmi peletakan jawatan mereka telah diserahkan oleh pengerusinya, Ng Cheng Kiat (foto) hari ini.

Anggota jawatankuasa tersebut dipercayai tidak senang dengan campurtangan politik dalam keputusan yang dibuat, mengakibatkan ia tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

Mengikut perlembagaan parti, semua keputusan jawatankuasa disiplin perlu disahkan oleh majlis presiden sebelum dibawa kepada jawatankuasa pusat parti itu.

Kedua-dua badan tersebut mempunyai kuasa untuk menolak atau meminda keputusan jawatankuasa disiplin itu.

"Dalam kes kami, ianya adalah soal disiplin. Tetapi bila ia dibawa kepada jawatankuasa pusat dan majlis presiden, mereka membuat keputusan politik.

"Sistem ini tidak berkesan untuk menguatkuasakan tindakan disiplin," kata seorang anggota jawatankuasa disiplin itu yang enggan namanya disebut.

Bagaimanapun, beliau menafikan peletakan jawatan secara beramai-ramai itu ada kaitan dengan sisatan terhadap Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, di mana syor jawatankuasa disiplin memecatnya, telah dibatalkan.

Satu sumber berkata penarikan balik penggantungan ketua bahagian Ipoh Timur, Thong Fah Chong juga merupakan satu lagi contoh campurtangan politik dalam tugas jawatankuasa tersebut.

Beliau menegaskan bahawa peletakan jawatan mereka tiada kaitan dengan mana-mana kes yang khusus, kerana jawatankkuasa itu tidak puas hati dengan keseluruhan sistem disiplin parti.

Ekoran siasatan yang dijalankan, jawatankuasa disiplin telah mengesyorkan Ogos lalu supaya Chua dipecat kerana mencemarkan imej parti kerana skandal DVD seks.

Syor itu disahkan oleh majlis presiden tetapi ianya kemudiannya dibatal oleh jawatankuasa disiplin dan digantikan dengan hukuman penggantungan keahlian Chua selama empat tahun.

Ekoran itu, penyokong Chua mendesak mesyuarat luar biasa (EGM) diadakan pada 10 Oktober, yang menyaksikan perwakilan menolak keputusan jawatankuasa tersebut.

Dalam perkembangan yang berkaitan, pengerusi dan pengarah akhbar berbahasa Inggeris The Star milik MCA, Datuk Leong Tang Chang kini merupakan pengarah bukan eksekutif akhbar tersebut.

Perubahan tersebut dibuat dua minggu selepas Leong dipecat daripada jawatan biro undang-undang MCA.

MalaysiaKini/-

3 ulasan:

Awanama berkata...

selama ni ckp pd bake kayo berpecah la xsehaluan la.skrg kena btg hdung najib dan pok din.baru tau langit tggi rendah.sblm ni mace2 fitnah ko bake.apo truk sngt ko bake ni.cubo bg perintah tngok skali jd guano.hambo raso cacing kpanasan puak tu

2POK MENTUA berkata...

NOK BUAT SATU MALAYSIA, JADI DUA MCA....!!!

taiping pengkalan pr berkata...

lepas ni ,mca ketiga,keempat,kelima...............................last last boom !!! jadi abu pasal tak muat dah.