07 November 2009

Rombakan barisan kepimpinan DAPSY

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) melakukan rombakan dalam barisan kepimpinannya malam tadi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan dalam pergerakan itu.

Ia membabitkan pelantikan ahli jawatankuasa Teo Kok Seong sebagai setiausaha organisasi nasional yang baru.

Beliau yang juga ADUN Bahau, menggantikan Chang Teck Chee yang sebelum ini meletak jawatan.

Manakala penolong setiausaha nasional, Tey Kok Kiew pula dilantik memangku jawatan setiausaha nasional sehingga April 2010.

Ini ekoran penyandangnya, Loh Chee Heng, bercuti enam bulan mulai bulan ini.

Teh juga merupakan ADUN Bandar Hilir, Melaka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua nasional DAPSY, Anthony Loke berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat majlis eksekutif DAPSY malam tadi.

Menurutnya, mesyuarat itu juga memutuskan untuk mengadakan kongres khas di Ipoh pada 16 Januari depan bagi meminda statut DAPSY bagi memperkemaskan peruntukannya ke arah mempertingkatkan lagi pencapaiannya.

Di samping itu, katanya, mesyuarat itu juga menyokong penuh konvensyen nasional Pakatan Rakyat pada 18 Disember depan di Shah Alam.

"Kita akan menghantar delegasi penuh untuk menghadiri konvensyen itu dan bekerja keras ke arah mewujudkan gabungan Pakatan Rakyat yang bersatu padu," katanya.

MalaysiaKini/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kepimpinan pas juga memerlukan rombakan untuk menghadapi PRU13.

Tanpa Nama berkata...

pecat hasan ali dengan mustafa ali... takbir...