07 November 2009

Manohara tewas disaman Tengku

Gagal mengemukakan pembelaan terhadap saman suaminya Tengku Temenggong Kelantan, bekas model muda Manohara Odelia Pinot diarahkan membayar tuntutan kepada putera Sultan Kelantan itu.

Jumlah ganti rugi itu - yang dituntut Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra sebanyak RM105 juta - bagaimanapun akan ditetapkan kemudian.

Penghakiman ingkar itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Manohara, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, gagal melantik peguamnya dalam tuntutan saman suaminya.

Penolong kanan pendaftar mahkamah itu Shazali Hidayat Shariff menyatakan perintah ingkar itu di kamarnya hari ini.

Penghakiman ingkar merupakan satu keputusan yang berpihak kepada plaintif apabila defendan gagal mengambil tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah.

Peguam Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, berkata jumlah wang bukan persoalan utama tetapi anak guamnya dapat membersihkan nama terhadap tohmahan isteri dan mertuanya Daisy Fajarina, lapor Bernama.

Pada 12 Oktober lalu, mahkamah yang sama membenarkan permohonan firma guaman Fakrul Hisham Abdullah & Associates menarik diri daripada mewakili Manohara, yang kini melarikan diri di Jakarta, dan Daisy.

Pada 20 Julai lalu, susulan krisis rumah tangga mereka yang berlarutan selama beberapa bulan, Tengku Muhammad Fakhry menfailkan saman terhadap kedua-dua warga Indonesia itu.

Plantif mendakwa defendan secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan yang bersifat umpatan dan fitnah mengenai penderaan seksual terhadap Manohara, semasa sidang akhbar antara April sehingga Jun lalu.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.

Perkataan itu dirancang untuk memperkecil-kecilkan dan mengaibkannya di kalangan ahli kerabat diraja Kelantan, kerajaan Malaysia dan rakyat jelata, dakwanya lagi.

Putera ketiga Sultan Kelantan itu seterusnya mendakwa bahawa dakwaan dan sindiran itu tidak benar, tidak berasas dan menyebabkannya mengalami kerosakan serius kepada reputasi peribadi secara nasional dan antarabangsa.

"Defendan-defendan melafazkan perkataan-perkataan tersebut dengan didorong oleh keuntungan kewangan," dakwa Tengku Fakhry.

Plaintif menuntut ganti rugi teruk, teladan dan pampasan berjumlah RM105 juta, faedah, kos serta perintah injuksi menghalang kedua-dua defendan daripada terus mengeluarkan perkataan fitnah tersebut.

Putera sultan itu mengemukakan dua saman lain di Mahkamah Syariah Kota Bharu - yang didengar Ahad ini - satu agar Manohara diperintah pulang kepadanya dan satu lagi, menuntut kembali wang RM1 juta yang didakwanya dipinjam oleh Manohara.

Sehingga sekarang, Manohara dan Daisy tidak menjawab tuntutan Tengku Muhammad Fakhry itu.

Malaysiakini/-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berita ni pun nak masuk dalam blog?cari le berita2 perak yg lain lg elok...

Tanpa Nama berkata...

MANO NOK CARI PITIH BANYOK TU. kALU BULIH WANG EHSAN BOLIH LAH BAYAR....

Tanpa Nama berkata...

Manohara masih hidup, belum "tewas"

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
SEORANG ISTERI, TEMPATNYA DI SISI SUAMI...
MENDAPAT SUAMI YANG BAIK, KAYA DAN GOOD LOOKING MENAJDI IDAMAN SETIAP GADIS SELAIN BERIMAN DAN BERTAQWA DAN BERAKHLAK MULIA... TETEAPI KENAPA TIDAK BERSYUKUR LAGI KEPADA ALLAH...

JIKA TIDAK TAHU BERSYUKUR..
MAKA KITA AKAN TENGOK APA KESUDAHAN PEREMPUAN-PEREMPUAN SEPERTI ITU...

SUDAH PASTI KESUSAHAN DAN KESEMPITAN AKAN DI JALANI SEBAGAI PENGAJARAN DAN BALA ATAS PERBUATAN YANG DI LAKUKAN KE ATAS SUAMI.

BANYAK DAH BERLAKU..KENAPA TAK AMBIL PELAJARAN?

Budak Pencen berkata...

Molek dah Manohara diarah membayar tuntutan ini.Pada Julai lalu semasa kes ini sdg memuncak,saya berada diSurabaya dan Jogjakarta.Tv Indonesia menawang tiap2 malam kisah Manohara diseksa konon.Ditunjok juga dia
sdg berdoa diatas tikar sembahyang sambil me-nitis air mata.DiPasaraya2 saya berpeluang bercakap dengan pekerja2nya dan nyata mereka mempercayai saratus peratus.Saya bukan hendak
membela Raja sebab saya pun tidak pernah kenal
Raja tetapi lontaran cerita penderaan keatas
Manohara tidak masuk akal.Saya berpendapat ada
orang sengaja memanupulasi cerita untok menarik
simpati rakyat Indonesia kepada Manohara.Sekarang dia adalah,memang dia adalah
'pelakun'

Tanpa Nama berkata...

Ya bole saman...tapi siapa yang nak pergi kutip duit...di indonesia...Walhal nak suruh dia datang mahkamah pun tak mampu...Kalu dia takmo bayar apa kita bole buat...Askar/polis indon semua sokong manohara....kalu dia duduk sini senang cerita...tak bayar tangkap