07 November 2009

Pakej Umrah : Ajaran Tok Guru

Email : Mr. President

Gomo Kelate Gomo!!! Itulah laungan keramat yang bakal mengamitkan muka Stadium Bukit Jalil Sabtu ini. Ya, Kelantan akan bertemu dengan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir bagi merebut juara Piala Malaysia bagi musim ini. Syabas diucapkan kepada pasokan Kelantan dan Negeri Sembilan di atas kejayaan mara ke akhir.

Apa yang penting di sini ialah, semangat kesukanan yang tinggi akan melahirkan suatu mekanisma yang cemrlang. Semangat kerjasama dan kerja berpasukan merupakan paksi kepada kejayaan ini. Syabas pada semua jentera yang terlibat.

Betapa hebat Tok Guru Nik Aziz, Menetri Besar Kelantan ini, dimana Kerajaan Kelantan di bawah pimpinannya menghadiahkan Pakej Mengerjakan Umrah kepada semua pemain dan jentera pasukan Kelantan. Disamping suntikan kewangan kepada jurulatihnya, serta sedikit wang saku kepada mereka bagi mengerjakan umrah nanti.

Jika kita fikirkan, alah...tok guru bagi pakej umrah ja...tak bagi ke lot-lot tanah ke, pakej pelancongan ke. Itu lah yang selalu diperolehi oleh pemain-pemain bolasepak di negara kita.

Tapi jangan kita lupa, Kerajaan Kelantan memberikan sumbanagn tersebut sebelum perlawanan akhir bermula lagi. Maknanya, jika pasukan Kelantan tewas sekalipun, mereka tetap akan ke Tanah Suci Kota Mekah unutk mengerjkan umrah. Apa pengajrannya di sini?

Ajaran Tok Guru kita cukup indah, cukup beralasa, malah cukup berbisa jika kita perati dan amati betul-betul. Tok Guru nak dalam apa jua yang kita lakukan, biarlah perbuatan kita, pekerjaan kita tu menghalakan kita ke arah syurga, biarlah setiap apa yang kita lakukan itu, memperolh pahala. Dan yang paling utama, setiapa kejayaan yang kita perolehi, jangan sesekali kita lupakan Yang Maha Pencipta kita, Allah SWT.

Itulah ajaran Tok Guru selama dia mentadbir Negeri Kelantan ini. Alhamdulillh, kita semua berada di bawah kepimpinan tok guru. Hmm... Kerajaan Kelantan akan membiayai pakej umrah kepada pasukan bola sepak negeri itu sebagai 'hadiah' kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia, yang akan berlangsung Sabtu ini.

Hadiah yang diberikan sungguh bermakna sekali. Kerajaan boleh je jika nak bagi duit, nak bagi pergi melancong ke mana-mana. Tetapi Tok Guru kita ni, hendakkan supaya rakyatnya mengunjungi Baitullah. Mahukan supaya kita semua merafak kesyukuran kepada Allah. Segala urusan dunia nih, perlu merujuk kepada landasan Allah.

Jika kita diberi pakej2 pelancongan ke mana-mana destinasi yang memungkinkan kita untuk lalai dari meningati Allah, maka segala kejayaan kita, segala penat lelah kita, hanya sia-sia sahaja. Wah, sungguh murni ajaran Tok Guru. Mungkin akan dapat dicontohi oleh semua menteri besar di negeri-negeri di Malaysia.

Hmmm...saya suka menarik suatu cerita yang diceritakan oleh seorang kawan lama melalui chatting. Katanya, dia terkilan dengan sikap pengurusan pejabatnya yang membawa staf2nya melancong ke Phuket sebagai hadiah setelah selesai mengadakan suatu majlis yang besar. Hmmm..baguslah, ada jugak bos yang suka bawa anak buahnya berjalan-jalan.

Tetapi lain halnya di sini apabila tempat lawatannya ke tempat-tempat maksiat, tempat yang dilaknat oleh Allah Taala. Itu yang silapnya kita nih. Kononnya setelah penat buat kerja memeriahkan majlis tersebut, sekarang tiba masanya untuk bergembira, 'release tention' lah katakan.

Ada juga sesetengah jabatan, pergi ke Pulau Perhentian untuk bersuka ria. Tak ada kerja lain, makan, tidur, suka ria. Masya Allah!!! Amat malang sekali jika perka ini berlaku di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Kelantan. saranan Tok Guru lagu lain, tetapi perbuatan para pegawainya tidak selari dengan apa yang disarankan oleh Tok Guru. Subahanallah!!!.

Diceritakan lagi, bahawa tempat yang dikunjungi itu, penuh dengan maksiat, minum arak, dan pelabgai lagilah. Malu, jijik kita mendegarnya. Macam mana jabatan kita nak maju? Nak untung? Dah akhlak para pegawainya tidak selari dengan apa yang Allah nak. Saya sungguh-sungguh kecewa mendengarnya.

Tok Guru ajar kita dengan elok, bagi pergi umrah supaya kita semua ni mengenal Islam itu dengan lebih mendalam. Jika kita kumpul duit sekalipun, tentu sukar untuk kita ke sana mengerjakan umrah kan? Tetapi Tok Guru menlihat, pergi buat umrah lebih besar dari pergi ke Phuket, Pulau Pehentian yang penuh dengan noda dan maksiat!!!.

Syabas Tok Guru. Membangun Bersama Islam. Gomo Kelate Gomo!!! Takbir!!!



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hmm.. Alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

berkat pentadbiran ulamak.wlupun peruntukan disekat,namun ada jagk sumbangan utk anak2 pg umrah.syukur alhamdulillah.mudahan Allah lanjutkan usia TOK GURU.

Tanpa Nama berkata...

hmm alhamdulillah moga2 pemain2 kelate memdpt keredhaan Allah di Baitullah nanti terutamanya kpd farhan, khalid jamlus dan indraputra pemain sensasi kelate masa kini..

Cokoh Cik Latih berkata...

alhamdulilah syukur berkat kepimpinan ulama
Takbir.....Allahuakbar..

putrajayareformer berkata...

inilah contoh terbaik bagi semua organisasi, bukan setakat untuk pasukan bolasepak, tetapi organisasi lain juga perlu mencontohi tindakan Tok Guru ini...

putrajayareformer.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

salam
yb turun bukit jalil gak ko?
yb msti sokong kelate kan??
hero kelate,indra n khalid oghe perak...

Tanpa Nama berkata...

Semoga berjaya, tahniah TGNA pemimpin utama PAS yang boleh dipercayai dan dihargai.

Tanpa Nama berkata...

khalid jamlus pemalas....ni dpt pula gi umrah...eloklah..minum byk2 air zamzam tu,bior ringan skit bdn tu nk lari....farhan bagus,ade bakat...blh maju....aku sokong,walaupan anak jati slgr,penyokong kuat selangor...Insyallah.Kelantan blh mng!!!

Kuda Perang berkata...

Alhamdulillah.. dakwah TGNA sampai ke segenap aspek kehidupan.

Mudahan2 diikut oleh semua, Ya Allah berilah kesihatan yang baik kpd Tuan Guru Nik Abdul Aziz, mudahan2 kami dapat lagi berjuang bersamanya menuju kpdMU..amin.

adi dak idrisiah 2008 berkata...

tahniah!!!! MoGaa usaha ini diteruskan lagi... teruskan semangat TGNAZ.....ALlah bersama Insan yg selalu ajak mendekatiNya....pastikan anuar musa g jugak..moga2 peroleh la sedikit petunjuk

Tanpa Nama berkata...

Pemain bola sepak kelantan akan berfikir, lawan bola bila menang akan dapat gi umrah mengadap allah Baitullah.. Hebat pemikiran tok guru.

Saya dok fikir doh baru ni bila Tog Guru kata kerajaan akan memberi ganjaran yang tidak ternilai dan tidak pernah diberi oleh negeri-negeri lain... dalam pemikiran saya kata Mesti gi mekah lah...


* NH Shah Alam *