07 November 2009

Konvensyen blogger PAS atasi fitnah media baru

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Lajnah Penerangan PAS Pusat (LPPP) mengambil inisiatif mengadakan Konvensyen blogger PAS, ekoran beberapa polemik besar parti itu yang dilihat berpunca daripada media baru.

Konvensyen yang masih belum diputuskan tarikh dan tempatnya itu akan mengumpulkan semua blogger PAS di peringkat pimpinan pusat, negeri, kawasan dan ahli di cawangan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, konvensyen itu antara lain bertujuan menjadikan blogger PAS sebagai kumpulan yang memperbetul persepsi masyarakat terhadap PAS.

"Kita mahu blogger kita (PAS) ini menjadi orang yang memperbetul persepsi dan tanggapan PAS dalam gerbang maya ini," katanya ketika dihubungi.

Medium Konvensyen ini juga katanya dilihat mampu memberi peringatan kepada blogger dikalangan PAS agar mereka sedar dan tidak menjadi sebahagian dari penabur fitnah kepada parti itu.

"Orang banyak fitnah PAS sekarang ni, jadi kita tidak mahu blogger kita ni pun tumpang sekaki merosakkan parti dengan persepsi salah ini," katanya lagi.

Penganjur juga katanya berhasrat menjadikan blogger PAS ini sebagai kumpulan yang mampu berdepan kumpulan "cyber troopers" Umno BN dalam usaha mematahkan hujah yang dilempar kumpulan itu.

Menurut beliau lagi, konvensyen tersebut juga akan memberi pendedahan kepada para perwakilan yang hadir tentang etika kewartawanan dan kaedah penulisan yang betul.

Beberapa tokoh dan panel yang mempunyai kredibeliti dalam bidang masing-masing akan dijemput membentangkan kertas kerja dan berkongsi pengalaman berkaitan.

Namun ianya hanya terbuka kepada blogger yang mempunyai nombor keahlian PAS sahaja.

Mereka diminta mendaftarkan diri dengan menghubungi Sekreteriat Penerangan PAS Pusat di talian 03-2692500 atau menghantar email ke penerangan.paspusat@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya sebelum 13 November ini.

Selain nombor keahlian PAS, blogger yang mahu menyertai konvensyen tersebut perlu menyertakan sekali alamat blog masing-masing untuk tujuan pengesahan. _

HarakahDaily.Net/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apabila kebenaran terserlah terima sajalah, dan akui kesalahan, jangan mempersalahkan orang lain..

Tanpa Nama berkata...

Ramai bloggers dipihak pas dan pakatan rakyat tetapi telah menjadi sasaran serangan kepimpinan PAS pusat, Kalau kita betul semua orang sokong kecuali orang yang berniat jahat.