02 Disember 2009

BTN; ‘Topeng Demokrasi’ Umno Untuk Memecahbelahkan Rakyat Malaysia

Email : Bahrin Saniran

Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishamudin tidak sama dengan apa yang diucapkannya berkaitan pembaharuan dalam Umno, yang mendakwa ada usaha dan kemahuan politik untuk berubah dikalangan pimpinan Umno.Sebaliknya, beliau sendiri, bukannya mahu menerima kenyataan, malah menyelar dan menuduh mereka yang mengutarakan isu berkaitan Biro Tata Negara (BTN).

Hishamudin berkata, saranan pemimpin Pakatan Rakyat mahu kerajaan memansuhkan program BTN adalah kerana ketandusan isu dan satu percubaan mengalihkan isu-isu dalaman.

”Apa? Saya pun tak faham ! BTN ni dah wujud lama ! Kenapa sekarang baru nak ditimbulkan ? Satu, saya rasa, mungkin mereka ketandusan isu; keduanya, saya percaya mereka nak alih pandangan dari masalah dalaman mereka sendiri,

”dan ketiganya, mungkin mereka bimbang bahawa BTN ini dapat betul-betul menekankan perkara yang cukup penting, iaitu dalam kita hendak membina negara bangsa dan dalam konsep satu Malaysia,”katanya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/hisham1.JPGHishamudin berkata demikian dalam sidang media di Kampung Tok Jembal, dekat sini, (gambar kanan) ketika menjawab soalan wartawan berkenaan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkaitan isu terbabit.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing berkata, isu BTN bukan baru sekarang ditimbulkan dan bukan hanya berlaku dikalangan pembangkang, malah melibatkan pemimpin bukan Melayu dalam pakatan Barisan Nasional (BN).

Ng turut mempertikaikan kenyataan Hishamudin dan menyatakan pengisian kursus BTN tidak membawa kepada perpaduan dan integrasi nasional, malah bertentangan dengan konsep 1Malaysia.

Beliau mendedahkan, apa yang dialami oleh anak seorang rakannya, seorang pelajar Kolej Tuanku Abdul Rahman (Koleh TAR) yang menghadiri kursus anjuran BTN kira-kira dua bulan lepas.

Katanya, pelajar berketurunan Cina yang berasal dari Kuala Terengganu itu cukup sedih dan terhina kerana apa yang di ajar dalam kursus BTN adalah mengungkit isu-isu perkauman.

”Bukan sahaja mengungkit isu ‘ketuanan Melayu’ malah, pemimpin Pakatan Rakyat (pembangkang) termasuk orang-orang Melayu, Anwar Ibrahim dan Haji Hadi dianggap oleh penceramah BTN sebagai pengkhianat Negara,”ujar Chai Hing.

Kritikan Chai Hing turut disokong dan dikongsi bersama oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat@ Ramly.

Hanafiah ketika dihubungi berkata, BTN adalah ‘topeng demokrasi’ yang digunakan oleh Umno untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Menurutnya, BTN bermotifkan politik dan propaganda Umno, bukan program yang menimbulkan semangat patriotisma dan tidak akan membentuk negarawan yang mencintai Negara.

Sebaliknya, kata Hanafiah, ia adalah program untuk melahirkan individu yang ‘racist’, sayang kepada Umno dan kepimpinan Umno.

”Penceramah mengungkit tentang ketuanan Melayu, membangkitkan semangat kemelayuan, kononnya melayu itu Umno dan hanya Umno yang boleh menjaga Melayu,”jelasnya yang mendedahkan, beliau sendiri hadir dalam kursus BTN tidak berapa lama dulu.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan menolak kursus BTN yang akan dianjurkan kepada para pegawai negeri, seminggu lalu, isu BTN kini menjadi panas dan menjadi percakapan umum.

Semakin ramai yang bekas peserta kursus BTN tampil dan membuat pengakuan bahawa ia satu kursus yang banyak memberikan kesan negatif, namun pemimpin Umno seperti Hishamudin, bukan mahu menerima dan bersikap rasional, malah melemparkan tuduhan pula..buletinonline.net


18 ulasan:

Unknown berkata...

orang cerdik takkan pergi BTN sebab akan dibodohkan oleh fasilitator.

matkambing berkata...

sesiapa yang nak disahkan jawatan dalam jabatan kerajaan kena mengikuti kursus btn dahulu. tetapi btn telah disalahguna oleh kerajaan bn untuk kepentingan politik sempit mereka.

Tanpa Nama berkata...

Saya dah empat kali ikuti kursus anjuran BTN, memang naik meluat ketika satu sesi dalam kursus berkenaan yang penceramahnya orang kerajaan/UBN. ceramahnya cuma mengampu UMNO dan mengutuk ketua parti-parti pembangkang. Ketika tu lepas sorang-sorang keluar dewan, ada yang ke tandas, merokok dan ada yang bersembang di luar dewan. Yang tinggal orang yang setia aje. Syarikat tempat saya bekerja ada hantar bangsa asing (India dan Cina). Mereka ni diasingkan bilik semasa sesi ceramah hanya bersama semasa aktiviti luar. Kalau bukan kerana perkauman kenapa perlu diasingkan. Di manakah konsep 1 Malaysia Najib.

Tanpa Nama berkata...

silibus BTN mmg OK, tapi fasilitator yang menyampaikan tak profesional..telalu kearah kepartian dan memburukkan DSAI.

akuumnobangang berkata...

BTN salah satu kompenan bn dan paling malang sekali,,bekas askar pun terlibat sbg fasilitator nya,,,sb dan polis jangan cerita lah,,sape boleh pertikaikan kenyataan ini???sila jawab dan jangan ragu2..korang ingat senang ke nak tanam doktrinasi pada peserta kursus BTN kalau bukan dari sikap KERAS DAN TAHAN LASAK anggota keselamatan diatas

well,,lu pikir lah sendiri

Tanpa Nama berkata...

saya dh 2x dh pegi btn..pengisian'0', zero! langsung xde sumber ilmiah..kami panggil btn sbg program brain wash UMNO..dr dulu smp skang, yg kene hentam, ANwar, nik aziz,lim kit siang, PAS, keadilan, DAP..tu laa isi ceramah nye dr dulu..kluar dr ddewan rs nk muntah..elok laa mansuh je btn tu..lgsg xde smgt kenegeraan

Tanpa Nama berkata...

BTN ni senang nak cerita lebih kurang macam Klu Klux Klan. Sebab tu tajuknya lagu yang sering didendangkan 'Anak Kecil Main Api', memang memanaskan perpaduan kaum. Selain itu, bukan BTN saja wajar dimansuhkan, PLKN pun patut dibubarkan sahaja.

Tanpa Nama berkata...

betul, memang ada gambar DSAI dipaparkan, cuma bila sebut bab kelantan, penceramah tak berani sebut nama TGNA. mungkin penceramah tersebut masih ada sisa hormat pada ulama'

Unknown berkata...

saya pelajar sebuah intstitusi pendidikan....saya pernah mengikuti program ini....dan sememangnya program ini adalah helah BN....penuh dgn provokasi kaum....membenci pembangkang....dan terdapat pemimpin pembangkang dilabelkan sebagai ANCAMAN NEGARA...

Tanpa Nama berkata...

BTN modul lain tapi perelaksanaan lain..untuk BN

Tanpa Nama berkata...

BTN, bohong untuk BN

Tanpa Nama berkata...

BTN satu dari komponen BN, macam SPRM, SPR

Tanpa Nama berkata...

BTN menjalankan kursus untuk BN

Tanpa Nama berkata...

btn memang untuk mencuci otak orang melayu konon, banyak tanah tergadai dsbnya tapi siapa yang menggadaikannya? cuba jawab?

Tanpa Nama berkata...

saya seorang pelajar UiTM, btn diwajibkan pergi kpd semua pljr sebagai syarat utk grad, kalo xpegi xdpt grad (kene extend utk hadir next prgm btn) and kene tatatertib..menyampah btn..xde faedah, buang masa, membazirkan duit dan tenaga je..dh la ceramah maenkn isu perkauman..mmg nmpk jelas btn adlh propaganda UMNO utk survival politik mereka, tp mereka berselindung disebalik nama ketuanan melayu. tp org yg cerdik xkn mudah kene tipu, mmg program tu utk UMNO..agaknya hishamuddin tu kurang cerdik sgt la kot, tu yg bela sgt btn tu..dh la ketakcerdikannya terserlah ms jd menteri pelajaran dulu. ni tambah lg satu bukti ketakcerdikan hisyamuddin..xpela, jgn risau, hisyamuddin ni bakal PM malaysia ms dpn kalo UMNO masih terselamat dr kuasa rakyat (tgk la nnt kalo xpcy), tgk ape lak lawak bodoh die buat nnt..

MAINAPI berkata...

BTN KENA TUTUP LAH
DOKTRIN NYA TAK LAKU
ISME NYA TAK RELEVEN
TAKTIK STRATEGI TAK BERKESAN

BTN KASI TUTUPLAH
MACAM: DARA, JENGKA,
IADP PAHANG BARAT
KAT NEGERI PAHANG TU...

Tanpa Nama berkata...

Kalau saya tak sokong mana2 politik... masing2 ada agenda sendiri... tak payah cakap kat org, cermin diri kita dulu... saya pernah pergi skali tapi br saya faham apa itu sejarah... kenapa kita benci dgn sejarah sedangkan itu cermin untuk kita skrg, org btn pd saya bkn suruh sokong BN bkn jugak suruh org pilih parti tapi belajar kesan sejarah. salah ke kalau BTN menerangkan ttg 13 Mei yg menjadi titik hitam buat org dulu2 yg merasa. kita ni takut mcm2 benda tapi tak fikir kesannya...

Tanpa Nama berkata...

berani kerana benar, takut kerana salah.. setuju?.