Pada hari ini Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu. Sekarang nampak sungguh SPR sudah tersasar dari tugas sebenarnya dan betul-betul jadi barua Umno dan BN dengan berkerja kuat untuk mengelakkan berlaku kekosongan kerusi tersebut.
Walaupun gagal pada hari ini SPR memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.Berikut adalah beberapa kenyataan saya pada hari ini :-
1. Bukankah SPR kerjanya tidakb lebih dari menguruskan soal berkaitan pilihanraya. Atau sejak bila SPR sudah jadi satu entiti yang boleh mempertikaikan apa saja surat dan dokumen termasuklah kesahan dari segi undang-undang yang tidak selayaknya dipertikaikan oleh badan itu.
SPR kerjanya hanyalah mengurus soal pilihanraya. Sesudah menerima apa-apa makluman dari mana-mana Speaker SPR hendaklah bermesyuarat. Biasanya bila kita mendengar SPR ingin bermesyuarat semuanya rasa berdebar dan menunggu-nunggu apakah SPR menerima surat atau dokumen sebagai bukti kerusi itu dikosongkan. Ini adalah sudah salah dari pandangan yang sebenarnya kepada apa yang sepatutunya dimesyuarat.
2. Yang lebih malang ternyata SPR sudah jadi barua dan diperkudakan dalam banyak hal termasuklah apa yang berlaku di Perak.Dengan tidak profesionalnya SPR kemelut di Perak telah jadi "gila khinzir' sekarang. Tidakkah seperti yang disebutkan oleh hakim pada hari ini sangat jelas bahawa SPR bertindak tidak wajar dalam Kes Kota Siputeh. Bagi saya termasuklah di Perak.
Hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.
Kata Hakim lagi pada hari ini, "Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.
3. Artinya kalau perkara ini di rujuk kepada kes Jelapang, Behrang, dan Changkat Jering jelas makluman Speaker Sivakumar mengenai perletakan jawatan, Hee, Osman, dan Jamaluddin mesti diterima oleh SPR sebagai makulmat dan SPR cuma bermesyuarat untuk menentukan bila tarikh penamaan calon, hari mengundi dan berbincang berbagi hal yang berkaitan dengan pengundian bagi 3 DUN tersebut.
4. Penghakiman pada hari ini bagi saya memberi jawapan bahawa SPR tidak ada hak untuk menafikan makluman Sivakumar di Perak dan satu laluan kepada pilihanraya di 3 DUN di Perak tersebut mesti disegerakan.
5. Oleh itu saya mendesak supaya kes semakan keputusan SPR yang difailkan oleh Sivakumar yang digantung tidak bertali dan masih belum dibicarakan dan diputuskan mestilah disegerakan. Ataupun dengan keputusan penghakiman pada hari ini SPR mestilah menyemak kembali keputusan silapnya dalam ke 3 DUN di Perak dan memaklumkan kekosongan 3 kerusi tersebut secepat mungkin.
Sekian terima kasih.
KENYATAAN MEDIA 23 November 2009
DRS. KHALIL IDHAM LIM,
Ketua Penerangan PAS Perak/
Pengerusi PRBBC Perak/
ADUN Titi Serong..

21 ulasan:
spr adalah pelampong umno.
memang takdak kerja spr nie,ubn relax saja yang kalut spr,calun spr ka tu hampas sungguh spr nie.
pada aku,, keputusan ini ternyata menjadi batu loncatan utk kes seperti di perak dan perlu disemak semula status mereka yg melompat
syabas..jadi caca marba jugaklah undang2 kat malaysia
SPR barua UMNO dan BN.
Dah lama SPR menjadi parti komponen BN.
Dah lama SPR jadi barua UMNO dan BN, sejak zaman mahathir lagi.
Tak lupa jugak..harap2 SPR memohon kuasa mahkamah membenarkan SPR di terima sebagai salah satu parti komponen B-end.
SPR sedang kerja kuat untuk anak mahathir di Jerlun
SPR nak tangguh masa supaya ada masa tipu daftar undi di siputeh.
sebagi parti komponen BN kerja SPR adalah mendapat pujian UMNO.
Kerja SPR memang kerja BN, kerjasama untuk menipu.
Pilihanraya dimalaysia tidak telus dan SPR tidak diperlukan lagi.
dah lama SPR jadi hantu raya UMNO, asyik makan telor ayam saja...
umno skrg umpama seekor burung helang yang sudah tua dan lemah.. badannnya, kepaknya, kakinya, sudah terlalu tua dan uzur.. yg ada skarg hanyalah kukunya.. kuku umno adalah polis, spr, Mahkamah Rayuan yg sudah diatur hakimnya... tp ingatlah wahai umno akhirnya kuku kamu itu pun tak dapat melindungi kamu nanti..
LAWAN TETAP LAWAN!PANTANG ANAK JANTAN KALAU DICABAR.AYUH ANAK CUCU PEJUANG TERUS MARA KE MEDAN JUANG!PASTIKAN ISLAM TERUS DIJULANG.TAKBIR!TAKBIR!TAKBIR!
Itulah DEMOKRASI... penuh ngan helah... TINGGALKAN DEMOKRASI.... KEMBALI PADA ISLAM....
susah la macam ni...SPR pun parti komponen..terang2..ingat rakyat bodo ka?lembu pun faham kot...
nasihat utk spr... kalau nak berat sebelah jgn la obvious sgt.. Rakyat bukan bodoh
kelakuan spr yg tak profesional ni lah yg membuat rakyat meluat pd bn,kalau tak tahu buat kheja letak jawatan lah,jgn menyusahakn rakyat kerana tindakan bodoh spr
SPR hendak tunjuk bidangkuasa yang ada padanya, sekarang rakyat tentu tahu apabila tuntutanya ditolak mahkamah.
nampak sangat kebodohan yang ada pada pengerusinya.
Tidak dinafikan SPR punya bidangkuasa menentukan siapakah wakil rakyat dan siapakah yang bukan. Tapi itu semasa berlangsungnya pilihanraya.
Ini kan pasal kes undang undang membabitkan dewan undangan negeri yang kebal dan speaker yang punya kuasa.
Kalau kita pasti malu. tapi Datuk Aziz Yusof memang tidak tahu malu,kerana muka tak malu. Padan muka hendak tolak BN konon.
Assalammualaikum YB,
ikut rasa hati ini, nak saje saya haramkan duit income tax saya yg pastinya digunakan utk gaji pekerja2 SPR, SPRM, Hakim, Peguam dan Polis yg zalim yg ikut telunjuk umno-bn
tapi tak sampai hati sbb mereka ada anak bini
ingatlah manusia2 durjana...sesungguhnya kamu asa pilihan tentukan yg betul atau salah...jangan ingat boleh gunakan alasan kerja/procedure/tanggung anak bini masa soal jawab di akhirat kelak
regards, NR
Catat Ulasan