Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafi menggunakan penduduk setempat untuk memberi tekanan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menarik balik pemberian tauliah mengajar agama kepadanya.
"Mungkin timbul sangkaan seumpama itu kerana yang mengambil inisiatif untuk mengutip tandatangan (membantah tindakan Jais itu) dibuat oleh pembantu saya. Saya ketika itu berada di parlimen.
"Tetapi kalau ada beberapa orang hendak beri sokongan kepada saya, takkan saya hendak tolak," katanya.
Beliau diminta mengulas tindakan lebih 650 ahli kariah di kawasan itu yang menandatangani memorandum bantahan yang dijangka diserahkan kepada Jais minggu depan.
Kempen tersebut digerakkan pembantu Khalid, Mohd Jamil Abdul Rahim.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Khalid berkata beliau belum bertemu dengan anak kariah dari 22 masjid di sekitar Shah Alam itu.
Ditanya sama ada beliau akan merayu terhadap pembatalan taulihanya itu, Khalid berkata, beliau mahu melihat perkembangan bantahan penduduk terlebih dahulu.
"Saya akan putuskan kemudian. Kalau saya pohon semula pun, kalau mereka tidak mahu beri, tidak akan diberikan juga.
"Yang penting saya akan terus perjuangkan supaya ada proses pentauliahan yang lebih serius. Saya tidak dapat pun tidak apa. Tetapi takkan orang macam berpendidikan tinggi pun tidak dapat?
"Kita bukan hendak tolak sistem tauliah 100 peratus, tetapi kita mahukan ia tidak disalahguna," katanya.
Dalam surat Jais bertarikh 10 Julai 2008, pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardu ain dan berkitab).
Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan jabatan itu dalam suratnya bertarikh 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor yang mendapati Khalid mempunyai "rekod jenayah" yang tidak dinyatakan.
MalaysiaKini/-

1 ulasan:
ISLAM adalah untuk semua umat..tak kira kecik atau besar..kebenaran untuk memberi tauliah hanyalah undang-undang duniawi..Melarang pengajaran agama Islam adalah kejahatan bangsa Yahudi laknaktullah..wahai JAIS..kenapa mempertikaikan pengajaran ilmu yang baik..atau takut turun pangkat pengarah JAIS atau dikawal oleh kuasa politik..
Catat Ulasan