KOTA BHARU, 23 Nov: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagaiketua pegawai ekselutifi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini.
Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.
Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.
Keputusan itu dibuat bagi menjaga kesinambungan perjuangan Islam di negeri itu dan sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku.
Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian.
Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.
Ariffahmi juga hadir mendengar sidang media tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Ariffahmi dimaklumkan telah mengumumkan meletakkan jawatannya dalam satu sidang media sebentar tadi.
Menurut laporan Malaysiakini, surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan.
Harakahdaily/-

3 ulasan:
Kalaulah benar bahawa Nik Aziz arah supya menantunya letak jawatan maka ada persamaan dengan kes yang berlaku di Terengganu terhadap Ustaz Ismail Dagang pengarah Yayasan keluarga yang dikatakan terbabit dengan rasuah.
Belum ada apa apa bukti, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Wan Mutalib Embung EXCO kanan sudah mengalah.Tidak setuju melantik semula Ustaz Ismail dagang sebagai pengarah dan lantik orang lain sebagai ganti.Apa salah ustaz Ismail Dagang dan apa salah Arif Fahami?
Pemimpin PAS mudah percaya dengan tuduhan yang dibuat oleh mulut pegawai kerajaan sehingga membuat keputusan yang seolah olah pengarah yayasan kelurga dan CEO perbadanan menteri besar kelantan itu benar benar bersalah.Pada hal kedua dua orang itu belum tentu lagi bersalah.
Namapknya pemimpin PAS mudah percaya dengan tuduhan musuh PAS. Inilah kelemahan yang ada pada pemimpin yang dikatakan ada integriti.
Orang yang amanah tidak mudah percaya dengan cakap cakap musuh, kerana musuh PAS sentiasa cari jalan untuk menjatuhkan imej PAS sekali memasuk jarum agar rakyat tidak percaya dengan kepimpinan PAS.
Baru sahaja disiasat oleh SPRM sudah ambil jalan pintas letak jawatan, sedangkan belum ada apa apa mengenai pembabitan rasuah.
Malang sekali jika bertindak demikian.
ada hikmah disebaliknya....rezeki ada dimana mana, mungkin ini yg terbaik.
ALHAMDULILLAH SYUKUR,
DEMI MENJAGA NAMA BAIK JAMAAH, KERAJAAN NEGERI, TGNA & FAMILI.
REZEKI ADA DI MANA2
BUANGKAN SIFAT MAZMUMAH YANG ADA,
TANAMKAN SIFAT2 MAMUDAH DI JIWA!
Catat Ulasan