IPOH, 24 Nov:- Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan penganjuran pertandingan juara rentak ‘Battle of the Bands’ PUO 2009 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak (JKKNN) yang telah diadakan di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh pada 20 November 2009 untuk peringkat saringan dan peringkat akhir pada 22 November 2009 baru-baru ini. Demikian menurut salinan sepucuk surat bantahan yang dikirimkan kepada Pengarah Politeknik Ungku Omar kepada Cina Islam.
Dalam surat bantahan itu DPPK IT mempertikaikan usaha yang telah dilakukan oleh PUO yang membawa masuk elemen yang tidak sihat ke kancah pelajar yang sepatutnya dihindari daripada mereka dan ianya amat mendukacitakan. Ibu Bapa yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan anak-anak mereka menimba ilmu tetapi kecewa kerana anak-anak mereka telah dihidangkan dengan unsur-unsur yang melekakan pelajar di dalam kampus.
Selain DPPK IT juga merasakan kekesalan kerana pertandingan tersebut diadakan terlalu hampir dengan Masjid Sultan Azlan yang mana tempat umat Islam beribadat. DPPK IT dimaklumkan oleh penduduk-penduduk berhampiran yang kesal dengan penganjuran tersebut yang bertentangan dengan akhlak dan budi perketi umat Islam. Ramai dikalangan mereka mengecam usaha yang telah dilakukan oleh PUO dan juga JKKNN.
"DPPK IT sedar program merakyat seni dan budaya perlu di usahakan tetapi pelajar yang sepatutnya menumpukan pembelajaran mereka telah dihidangkan dengan program yang melalaikan."jelas surat itu.

2 ulasan:
udahler dari segi akademik n sahsiah tak berkualiti pelajar2 politeknik ni ditambah pulak dengan benda2 lagho gini bertambah mangkor ler jadinyer...
pihak pengurusan politeknik dah lama buat macam ni. Paperwork student untuk buat program2 berfaedah, ditolak. Tapi program yang x bermanfaat ni boleh pulak lulus??? Ajaib3.....
Catat Ulasan