11 November 2009

KOMPONEN BN SEMAKIN RAPUH

Email : mohd hafez sabri

Krisis yang dialami oleh parti-parti komponen Barisan Nasional menunjukkan bibit perpecahan yang ada dalam Barisan Nasional. Memetik ucapan Ustaz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak beliau menyatakan, “ kini semua orang dapat melihat bagaimana krisis dalaman yang berlaku kepada UMNO, MCA, MIC serta parti komponen yang berada dalam BN begitu kronik sekali keadaannya” “ Buktinya kita dapat lihat, beberapa parti komponen Barisan Nasional mengadakan Extraordinary General Meeting (EGM) kerana saling tidak mempercayai antara satu sama lain”

Krisis dalaman BN ini semakin teruk apabila baru-baru ini ahli parlimen Sri Gading meminta Presiden Gerakan meletakkan jawatan, ini jelas menunjukkan mereka yang berada di dalam Barisan Nasional sendiri mempersoalkan kabinet yang telah mereka buat jelas Pesuruhjaya PAS Perak itu. Menambah mengenai keampuhan Barisan Nasional, beliau berkata, Barisan Nasional sebenarnya masih belum berjaya mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, sebaliknya UMNO yang kononnya bertindak sebagai ketua di dalam Barisan Nasional sendiri berpecah sesama sendiri, walaupun 52 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan, kita boleh melihat bagaimana sifat perkauman masih menebal dalam hati setiap parti komponen BN terutamanya UMNO dan perkara ini jelas menunjukkan bagaimana mereka yang berjuang di atas nama perkauman, kebangsaan ataupun atas nama tanah air tidak akan kekal lama.

Krisis yang berlaku dalam komponen-komponen BN menunjukkan BN kini sedang berpecah. ”Empangan yang besar pecah bermula dari retak-retak kecil”, kias beliau mengenai Barisan Nasional yang kini dilihat tidak relevan buat rakyat Malaysia yang kini lebih terdedah dengan pelbagai sumber maklumat.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelatihan Solat Khusyuk

Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.

Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.

Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran

Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
Daftar Segera – Tempat Terhad

Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
Yuran: RM250
HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com

cermin diri berkata...

Salam ,
Kepada ust,tak usah la bercakap tentang masalah orang lain. Lebih baik perkuatkan pakatan rakyat. Tak perlu la ust mengembar-gemburkan tentang kelemahan lawan. Sebagai Pengerusi parti peringkat negeri perlulah tunjukkan kematangan dan profesionalisme. Macam tu baru pemimpin. Ni asyik cari kelemahan musuh hingga lupa kelemahan sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Salam, teruskan perjuangan Ustaz, dalam politik kita memang kena serang musuh poitik kita, jika tak siapa lagi nk bongkar kezaliman umno/bn ni, media kerajaan semuanya diguna umno/bn untuk hancurkan kita, maka kita kena bongkar segala kezaliman mereka pada rakyat, teruskan ustaz kami sentiasa bersama, semakin dibongkar kezaliman mereka semakin cepat umno/bn tumbang,

keyman berkata...

Assalamualaikum wbrt....

Ana bersetuju dengan cermin diri....
Apa kurangnya PAS dan PKR.....
Lepas satu, satu masalah yang menimpa Pakatan Rakyat... Nampaknya banyak blogger2 PAS yang telah menghentam PAS lebih teruk daripada blogger2 UMNO. Blogger2 begitu longgar kefahaman dan ketaatan pada PAS.....Marilah kita mantapkan PAS dan PR bagi menumbangkan UMNO....