Seminar Memperkasakan Pas telah membawa satu dimensi baru kepada dunia baru Pas. Walaupun masih ada kedengaran cakap-cakap belakang selepas berakhirnya seminar tersebut.Apa yang pasti Pas hari ini berjaya membuktikan keterbukaan dan ketelusan Pas untuk membina kekuatan dan imej baru merentasi persepsi negatif yang sering dilontarkan oleh media dan pemimpin parti lawan.
Pas bersedia dan berani menjemput tokoh profesional yang tidak berkaitan dengan Pas untuk 'membedah' bagi mencari sebarang punca atau wabak penyakit yang mungkin berlaku. Pas memberi peluang sebebas-bebasnya tanpa syarat kepada dua tokoh akademik iaitu pensyarah Universiti Islam Antarbangsa (UIA) Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan pensyarah dari Universiti Malaya (UM) Dr. Abu Hassan Hasbullah untuk memberi pandangan kritikal mereka tentang hala tuju dan perjuangan Pas masa kini.
Dalam masa yang sama Pas membenarkan semua media tanpa mengira latar belakang politik untuk membuat liputan tanpa halangan atau syarat. Media yang sering memberi laporan senget sebelah dibenarkan membuat liputan tanpa had dan batasan.
Apa yang dibuktikan dalam seminar yang dianjurkan oleh Pas membuktikan Pas adalah sebuah parti yang terbuka dan bersedia mendengar pandangan dan kritikan berbeza dengan persepsi negatif sebelum ini bahawa Pas sebuah parti yang tertutup dan jumud.
Sebaliknya ia sebagai tempelakan kepada Umno yang sebenarnya tertutup dan jumud yang tidak sanggup serta gentar berhadapan dengan media selain dengan media pro mereka. Buktinya dalam Persidangan Agong Umno yang terbaru bukan sahaja media yang tidak sehaluan seperti Harakah dan Siasah tidak dibenarkan membuat liputan tetapi media berkecuali seperti Malaysiakini, Malaysia Insider dilarang sama sekali memasuki dewan untuk membuat liputan.
Semoga segala resolusi seminar akan segera diterjemahkan untuk memastikan Pas terus mewarnai arus perdana.
HarakahDaily.Net/-

1 ulasan:
saya bimbang dengan perkataan PAS lebih terbuka berbanding UMNO.
saya bimbang takut jadi macam PAS ketika memerintah Terengganu.
Oleh kerana lebih terbuka maka ada yang jerlus atas ketelusan.
yang paling menyedihkan orang muhajirin (UMNO) lebih dutamakan, manakala orang ansar terpinggir.
Kita tidak nafi apa yang dilakukan oleh kerajaan PAS itu ikut Rasulullah SAW ketika memerintah Madinah.
Tapi kita kena ingat orang ansar dahulu tidak sama dengan orang ansar kini. Demikian juga orang muhajirin dahulu memang tidak sama dengan orang muhajirin sekarang.
Kita kena ingat jangan pakai ambil sampah buang dalam bangkul sahaja macam tukang sampu sampah.
Catat Ulasan