11 November 2009

Asri sedia sertai politik jika dihalang ceramah...

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.

Menurutnya, beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang dianggap luas kerana Islam adalah agama untuk semua.

"Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu hari ini.

Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini kerana didakwa berceramah tanpa tauliah di negeri itu.

Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Syariah tetapi tidak ada pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Asri turut menafikan bahawa pertemuannya dengan Nik Aziz sebagai usaha ke arah mendekati politik.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah sebagai tanda hormat kerana Nik Aziz sebelum ini turut memberi sokongan kepadanya dalam gerakan dakwah. - Bernama

MalaysiaKini/-

6 ulasan:

fikrah islamiah berkata...

Kalau Dr Asri nak selamat dalam kerja dakwahnya, dia pasti memilih untuk masuk UMNO. Itulah antara syarat yang membolehkannya memegang tugas sebagai YDP YADIM. Namun untuk diberi peluang bertanding ke jawatan atas dalam UMNO akan disekat.

Abdullah Ngah berkata...

Memang UMNO sesuai dengan pegangan DR Asri Zainal Abidin.

Kita tahu semasa belajar di Al Azhar dulu Dr Asri adalah penyokong PAS.

Oleh kerana fahaman islamnya lebih liberal maka tidak sesuai berada didalam PAS.

Lebih lebih lagi sikapnya yang terlalu egois, maka adalah sangat sesuai menyertai UMNO.

Dr Asri sendiri pernah kata UMNO sudah perjuangkan Islam, cuma kena lebih kuat lagi barulah orang akan pilih UMNO.

Samalah dengan Dr Agus Yusof yang kata UMNO pun islam dan PAS pun islam.

Ramai orang Melayu yang belajar di mesir fahaman Islam nya terlalu bebas, termasuk timbalan mufti Terengganu yang berkata mengucap dualimah syahadat itu sudah cukup sebagai seorang islam.

Dr Asri pernah berkata islam luas bermakna boleh sahaja berbeza pendapat tanpa menyedari bahawa islam itu wahyu yang jelas dan nyata.

Tanpa Nama berkata...

Jika Dr. Asri ingin benar-benar mahu mengembangkan dakwah Islam, lebih sesuai agar Dr. Asri tidak menyertai mana-mana parti politik. Kita bukan mahu mengatakan politik itu kotor tapi di Malaysia sekarang ni tiada parti politik yang benar-benar bersih dan tulus dalam perjuangan mereka. Kelak Dr. Asri akan menggunakan pengetahuan agamanya untuk mempromosikan kebaikan parti politik yang disertainya dari bercakap tentang kebaikan Islam itu sendiri. Buat masa ini lebih baik Dr.Asri kekal dalam keadaan sekarang.

Tanpa Nama berkata...

En AbduLLah Ngah, sila lihat fakta anda balik...

Bila masa Dr Asri belajar di Al-Azhar, Mesir?

Dia lulusan Universiti di Jordan....

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan dr Asri bukan nya bekas pelajar di mesir,beliau adalah lepasan jordan,itu soal dr Asri nak masuk mana pun,tapi kalau ikhlas ,Islam lah yang patut dipilih,saya tak sebut PAS atau UMNO ,yang penting DASARNYA mesti ISLAM,Berpandukan Al-quran dan Sunnah,dan biarlah bersama-sama kepimpinan Ulama'.Tidak timbul soal politik kotor ke tidak?yang mengotorkan adalah manusia yang jauh dari petunjuh Ilahi,tugas kita sebagai KHAIRA UMMAH adalah mendekatkan manusia dengan petunjuk ILAHI,Syeikh Al-Azhar pernah menyebut"ASSIYASAH JUZ'IE MINADDIN"politik itu sebahagian dari urusan agama.

david ahmad muniandy berkata...

terdesak tertekan demi maruah terpaksalah jadi ahli politik PAS itu sahaja satu-satu jalan yang ada.