KUALA TERENGGANU, 9 Nov: Perbuatan mengubah pembayaran royalti minyak kepada wang ehsan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional kepada negeri Terengganu dan Kelantan adalah satu pengkhianatan yang jahat.
Penasihat Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam.
"Sepertimana apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib di Parlimen dua hari lepas, dia (Najib) kata, kita dah buat keputusan supaya hasil minyak yang dapat di perairan Kelantan itu di beri kepada rakyat Kelantan, tetapi cara dia kata, seperti mana kita beri kepada Terengganu iaitulah melalui wang ehsan.
"Ini pengkhianatan dan jahat yang paling jahat!,"katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam lapor Buletinonline.
Menurutnya, Najib juga sehingga kini tidak mengotakan janjinya untuk memulangkan royalti minyak Terengganu, sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Katanya, pemberian royalti bukan hak peribadi Najib, namun soal pemberian royalti adalah undang-undang menurut Akta Pembangunan Petroleum 1973.
"Bukan soal bagi (beri royalti), bukan soal hak 'tok' dia, bukannya hak 'bapak’' dia, ini undang-undang, dalam undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1973,"tegasnya.
Menurutnya, akta tersebut memperuntukkan setiap penyerahan hasil minyak kepada kerajaan pusat mestilah dibalas dengan pemberian royalti sebanyak 5% dan perkataan 'lima peratus' itu ditulis dengan terang dan jelas.
HarakahDaily.Net/-

2 ulasan:
saya sebagai rakyat kelatan malu dengan gelagat awang adek,masa kerajaan negeri mendesak KERAjaan pusat membayar royalti minyak kelantan, awang adek lah yang beria-ia menafikan hak rakyat kelantan,bila Najib umum nak bagi Ihsan minyak ekoran terdesak atas desakan kerajaan kelantan,dialah juga yang beria-ia nak salur duit Ihsan melalui JPP yang tak di iktiraf rakyat kelantan, laknat Allah atas mereka yang zalim dan merompak harta rakyat
Berkata PEMBERIAN wang ehsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan oleh Kerajaan Pusat tidak betul
Sesiapa yang berkata demikian mereka merupakan manusia yang tidak faham apakah itu kerajaan Kelantan.
Kerajaan Kelantan adalah kerajaan PAS yang ada akauan bank wang yang disatukan yang bermakna segala wang dimasukkan ke dalam akauan kerajaan.
Kalau pemberian wang ehsan itu kepada kerajaan Kelantan wang itu dimasukkan ked dalam akauan kerajaan negeri.
Jika berlaku begitu barulah boleh dikatakan wang ehsan diberi kepada kerajaan Kelantan.
kepada sesiapa yang berkata wang ehsan diberi kepada Kelantan suatu kejatahan yang barangkali tidak boleh dimaafkan.
Boleh kita kata, minda mereka minda yang jahat dan mata mereka adalah buta, termasuk buta dengan istilah kerajaan Kelantan.
Mereka juga adalah tersangat jahil dengan pentadbiran negara, mereka adalah penyokong UMNO membabi buta kerana tergamak berkata demikian sedang praktisnya tidak begitu.
Sejarah telah membukti bahawa wang ehsan yang diberi kepada Terengganu dahulu diberi kepada UMNO untuk mengelolanya.
UMNOlah yang agih agihkan wang itu kepada rakyat. Itulah punca wang ehsan hilang sebanyak RM30 juta ketika diberi amanah kepada Datuk Idris Jusoh.
Apabila Idis Juosh dipecat dan melantik Datuk Ismail Said . Setelah diberi amanah kepada Ismail Said sejumlah RM 6 juta wang ehsan lesap punca dia dipecat dan diberi amanah kepada JPP.
Yang menghairankan kita Datuk Seri Najib sendiri berkata kerajaan kelantan tidak berhak menerima wang Ehsan. Tetapi ada pihak yang berkata pemberian wang ehsan kepada kerajaan kelantan.
Yang jelas kerajaan Persekutuan akan beri wang ehsan kepada UMNO Kelantan melalui JPP sebagai pelindungan kejahatan untuk merampas kerajaan Kelantan dalam musim piliharaya umum ke 13 nanti sepertimana yang pernah berlaku di Terengganu pada tahun 2000.
Catat Ulasan