PUTRAJAYA, 19 Nov :- Pencapaian keseluruhan calon-calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak 1 peratus berbanding 2008.
"Pencapaian keseluruhan nilai GPN telah meningkat sebanyak 1 peratus tahun ini. Pencapaian Cemerlang (semua A) telah meningkat kepada 9.51 peratus tahun ini berbanding dengan 9.19 peratus pada tahun lepas dengan jumlah perbezaan sebanyak 0.32 peratus.
"Pencapaian Baik (minimum C) pula meningkat kepada 63.03 peratus berbanding dengan 62.56 peratus dengan perbezaan sebanyak 0.47 peratus. Manakala pencapaian lemah (semua E) telah menurun kepada 0.64 peratus berbanding dengan 0.66 peratus pada tahun lepas dengan perbezaan 0.02 peratus," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan UPSR 2009 di sini pada Khamis.
Beliau berkata pencapaian calon-calon luar bandar walaupun masih ketinggalan berbanding dengan pencapaian calon-calon bandar pada keseluruhannya juga semakin baik.
"Pada keseluruhannya, jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar semakin dapat dirapatkan. Hal ini dapat dilihat daripada penguncupan beza antara bandar dan luar bandar bagi kesemua ukuran pencapaian calon pada tahun ini berbanding tahun lepas," katanya.
Perbezaan jumlah murid cemerlang luar bandar dan bandar pada tahun ini mengalami penguncupan sebanyak 3.64 peratus berbanding dengan 4.22 peratus pada tahun lepas.
Sementara perbezaan pencapaian baik di antara murid bandar dan luar bandar mengalami penguncupan sebanyak 5.55 peratus berbanding dengan 6.25 peratus pada tahun lepas.
Daripada segi mata pelajaran, Bahasa Tamil telah menunjukkan peningkatan gred A yang tinggi iaitu sebanyak 3.6 peratus dan juga Matematik yang meningkat sebanyak 4.2 peratus, katanya.
Pada tahun ini, sebanyak 506, 620 calon menduduki UPSR manakala pada tahun lepas sebanyak 507, 320 calon.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Sulaiman Wak berkata seramai 2,725 daripada 24,826 calon UPSR bagi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) di Kuala Lumpur memperoleh 5A dan 7A.
"Walaupun peratusan kelulusan pada tahun 2009 telah menurun dari 66.94 peratus kepada 66.89 peratus tetapi peratus lulus semua A telah meningkat kepada 10.98 peratus berbanding tahun 2008 sebanyak 10.90 peratus," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan keputusan UPSR bagi Kuala Lumpur.
Beliau berkata 94 calon SK Setiawangsa mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, SK Bukit Damansara (80) dan SK Taman Tun Dr Ismail Satu (76).
Di TERENGGANU, negeri itu mencatatkan rekod cemerlang sembilan tahun berturut-turut dalam peperiksaan UPSR apabila 3,664 daripada 23,944 calon yang mengambil ujian itu memperoleh semua A.
Pengarah Pelajaran Terengganu Ariffin Embong berkata kejayaan itu mencatat peningkatan 1 peratus berbanding tahun lepas yang mana menjadikan Terengganu mencatatkan pencapaian 15.3 peratus.
Pencapaian GPN juga meningkat kepada 2.22 peratus iaitu mengatasi pencapaian tahun lepas dan peringkat nasional (2.33 peratus), katanya pada sidang media di Pejabat Pelajaran Negeri.
Di KELANTAN, sebanyak 5,259 atau 14.31 peratus daripada 25,369 calon UPSR mendapat 5A dan 7A, iaitu peratus kecemerlangan tertinggi dalam tempoh enam tahun.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata pencapaian GPN tahun ini ialah 2.25 berbanding 2.32 tahun lepas, iaitu meningkat sebanyak 0.07 peratus dan mengatasi GPN kebangsaan.
"Tiga mata pelajaran menunjukkan peningkatan yang ketara sama ada peratus kelulusan dan kualiti gred pencapaian iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di samping Bahasa Cina Kefahaman dan Bahasa Melayu Kefahaman menunjukkan peningkatan," katanya pada sidang media.
Di PERLIS pula, sebanyak 439 atau 9.53 peratus daripada 4,607 calon UPSR di negeri ini mencatat pencapaian cemerlang dengan memperolehi 5A dan 7A.
Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.79 peratus berbanding 8.74 peratus pada tahun lalu.
Menurutnya, lima daripada 73 buah sekolah di Perlis telah mencatat pencapaian peratus kecemerlangan lebih 20 peratus iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seri Indera, Sekolah Kebangsaan (SK) Paya, SK Sena, SK Kayang dan SRK Putra.
Di NEGERI SEMBILAN, Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan akan menyiasat punca kemerosotan peratus pencapaian subjek Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan di negeri itu.
"Kemerosotan hanya berlaku pada tahap 2.5 peratus (sekolah kebangsaan) dan 1.7 peratus (sekolah jenis kebangsaan) untuk bahasa Inggeris dan keadaan ini masih lagi terkawal," kata Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Jamali Salam pada sidang media.
Secara keseluruhan, katanya Negeri Sembilan masih mencatatkan keputusan cemerlang di mana seramai 2,343 calon mendapat keputusan penuh 5A atau 7A dan berada di kalangan negeri yang terbaik dalam pencapaian UPSR kali ini.
JOHOR mencatatkan keputusan UPSR yang lebih baik pada tahun ini apabila 6,283 atau 10.13 peratus daripada 62,401 calon yang menduduki peperiksaan itu mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran.
Pengarah Jabatan Pelajaran Johor Sufa'at Tumin yang mengumumkan keputusan peperiksaan itu berkata daripada jumlah itu, 4,246 (10.64 peratus) adalah calon Sekolah Kebangsaan; 1,881 (9.47 peratus) adalah calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina manakala 156 (6.97 peratus) adalah calon Sekolah Kebangsaan Tamil.
Ia menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian 9.64 peratus atau 5,987 calon pada 2008 dan 8.64 peratus atau 5,265 calon pada 2007, katanya
Di KEDAH, peratusan calon yang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran UPSR meningkat kepada 9.36 peratus (3,742 calon) berbanding 8.69 peratus (3,482 calon) pada tahun lepas.
Pengarah Pelajaran Negeri, Shahidan Abd Rahman berkata, bilangan calon yang berjaya menguasai tahap minimum bagi semua mata pelajaran juga meningkat berbanding tahun lepas.
"Jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran meningkat sebanyak 1.53 peratus pada tahun ini, iaitu 25,344 calon (63.37 peratus) berbanding 24,775 calon (61.84 peratus) pada tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata Gred Purata Negeri (GPN) juga meningkat kepada 2.359 berbanding 2.417 pada tahun 2008.
Di PULAU PINANG, daripada 26,259 calon yang menduduki UPSR tahun ini, 17,638 calon mencatatkan keputusan lulus semua subjek.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Ibrahim Mohamad berkata jumlah calon yang lulus gred A bagi semua subjek ialah sebanyak 3,177 manakala dua sekolah yang berjaya mencatatkan lulus 100 peratus ialah Sekolah Model Khas Tok Jaya di Butterworth dan SJKC Kuang Yu di Kepala Batas.
Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang muncul sekolah terbaik di negeri ini dengan 70 pelajar mendapat 5A, katanya pada sidang media.
Di MELAKA, seramai 10,087 calon (66.41 peratus) daripada 15,187 calon yang menduduki UPSR tahun ini telah mencapai penguasaan minimum gred A, B dan C bagi semua mata pelajaran.
Pengarah Pelajaran Melaka, Isa Abu berkata daripada segi kecemerlangan seramai 1,411 calon (9.29 peratus) mendapat A bagi semua mata pelajaran (5A/7A).
"Mengenai tahap literasi murid di Melaka, saya ingin memaklumkan bahawa daripada 15,187 calon yang menduduki peperiksaan UPSR 2009, seramai 14,826 calon telah mencapai sekurang-kurangnya satu gred C iaitu telah mencapai tahap literasi," katanya.
Di SABAH, sebanyak 9ll calon merekodkan pencapaian cemerlang gred 5A bagi semua subjek yang mencatatkan penurunan berbanding 995 calon pada tahun lepas.
Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan negeri Sabah Md Nor Md Sharif berkata Sekolah St Francis Convent, Kota Kinabalu muncul sekolah terbaik dengan 41 calon mendapat 5A diikuti Sekolah Yuk Chin di Tawau dengan 29 calon.
"Antara sekolah-sekolah lain yang mempunyai rekod cemerlang adalah SK St. Agnes, Kota Kinabalu iaitu seramai 30 calon, SK. St Monica, Sandakan sebanyak 27 calon seterusnya SK St. Patrick, Tawau iaitu 26 calon," katanya.
-- BERNAMA

2 ulasan:
Kalau UPSR dijadikan ukuran kecemerlangan pendidikan maka Malayasia akan terus ketinggalan lah nampaknya. Mengambil contoh Terengganu yang pada tahun 2001 muncul ditempat pertama UPSR dengan peratus tertinggi mendapat A bagi semua matapelajaran, satu soalan nak diajukan di sini, mengapa kecemerlangan tersebut tidak berterusan? takkanlah UPSR sahaja, bagaimana dengan PMR dan yang penting sekali SPM. Satu lagi di mana pelajar-pelajar yang dapat semua A dalam UPSR tahun tersebut berada kini? dah 9 tahun berlalu dan dah berapa ramai yang memiliki sekurang-kurangnya ijazah pertama. Apakah kecemerlangan di peringkat UPSR tersebut mencerminkan kecemerlangan yang sebenarnya.
Barang diingat UPSR hanyalah 'ujian' sahaja dan bukannya 'peperiksaan', kalau peperiksaan boleh dimanipulasi apatah lagi ujian. Jadi mari kita sama-sama fikirkan. Janganlah berulang lagi bilamana pentadbiran sebuah negeri mohon kerajaan pusat tubuhkan sebuah unversiti di negeri tersebut hanya kerana negeri tersebut cemerlang UPSR. Malu bos!!!!!!!!
Pencapaian memberangsangkan...
Pencapaian meningkat...
ungkapan "standard" yang sering diucapakan bila apa2 jua keputusan diumumkan...
tapai apakah ia benar2 realitinya?
ungkapan yg sama juga sering dilafazkan semasa sepanjang pelaksanaan PPSMi dulu... tapi bila saja ia dimansuhkan baru lah timbul pengakuan bahawa yang sebaliknya berlaku???
dan keputusan ini dengan jelas membuktikan kejayaan umno mem"bodoh"kan bangsa melayu.
contohnya;
"""Sementara itu, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Sulaiman Wak berkata seramai 2,725 daripada 24,826 calon UPSR bagi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) di Kuala Lumpur memperoleh 5A dan 7A."""
lihat saja keputusan bagi SK & SJK, bagi SK cuma 5A saja tetapi bagi SJK 7A.
dimana hilangnya lagi 2A bagi SK?????
mengapa SJK boleh lebih lagi 2A??????
jelas terbukti murid2 SJK lebih pintar dari murid2 SK (yang rata2nya melayu).
ada pemimpin umno yg boleh tolong jawab persoalan ini???????
atau menafikan fakta ini?????
Catat Ulasan