Tembok bangunan Perak Darul Ridzuan yang turut dikenali sebagai bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ipoh runtuh selepas hujan lebat malam kelmarin (Jumaat) menyebabkan sebahagian Jalan Istana ditutup kepada lalu lintas.
Kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata sebahagian tembok sepanjang kira-kira 24 meter dan setinggi 2 meter itu dipercayai runtuh akibat tekanan air.
Bercakap kepada pemberita semasa meninjau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau berkata siasatan awal mendapati longkang di sebelah tembok berkenaan tersumbat dan air yang bertakung telah menolak tembok itu.
Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000, katanya.
Bangunan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan DUN Perak itu dirasmikan pada 2000.
Sementara itu Blogger Al Husseyn mengesahkan dalam blognya tembok bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak memang runtuh dan menganggap mungkin membawa pertanda yang tidak baik bagi kerajaan Zambry.
Katanya lagi berita-berita perebutan kuasa sesama mereka mulai bertiup sepoi-sepoi bahasa.Bila menjadi ribut yang kencang nanti, terbongkarlah sauh, belayarlah Zambry bersama tongkang...

13 ulasan:
Apa malang menimpa?Lepas satu-satu bala yang terjadi sejak Zambrey jadi MB di Perak Darul Ridzuan.Fikir-fikirlah sendiri.....
innalillahi wa innailaihi raaji'un,
mungkin tembok pun dah x tahan dgn krisis kepiimpinan di perak...
dah macam-macam bala dan petunjuk dah mari........
tak kan tak sedar-sedar lagi kot, mungkin menunggu gagak di rimba bagi signal kot. kata burung gagak, kasi berak atas kepala sekali boleh tak!.........
Semoga kerajaan Haram Zambery pun turut runtuh spt runtuhnya tembok itu.
erm..pasni adun2 PR tak susah dah nak masuk dewan.. gate tutup, buleh je langkah kat tempat tembok runtuh...hehehe - Neo
Kene tempias solat hajat ari tu kot
Salah satu dari kuasa Allah menunjukkan tembok yg didirikan dengan utuh pun boleh runtuh apatah lagi kerajaan yg dibina atas air mata rakyat..
Ya Allah! Jauhilah kami dari kaum yg zalim..
Kuasa Allah menunjukkan tembok yg dibina dengan utuh pun boleh roboh inikan pula keraajaan yg dibina dengan air mata dan penderitaan rakyat..
Ya Allah! Jauhilah kami dr kaum yg zalim..
pagar istana x runtuh ka?
pagar istana tak runtuh??harap2 allah tunjukan petunjuk dan peringatan kepada raja yang raja adalah manusia biasa di dunia tak terlepas dari azab Allah...mereka raja di dunia tapi di akhirat ALLAH TA'ALLA itu raja segala ALAM..
Pas tak buat apa-apa projek pembangunan untuk rakyat, biarpun sekecil tembuk. Jadi bila nak dengar cerita projek Pas runtuh?
Kat Kelantan PAS ada buat projek apa!! Alhamdulillah, berkat pemerintahan Tok Guru yang sentiasa melaksanakan perintah ALLAH.. InsyaAllah xkan berlaku perkara yang x diingini.. Amin..
salam yb
untuk khisairi talib..kome buta perut dan buto mata..macammana nak buat projek sebab semua kena sekat dengan pusat..projek pas dijalankan dengan kutipan derma ahli dan penyokong..dan tak perlu di hebahkan macam bee end punya..ala..contoh..ini adalah satu lagi projek kerajaan barisan nasional..yang biasa di lihat tu..lepas tu runtuh atau terbengkalai..
khusairi kamu ni macam katak bawah tempurang..
Catat Ulasan