06 November 2009

Terkini 8.17 am : Siapakah MB Perak ditentukan hari ini

PUTRAJAYA, 5 Nov :- Hari ini genaplah 270 hari atau 9 bulan BN merampas kuasa di Negeri Perak. Semenjak rampasan kuasa dengan kudeta yang terancang oleh BN dengan membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat, sejak itulah krisis perlembagaan dan pelanggaran undang-undang yang menyaksikan gelombang rakyat yang mahukan kepada kembalinya kesejahteraan dan keamanan di Perak dengan tuntutan pembubaran DUN Perak.

Selain itu harapan rakyat ialah untuk melihat satu keadilan dalam semua peringkat Kehakiman Negara berlaku untuk krisis di Perak. Kerana itu penghakiman pada hari ini yang akan bermula pada jam 9.30 pagi di Mahkamah Persekutuan disini akan mencatat satu lembaran sejarah pada rakyat Perak, Malaysia malah untuk sistem Kehakiman Negara Komenwel.

Harapan rakyat Perak supaya sistem kehakiman memainkan peranan pada fungsi dan tempatnya dan melakukan penafsiran seterusnya keputusan tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak.

Semoga keputusan yang akan berlaku pada hari ini adalah keputusan yang mengembalikan kuasa Pakatan Rakyat yang telah dirampas itu. Dan sesudah itu MB Nizar akan segera memastikan satu pembubaran DUN Perak.

Walaupun keputusan mungkin saja berpihak kepada BN, yang diharapkan tidak lain, BN secara sedar dan matang juga mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih semula.

2 ulasan:

masuksuku berkata...

Salam yb
Kami memohon kepadamu ya ALLAH semuga keputusan berpihak kepada kumpulan yang benar.Kami juga memohon kepada mu ya ALLAH agar persidangan kali ini diterajui oleh manusia manusia yang bertakwa kepadaMu..
YA ALLAH berikan kemenangan kepada pihak yang teraniya..kami hanya memohon kepadaMu ya ALLAH agar dilindungi dari kezaliman orang orang yang fasik..
Semuga Engkau Ya ALLAH mendengar keluhan kami rakyat negeri perak yang inginkan kedamaian serta limpah Rahmat dan KurniaanMu.
Amin ya rabbalalamin.

Tanpa Nama berkata...

para2 hakim tu belajar bagai nak rak daripada peguam biasa jadi hakim besar tapi nak menipu saja takut pad syaitan dari pada Allah