Semalam saya dan rakan-rakan dari Lajnah Penerangan PAS Selangor bertemu dengan jentera penerangan parti dari kawasan-kawasan Anjung Tenggara iaitu melibatkan kawasan Ampang, Pandan dan Hulu Langat.
Dalam majlis berkenaan kami telah sama-sama membincangkan pelan induk penerangan PAS Selangor dan seterusnya bertukar-tukar pandangan dan maklumat berhubung isu-isu semasa dan bagaimana memperkasakan PAS Selangor dan Pakatan Rakyat bagi menempa kejayaan yang lebih besar dalam PRU akan datang.
Rata-rata perbincangan semalam tertumpu kepada usaha-usaha bagi memajukan parti. Setiap yang hadir semalam lebih berminat bekerja dan mencari jalan bagi mempertahankan kemenangan yang ada selain melonjakkan parti ke arah pencapaian yang lebih baik pada PRU akan datang. Saya melihat semua yang hadir semalam memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan bersedia memacu tenaga bagi mencapai cita-cita perjuangan. Tidak ada seorang pun yang berminat atau terganggu dengan seruan-seruan nakal dan tidak bertanggung-jawab di tepi-tepi jalan perjuangan.
Sekretariat Penerangan Anjung Tenggara telah ditubuhkan semalam diterajui Sdr Hj Ismail Arshad Ketua Penerangan PAS Pandan.
Selepas lawatan terakhir nanti bertemu Anjung Tengah, semua sekretariat anjung-anjung akan dihidupkan dan jentera penerangan seluruh Selangor diharap dapat segera melaksanakan pelan induk yang dipersetujui dan memberikan tumpuan penuh pada PRU akan datang.
Prospek untuk PAS Selangor dan PR Negeri memperoleh pencapaian yang lebih baik adalah besar. (Dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Selangor yang terakhir baru-baru ini dimaklumkan bahawa hasil kajian sebuah badan yang ditugaskan oleh kerajaan negeri terus menunjukkan tahap keyakinan rakyat negeri Selangor terhadapa kerajaan PR terus naik mendadak termasuk dari kalangan pengundi Melayu). Yang pentingnya semua pihak perlu bersatu tenaga dan fikiran, berhadapan dengan musuh politik yang satu dan bekerja kuat selain tidak putus dari memohon pertolongan dan bantuan dari Allah swt.
by roslan sms

8 ulasan:
teruskan bekerja lebih kuat untuk kemenangan menumpaskan BN dimalaysia PRU13.
10 negeri dimalaysia dikuasai pakatan tidak bermakna selagi BN menguasai kerajaan pusat
tawan malaysia PRU13 adalah agenda utama, lihat apa yang dibuat BN kepada kerajaan pkatan diperak.
kerajaan pusat digunakan UMNO untuk menyekat kuasa kerajaan negeri, tumbangkan BN diputrajaya PRU13
setiap masa kini hingga PRU13 adalah masa menumbangkan UMNO dan BN.
gerak kerja menyeluruh tanpa sempadan, masa, kumpulan dan tempat perlu dijalankan untuk menumbangkan UMNO dan BN.
pergerakan kerja hendaklah menyeluruh tetapi berterusan insyaallah menumbangkan BN
salam, saudara roslan sms, PAS nak menang besar macamana,kalau dalam PAS selangor khususnya ada proksi umno,dan ada yang berjuang ikhlas dan telah lama serta telah diuji dengan pelbagai mehnah dan kerenah serta air mata anak isteri. selagi proksi umno berada dalam saf pimpinan PAS selangor dan meninggalkan pejuang2 yang telah teruji tadi maka rencatlah perjalanan PAS diselangor dan terhenchutlah PRnya.Maka saranan saya geng UG ini hendaklah membuat road shaw berceramah didepan umum bersama-sama pejuang2 yang tidak dikaitkan UG ini anatar intipati menerangkan bahawa mereka telah talkinkan UG. Ini juga menunjukkan kepada umum bahawa mereka (pimpinan PAS selangor)telah bertaut kembali,- Penyokong PAS putrajaya
Catat Ulasan