07 Disember 2009

Penduduk Muslim Ningxia yang Menunaikan Fardhu Haji ke Mekah Selamat Kembali ke Tanah Air


Kumpulan pertama jemaah haji China yang menunaikan fardhu haji ke Mekah selamat pulang ke tanah air petang semalam. Mereka terdiri daripada 288 penduduk dari Wilayah Autonomi Hui Ningxia dan 35 penduduk dari Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang

Seramai 2250 penganut Islam dari Ningxia menunaikan fardu haji ke Mekah pada tahun ini. Mereka dijadualkan pulang ke tanah air pada 5 hingga 17 Disember dengan menaiki pesawat sewa khas miliki syarikat penerbangan Air China.

Sebelum berangkat ke Mekah, semua anggota jemaah haji tersebut telah mendapatkan suntikan vaksin influenza A H1N1. Sehingga kini, belum ada kes jangkitan wabak itu dikesan dalam kalangan mereka. CRI/-

Tiada ulasan: